Kesian kadang kadang tengok dengan penduduk rumah yang jenis bertingkat ini samada dari rumah pangsa, pangsapuri, apartment mahupun kondominium. Masalah pembuangan sampah dari yang sekecil kecil hingga yang besar dari tingkat atas memang memanaskan hati bagi penduduk yang berada ditingkat bawah. Tidak senang duduk bila memerhati sampah merata rata dikawasan lantai mahupun bumbung kecil bagi rumah ditingkat bawah. Sikap buang sampah merata rata sebegini menyusahkan orang lain.
Ada pelbagai jenis sampah yang dilontarkan ke bawah samada plastik makanan ringan, spender yang tidak bernasib baik, pakaian dalam yang tersangkut, tumpahan air, ludah, chewing gum, sampah sapuan seperti habuk lantai dan sebagainya. Lagi parah jika sampah yang dibuang dari tingkat atas menyembah dan menghinggap muka orang di bawah. Kalau tahulah siapa punya gerangan yang buang sampah tersebut pasti akan dicari sampai dapat akan orang yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Sikap Buang Sampah Merata Rata
Sifat malas membuang sampah, kedaan rumah yang sangat tinggi melangit memang membuat sesiapa sahaja malas untuk turun ke bawah untuk membuang sampah. Kadang kadang sifat manusia yang tidak kisah membuang sampah jenis kecil seperti plastik makanan ringan, pelastik gula gula dan hampasan gula gula getah dari tingkat atas ke tingkat bawah pasti menjijikkan halaman pada mereka yang ditingkat bawah. Nasib mereka buruk apabila manusia kurang beradap ini tidak memikirkan masalah yang menimpa orang lain. Kasihan.
Dan disebabkan marah dengan sikap individu yang buang sampah merata rata inilah menyebabkan ada individu yang menampalkan tanda amaran di dalam sebuah lif di sebuah kondominium yang saya pergi sebelum ini. Pada mulanya agak kelakar juga statement yang ditunjukkan di dalam gambar yang saya paparkan di atas. Akan tetapi punca kenapa amaran ini diberi adalah kerana tidak tahan lagi dengan sikap orang orang yang suka membuang sampah dari tingkat atas. Kalau dah kena doakan dan disumpah berkali kali pasti tidak cerah masa depan orang yang didoakan itu. Betul tidak. Oleh itu, hormatilah perasaan orang lain dan terapkan nilai nilai murni kerana kita hidup berjiran sesama kita. Jadilah insan yang memahami orang lain dan mendamaikan jirannya. Bye….:)
3 Comments
itulah.
selalu gak kena dulu.
satu hal nak cari siapa yang baling.
dem sungguh.
kalau sampah tu besar macam kuman tak apa kot haha
Salam. Hee ituari baru saja saya tampal notis ‘jangan buang sampah depan rumah saya’ juga. Sbb rumah jiran itu tiada tong sampah sbb jiran saya itu sudah renovate rumah dia.