Rasanya semua internet marketer sedar yang matawang Malaysia iaitu Ringgit Malaysia jatuh teruk berbanding matawang usd dollar bukan? Dari segi kebaikkan dan keburukkan dari segi ekonomi Malaysia, sebenarnya ianya membawa lebih banyak keburukkan dan bukannya kebaikkan. Tetapi biarlah ianya sebegitu. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan bagi menangani situasi tersebut. Bagi kita sebagai blogger, apa kebaikkan yang boleh kita dapat dari segi kejatuhan nilai ringgit Malaysia ini?
Sudah tentu ada kebaikkan. Bukankah anda sebagai blogger “pandai” buat duit secara online. Kes kejatuhan nilai ringgit kalau anda lihat pada sisi yang lain boleh memberi kelebihan kepada kita sebagai blogger ini iaitu peluang jana pendapatan melalui internet dengan mendapatkan komisen dalam bentuk usd dollar. Pernahkah anda terfikir mahu buat duit dalam USD? Pernah anda mencuba buat duit USD? Pernah merasai duit USD?

make money online and earn usd dollar from your blog
Cara Dapatkan USD Dollar Di Internet
Di artikel ini nanti akan saya kongsikan beberapa jenis program yang boleh anda sertai untuk buat duit secara online dengan tujuan untuk menjana pendapatan dalam usd dollar. Mana mana program yang anda rasa anda boleh cuba dan boleh buat, saya sarankan inilah masanya untuk anda mencuba dan keluar dari kepompong kelesaan anda yang hanya menumpu pasaran Malaysia sahaja. Percayalah kata saya, kalau anda berjaya jana income dalam USD anda pasti tersenyum riang.
Di bawah ini adalah contoh beberapa program jana pendapatan online yang boleh anda cuba untuk dapatkan usd dollar pertama anda. Mari kita lihat
Flippa – Peluang untuk anda menjana wang dalam USD dollar dengan hanya membina blog dan menjualkan kembali kepada yang berminat. Di sini adalah tempat laman web membida dan menjual beli laman web
iWriter – Anda boleh buat duit dengan menulis artikel dalam english. Kalau anda pandai dalam english, kenapa tidak anda tawarkan kelebihan anda dengan berkhidmat menjadi penulis artikel?
BlueHost – Anda boleh cari mana mana web hosting luar negara yang boleh anda review. Jika ada pembaca yang suka dengan review anda dan mereka “sign-up” mendaftar hosting dengan web hosting cadangan anda, anda akan menerima komisen yang lumayan. Kalau tidak silap saya minima USD50 untuk setiap pendaftaran berjaya
ClickBank/JvZoo – Ini adalah salah satu lubuk ebook luar negara yang popular. Ianya semacam Ashadee dan juga Klikjer di Malaysia kita. Anda jual dan promote ebook tetapi anda dapat usd dollar. Menarik? Boleh cuba
Adsense/Youtube Adsense – Anda anda blog. Anda boleh menjana pendapatan melalui program pengiklanan dari Google Adsense. Kalau tidak ada akaun adsense, anda boleh mencuba buat duit dengan Youtube Adsense
Amazon Affiliate – Ini adalah program affiliate yang memerlukan anda membina website affiliate amazon dan menjana pendapatan dengan menjual produk dari amazon melalui niche website anda.
Kalau saya hendak senaraikan semua, sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk mendapatkan usd dollar melalui blog anda. Perkongsian di atas adalah gambaran kasar bagaimana anda sebenarnya berpeluang untuk dapatkan dollar usd tanpa masalah di dunia internet ini. Katakan 1USD bersamaan dengan RM4. Anda bayangkan kalau setiap hari anda berjaya menjana USD10 sehari, sebulan anda pasti berjaya mendapatkan minima RM1000 setiap bulan tanpa masalah. Anda nampak peluang ini? Mari mulakan sekarang.
Ya memang banyak keburukkan dia. Entah sampai bila entah akan terus jadi macam ni
risau tgk perkembangan matawang jatuh
Tuan,
Saya memang bersetuju dengan segala cadangan terutama melalui google adsense. Semalam saya baru menerima wang hasil adsense sebanyak RM1081 (USD267) melalui wire transfer ke Maybank2u. Syukur alhamdulillah.. Mungkin nilai pertukaran berbeza dari yang semasa, di tambah cas pengurusan Wire transfer.. Tapi lebih kurang 267 x 4.
Thanks,
memang saya tabik lah bro boleh jana RM1K sebulan
aku dah cakap dari dulu, main market luar.
ramai yang degil tak mau dengar.
haha..
aku tau ko rajin titan
ada 70 usd lebih .. lebih kurang 280 lebih .. belum boleh cashout lagi..hehe