Pada hari sabtu lepas iaitu selepas mendapat gaji, isteri mengajak pergi ke pasar kemboja di parit buntar Perak. Dan ketika isteri menyebut “pasar kemboja”, saya seakan akan pernah mendengar akan nama panggilan pasar ini. Sepertinya rakan sekerja saya pernah memberitahu ada pasar orang kemboja yang menjual barangan dengan harga murah dan murahnya seperti orang pakistan yang berniaga barang di Malaysia ini. Dan apabila isteri mengajak ke tempat yang saya memang belum pernah pergi, kebiasaannya saya akan terus bersetuju kerana hendak lihat tempat dan kawasan tersebut.
Dari maklumat di internet, rupa rupanya pasar kemboja ini memang dibuka hanya pada hari sabtu sahaja iaitu dari pukul 6 pagi hingga 1 tengah hari. Samada ianya setiap minggu dibuka atau tidak itu saya tidak pasti. Dan tujuan utama isteri saya mengajak pergi ke pasar kemboja ini kerana hendak mencari “baju blouse” untuk dipakai ke tempat kerja. Kesian pada isteri, saya teman sahaja. Ini kerana saya pernah belanja isteri beli baju kurung yang saya order melalui internet. Sudah 2 pasang baju kurung ada masalah saiz tidak sesuai. Hendak pulangkan semula berasa leceh.
Pengalaman Beli Baju Kurung Di Pasar Kemboja
Jadi untuk tidak lagi mahu rugi membeli pakaian secara online akibat salah saiz, isteri mengajak pergi ke pasar kemboja. Dan setelah sampai ke sana, barulah saya tahu yang pasar ini adalah sepanjang jalan. Namun jalan sepanjang jalan raya ini tidak lah terlalu sempit. Agak luas jugalah. Tetapi tidak boleh parking tepi jalan. Kalau hendak parking tepi jalan pun boleh, tetapi kena parking dipenghujung pasar. Hendak mudah anda parking dikawasan parking berbayar yang disediakan. Hanya RM3 sahaja kos parking kereta. Siap ada toilet lagi. Tapi toilet jenis kampung lah.
Apa yang ada di pasar kemboja itu? Setelah berjalan jalan pusing ke seluruh pasar tersebut, pandangan saya adalah. Kawasan ini adalah kawasan yang menjual pakaian wanita dengan harga murah. Pakaian lelaki pun ada. Cumanya pakaian perempuan sangat banyak. Boleh dikatakan majoriti adalah pakaian wanita. Ada baju kurung, kain batik, baju blouse, tudung, telekung, sejadah, jubah, kain pasang, baju, skirt, dan pelbagai lagi yang saya faham kebanyakkannya diambil dari Vietnam dan juga Thailand. Harga baju murah atau tidak? Baju blaus yang isteri saya ambil hanya berharga RM25 sepasang. Murah bukan?
Saya ringkaskan begini, pasar kemboja adalah pasar yang menjual banyak pakaian terutamanya untuk wanita dengan harga murah. Kalau saya tidak silap, kebanyakkan peniaga adalah orang kemboja yang sudah tinggal lama di Malaysia. Muka pun sudah macam orang melayu Malaysia bagi pandangan saya. Kalau hendak beli baju kurung hari raya, tempat ini memang saya cadangkan sangat sangat. Hendak beli borong pun boleh. Sapa berminat bolehlah ke sini ya.
Website Untuk Membeli Pakaian Wanita
- Lazada – anda boleh beli baju kurung cantik di sini termasuk baju blouse
- 11Street – ada banyak pakaian wanita yang cantik di sini termasuk baju blouse
- Shopee – ada banyak pakaian wanita yang cantik di sini termasuk baju blouse
- Zalora – ada banyak pakaian wanita yang cantik di sini termasuk baju blouse
- FashionValet – ada banyak pilihan pakaian termasuk baju blouse yang trendy
Ada cara yang paling mudah dan murah kalau anda berhajat untuk mendapatkan baju kurung atau apa apa pakaian wanita. Caranya adalah mencarinya di website di internet. Di atas ini adalah contoh beberapa website fesyen pakaian wanita yang memang patut anda tahu untuk ketahui trend design rekaan semasa. Itu pun kalau anda berminatlah. Kalau anda jenis suka tengok tengokl dahulu, dapat pegang dan merasai sendiri akan kualiti kainnya, maka pasar kemboja ini memang saya cadangkan kepada anda. Bye.