Salam kepada pembaca. Adakah salah seorang pencari kerja yang mencari kerja menggunakan Jobstreet Malaysia. Anda menghadapi keadaan di mana sehingga kini anda masih lagi tidak menerima apa apa panggilan dari majikan? Anda masih tidak mendapat kerja, apatah lagi peluang temuduga pun masih tidak kunjung tiba. Apakah masalah anda. Anda bingung. Jadi bagaimana cara yang boleh anda buat untuk meningkatkan peluang resume diterima oleh majikan? Ada cara?
Untuk pengetahuan anda, masalah anda ini selalunya disebabkan 2 perkara iaitu resume kerja anda tidak lengkap dan resume anda sendiri tidak “rank” dengan baik untuk dilihat oleh majikan di Jobstreet. Saya tidak mahu berbincang tentang bagaimana boleh anda hasilkan contoh resume yang memikat majikan. Pada kali ini saya mahu kita fokus kepada bagaimana anda boleh tingkatkan peluang resume diterima dengan menggunakan Jobstreet berbayar. Saya pasti ini pertama kali anda dengar bukan?
Cara Tingkatkan Peluang Resume Diterima Oleh Majikan
Saya ada seorang rakan yang telah menamatkan pendidikkan lepasan ijazah. Malangnya beliau hampir tidak pernah menerima apa apa panggilan interview temuduga kerja. Ini menyebabkan beliau bekerja dengan gaji tahap diploma sahaja. Semua kaedah sudah di cuba. Malangnya masih tidak dpat menerima apa apa panggilan dari majikan. Ini mengecewakan. Akhir sekali beliau mencuba menggunakan Jobstreet berbayar. Selepas berbuat demikian, beliau telah berjaya mendapatkan beberapa panggilan untuk menduduki temuduga kerja. Dan sekarang beliau telah bekerja sebagai enggineer.
Jadi, rupanya ianya benar yang jobstreet berbayar dapat membantu peluang resume diterima majikan dengan lebih mudah. Jobstreet bukanlah membayar majikan untuk memaksa majikan menemuduga anda. Melainkan mereka akan meletakkan keutamaan “priority” resume kerja anda dengan terpapar kepada majikan dengan lebih baik dan kerap. Sudah tentu ini akan menyebabkan kebarangkalian untuk resume anda dilihat majikan menjadi tinggi.
Bagaimana untuk membuat peluang resume diterima menggunakan jobstreet berbayar? Sebelum itu, sila login akaun jobstreet anda. Dan kemudian klik pada “MyJobStreet”. Dan kemudian klik pula pada “Priority Application”. Anda akan dibawa ke halaman dan anda perlu klik “Subscribe Now”. Halaman yang terbaru ini akan ada 2 pakej iaitu pakej RM70 dan RM95 mengikut pengalaman bekerja anda. Pilih jenis pembayaran dan akhir sekali klik “Confirm Order”. Saya tidak menjamin cara ini anda bakal mendapat temuduga kerja tetapi ianya pasti dapat membantu meningkatkan peluang resume anda dilihat oleh bakal majikan anda. Selamat mencuba..
5 Comments
nak buat resume ni bukan mudah.. tak boleh main cincai je
yep, boleh dapatkan dari saya.. 🙂
Admin boleh share tak resume yang bagus untuk mohon kerja ni. Email saya easelangor@yahoo.com
Terima kasih admin.
ohh..
baru aku perasan bahagian tu.
Lahhh..ada jugak ekk yang berbayar..ingatkan free aje yang ada..hehe..