Suka ataupun tidak, pasti kenangan bersekolah di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional memberi pengalaman manis dan pahit. Saya pasti setiap orang yang mengimbau kembali kenangan lama pasti tersenyum. Tidak kira samada anda bersekolah di sekolah teknik atau bukan, dan jika anda pernah tinggal dihostel asrama pasti tahu akan rasa tersebut bukan. Semua asrama pasti hampir sama akan corak dan rutin hariannya bagi para pelajar yang tinggal di hostel. Asrama lelaki (Aspura) dan asrama perempuan (aspuri) diberi nama. Saya ingin kongsikan secebis pengalaman saya buat adik adik yang bakal memasuki asrama nanti.
Saya hanya masuk ke asrama Sekolah Menengah Teknik hanya pada tingkatan 5 sahaja. Tidak pasti akan bagaimana suasana sekarang, tetapi pada zaman saya, pangkat senior (abang) masih lagi berjalan walaupun sudah agak berkurang. Dan yang pasti selalunya junior (tingkatan 4) perlulah menghormati yang lebih senior. Ini bagi mengelakkan situasi yang kurang senang lagi pula pada umur remaja sebegini, sifat panas baran, tidak puas hati, berpuak puak wujud pada umur sebegini. Jadi elakkan provokasi. Ini nasihat saya sebagai abang yang telah melalui zaman tersebut.
Corak Rutin Harian Di Asrama Sekolah Menengah Teknik
Umumnya, rutin harian diasrama Sekolah Menengah Teknik hanya sibuk pada waktu hari bersekolah sahaja (mungkin berbeza kini). Setiap pagi perlu bangun tidur sebelum masuk waktu subuh. Mandi dan mesti berpakaian lengkap sekolah dan mula memasuki ruang surau untuk berjemaah sembahyang subuh. Kadang kadang sebelum atau selepas sembahyang akan dilakukan pengiraan pelajar setiap dorm (bilik) bagi memastikan tiada yang culas atau degil untuk bersembahyang sekali. Dan setelah selesai, semua pelajar akan ke dewan makan asrama untuk menikmati sarapan pagi dan selepas itu terus ke sekolah.
Selepas habis sekolah pada sebelah pagi iaitu tamat mungkin pada pukul jam 2 petang. Pelajar yang tinggal di asrama akan kembali keasrama dan menikmati makanan tengah hari. Didalam tempoh dari zohor hingga ke asar dan petang biasanya tidaklah sesibuk mana. Boleh berehat ataupun bersukan pada waktu petang. Minum petang ada disediakan
Dan sebelum masuk waktu maghrib pula, pelajar asrama akan berjemaah bersama. Ini wajib kerana hampir semua pelajar selalunya telah selesai akan aktiviti disekolah. Didalam tempoh selepas sembahyang maghrib dan Isyak, pelajar asrama Sekolah Menengah Teknik akan menikmati makan malam dan selalunya akan ada protokol ataupun aktiviti seperti memberikan sedikit ucapan, ceramah, nasihat, perbincangan, berita atau apa apa sahaja kata kata dari warden asrama untuk pengetahuan pelajar asrama sehingga masuk waktu Isyak.
Dan selepas Isyak semua pelajar (tanpa kecuali) mesti berada di bilik study atau tempat khas yang dibuat khusus untuk pelajar asrama mengulangkaji pelajaran sehingga pada pukul 11 malam (seingat saya). Selepas tamat ulangkaji, pelajar akan berbaris, sedikit kata kata dari warden asrama dan semua pelajar boleh minum malam dan masuk tidur.
Begitulah rutin harian saya semasa berada di asrama di Sekolah Menengah Teknik. Dan untuk pengetahuan alat hiburan seperti gitar, walkman (ketika itu), telefon bimbit dan lain lain tidak dibenarkan sama sekali. Dan hari cuti sekolah adalah hari paling rilek bagi pelajar asrama. Tiada protokol wajib yang perlu diikuti. Semuanya bebas menyusun aktiviti sendiri pada hari cuti sekolah. Anda boleh bangun, tidur sesuka hati dan jika anda rajin bolehlah melakukan aktiviti mengulangkaji pelajaran diwaktu pagi. Adakah anda pernah berpengalaman berseolah di Sekolah Menengah Teknik di Malaysia?
2 Comments
kat asrama tu ada banyak persamaan dari segi rutin harian. zaman dulu takde hp, memang takde masalah, walkman memang banyaklah.
henpon ni jadi masalah kalau ada kat asrama lagi lagi kalau pelajar baru tengah nak naik jadi remaja nih