Siapa yang sedang atau sudah membeli rumah pasti melalui satu perkara yang menarik. Iaitu melihat reka bentuk pelan rumah. Saya telah membeli rumah teres setingkat dan sudah tentu saya melihat akan Pelan Rumah Teres setingkat. Sebenarnya memang seronok untuk melihat model rumah contoh yang dibuat bersaiz kecil untuk kita ketahui akan bentuk pelan rumah semasa rumah yang sebenar masih lagi belum siap atau belum dibangunkan lagi. Sekarang ramai sudah pemaju perumahan suka membuka jualan untuk menjual rumah sedangkan rumah masih lagi belum dibuat.
Ada kebaikkan apabila membeli rumah sebelum rumah itu siap atau masih didalam pembangunan iaitu harga rumah lebih murah dari harga rumah yang sudah siap. Tetapi risiko membeli rumah yang masih di dalam pembinaan haruslah dipastikan track record PEMAJU samada ada kes kegagalan menyiapkan rumah atau terbaik di di dalam pengalaman mereka. Rasanya untuk kes zaman kini, masalah gagal atau terbengkalai sudah menjadi minima kerana faktor kewangan dan juga undang undang yang ketat. Lagi pula memang ramai yang ingin membeli rumah.
Pelan Rumah Teres Setingkat Terkini
Semasa saya ingin membeli rumah, YA rumah masih lagi belum siap. Rumah contoh pun masih di dalam pembinaan. Yang saya boleh lihat adalah model rumah bersaiz mini yang dibuat seperti mainan. Dan model rumah bersaiz mini juga ada memperlihatkan akan bentuk pelan rumah teres yang saya mahu beli. Dari segi bentuk dan juga pelan rumah teres yang dipaparkan itulah membuatkan saya bersetuju untuk membeli. Kalau anda perasan, design dan reka bentuk rumah kini semakin lama semakin kearah reka bentuk yang moden. Saya suka dengan suasana seperti ini.
Anda boleh lihat akan pelan rumah teres milik saya sendiri pada gambar diatas. Memang menjadi biasa yang rumah kini dipastikan sekurang kurangnya mempunyai 3 bilik. Dan ianya juga mempunyai 2 buah bilik air. Satu di dalam bilik utama dan satu lagi di ruangan dapur. Saya rasa rumah kini yang mempunyai 2 bilik air ini adalah suatu yang baik. Ianya memudahkan penggunaan bilik air lagi lagi jika ada sanak saudara yang hadir ke rumah kita.
Dari segi pelan rumah teres 3 bilik di rumah saya, pihak pemaju ada membuat sedikit ubah suai reka bentuk yang menyebabkan bilik ke 2 dan bilik ke 3 tidak bercantum satu sama lain. Melainkan ianya dipisahkan oleh ruangan kecil di antara bilik yang menyebabkan ruangan itu boleh dibuat sebagai kawasan ruangan belajar ataupun kawasan komputer. Menarik bukan.
Semasa saya ingin membuat pilihan rumah. Saya diberi dua jenis pelan rumah teres. Masing masing mempunyai sisi panjang 20×70 yang sama. Yang berbeza adalah reka bentuk rumah yang saya pilih mempunyai ruang belajar/komputer dan reka bentuk satu lagi pula tiada ruangan itu dengan maksud bilik ke 2 & 3 bercamtum satu sama lain. Saiz rumah yang sama, hanya perbezaan reka bentuk dalaman sahaja dan itu membuatkan rumah yang saya pilih berharga LEBIH RM10K lebih mahal berbanding yang satu lagi.
Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah
- Gila Hartanah – panduan bagaimana membeli rumah dari Faizul Ridzuan
- Ilmu Kewangan/Hartanah – panduan kewangan dan hartanah dari Key
Saya suka pelan rumah teres 3 bilik yang pintu bilik ke 2 dan ke 3 menghadap satu sama lain. Jika menghadap ke ruang makan/dapur, itu bermakna pintu bilik perlu senantiasa ditutup lagi lagi jika ada sanak saudara hadir. Anda faham bukan? Apa apa pun itu pilihan anda. Kadang ada orang beli akan faktor reka bentuk rumah. Ada juga yang beli akan faktor harga rumah. Apa pun yang anda mahukan, sila pastikan dan lihat betul betul akan pelan rumah teres rumah yang anda ingin beli jika rumah sebenar masih belum siap. Boleh jadi anda menyesal jika tidak lihat betul betul. Selamat membeli rumah.
4 Comments
mmg benar tu bro.. kebanyakka nrumah skrg ada 3bilik tidur dan 2bilik air…
saya skrg tengah berangan nak merasa beli yg dua tingkat pula..:D
terbaiklah Hairul.. 🙂