Adakah anda kenal dengan Pat Flynn? Jika tidak biar saya terangkan serba sedikit akan beliau. Pat Flynn adalah seorang blogger luar negara yang blog tersebut berdomainkan “smartpassiveincome“. Rasanya blog beliau ini telah saya kenali sejak tahun tahun lalu. Setelah hampir lama tidak mengunjung, entah kenapa saya singgah kembali ke blog beliau. Antara yang paling menarik yang ada diblog beliau adalah paparan “Last Month’s Earnings” yang berada di hujung sebelah atas kanan blog. Paparan tersebut menunjukkan jumlah Pendapatan Online setiap bulan terkini yang telah beliau dapatkan dengan hanya dari berblogging. Anda lihat, anda pasti terkejut.
Dengan tarikkan jumlah Pendapatan Online bulanan beliau itu membuatkan kita akan rasa untuk terpanggil untuk membaca blog beliau untuk mengetahui akan dari manakah sumber Pendapatan Online yang beliau perolehi ini. Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari sana dan kemungkinan besar juga kita boleh ikuti dan praktikkan apa yang Pat Flynn ini buat. Saya tidak pasti samada beliau seorang blogger separuh masa ataupun sepenuh masa. Tetapi dengan pendapatan terkini iaitu USD77K pastinya secara umum ramai yang akan berblogging secara sepenuh masa bukan?
Pendapatan Online Dengan Bluehost
Baiklah saya mahu anda membuka blog beliau disini untuk melihat “Monthy Income Report” untuk bulan Februari 2014 yang terbaru ini. Bila melihatkan Pendapatan Online Pat Flynn ini, kita akan dapati sangat banyak program buat duit online yang beliau sertai. Antara produk asas yang beliau sertai adalah jualan ebook, iklan, affiliate, blogging, apps, dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang menarik bagi saya adalah bagaimana beliau boleh menjana keuntungan dari jualan Bluehost? Bluehost adalah web hosting services antarabangsa yang sangat terkenal. Bayangkan beliau dengan hanya menjadi affiliate mampu menarik orang ramai untuk mendaftar blog dengan Bluehost dan menjana USD36,450 sebulan. Wow, bagaimana beliau lakukan? Menarik bukan?
Dari senarai program Pendapatan Online yang disertai Pat Flynn boleh kita sertai sebenarnya. Dan disebabkan tertarik dengan beberapa program yang beliau sertai, rasanya ada 2-3 produk yang boleh saya ikuti selepas ini. Rakan rakan pembaca bagaimana pula? Ada tidak antara produk yang ingin anda sertai. Jika saya katakan ada, tidak mungkin anda katakan tidak bukan. Ini menunjukkan buat duit dari online bukan hanya tersekat pada satu satu program sahaja. Ada banyak benda yang boleh kita lakukan. Siapa sangka ada orang yang mampu buat duit dalam jumlah yang besar hanya dengan menjadi agen jualan web hosting dari syarikat orang lain bukan. Kalau orang lain boleh kenapa kita tidak. Jom cuba.
>>> Mari Bina Blog Anda Dengan Mudah Dan Pantas Bersama Bluehost <<<
.
21 Comments
Wow…thanks for sharing info pasal mamat ni bro…hebat juga dia ni. Aku tak pernah lagi dengar pasal dia…dan dasat income dia…hampir macam johnchow….wow…
memang dasat la kan, hehe
Hebat2… inspirasi yg baik buat kita semua.. thanks sharing Wan .. 🙂
sama sama bro
ini income riban2 nie…inspirasi yg bagus utk kita
riban tahap terlebih
mantap btol income dia
mesti ada rasa nak jadi macam dia kan
orang Malaysia ada buat macam tu ke..?
yang buat rasanya ada tetapi tidaklah banyak tu duitnya
tak ku sangka banyak nye sebegitu..
lepas ni tuan tanah ni pun mesti mantap !
tuan tanah pun nak macam tu jugak, hehehe
saya ada terbaca dulu dia ni dapat income dari blog tu tanpa ada ilmu SEO pun,kalau orang lain yang dapat income seperti dia biasanya ada jugak knowledge seo dan tarik trafik dengan seo,tapi dia tidak.
owh ya ka
Pergh…mmg power betullah pat ni..thanks bro wan kongsi info
sama sama
Tudiaa.. Menangis tengok income dia. T.T
jangan menangis, gembira lah