Kalau anda bercuti ke Pulau Pinang, salah satu tempat yang wajib anda kunjungi adalah bukit bendera. Dan kebetulan pada penghujung bulan Dec 2015 lepas, ibu bapa saya datang bercuti ke Pulau Pinang. Dan saya membawa mereka untuk melawat Rumah P.Ramlee dan juga ke Bukit Bendera. Di dalam minda hanya terfikir yang perjalanan tersebut tidak lama. Parking di depan kaunter, beli tiket dan terus naik ke bukit bendera untuk bersiar siar. Namun tekaan saya silap, bulan Dec 2015 adalah musim cuti persekolahan. Anda tahu apa yang terjadi?
Sangat ramai yang bersiar dan ingin menaiki bukit bendera. Itu pertama kali saya terlihat begitu ramai orang. Jujur cakap, dalam hati sudah ada rasa putus asa kerana terfikir cuaca yang panas dan juga masa yang diperlukan untuk dapat naik ke bukit bendera. Kebetulan kami sekeluarga sampai pada pukul 10 pagi. Namun proses dari parking kereta sehingga balik semua ke parking selepas naik bukit bendera hanya selesai pada pukul 2.30 petang. Jika anda ditempat saya apa yang anda akan rasa. Sangat penat bukan?
Melancong Ke Bukit Bendera Penang
Namun saya tidak kisah jika saya yang penat. Tetapi kesian kepada ibu bapa. Proses untuk membeli tiket sudah memakan masa lama. Proses untuk beratur untuk menaiki keretapi bukit bendera memakan masa lagi lama. Proses menunggu untuk pergi atau balik lebih kurang sama sahaja lamanya. Dengan panas terik, letih berdiri kerana lama menunggu giliran membuatkan percutian berehat rehat sepertinya kurang sampai akan maksud sebenar percutian tersebut. Tetapi kira berpuas hati juga atas sebab kini kami sekeluarga ada pengalaman menaiki bukit bendera. Itu yang penting.
Berapakah harga tiket Penang Hill? RM10 untuk dewasa, RM5 untuk pelajar dan RM3 untuk kanak kanak bawah 6 tahun. Dan kos harga tiket ini adalah untuk pelawat yang mempunyai MyKad sahaja. Pelancong luar negara dan juga tiket “fast lane” dikenakan harga yang lebih mahal. Dari pengalaman saya ini, saya boleh katakan jika anda menaiki bukit bendera dalam musim percutian yang sangat ramai orang, jika ada duit lebih saya lebih mensarankan anda untuk mengambil tiket “fast lane” untuk proses yang lebih cepat dan tidak membuang masa dan penat untuk beratur. Cadangan saya sahaja.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Adakah saya akan ke bukit bendera lagi di masa akan datang? YA, saya akan ke sana lagi tetapi akan memilih masa yang tidak ramai orang dan memilih untuk pergi seawal pagi yang boleh. Tujuan utama yang saya nampak adalah lebih kepada untuk melihat permandangan Pulau Pinang dari tempat yang tinggi. Kalau anda sukakan suasana bukit gunung, santai, puncak tinggi, maka bukit bendera sesuai buat anda. Jom melancong ke Pulau Pinang.
6 Comments
jauh plak penang tu rasanya.
haha..
rindu nak pi penang…last pi time sekolah kot…
Perghhh 2 3 kali pergi penang nak naik penang free hill nie selalu penuh jek…pegi bawak budak mana bleh tunggu lama2…lutut naik goyang jek beratur…. 😛
Nampak menarik kat atas tue kan…kalo location tempat stay tue paling dekat mau tido mana heh bro…tapi dengar citer tempah ngan agoda paling murah punya harga laa kan…
Thanks bro sebab bagi tau port murah tempah hotel kat penang ni… 🙂
Kenangan pertama dan terakhir bersama arwah ibu…
kapan ya aku ada kesempatan kesana 🙂
Lama tak pergi sini. Walhal ini tempat lah selalu lepak masa kecik2 dulu coz my mom kerja di Penang.
Kalau ada rezeki nak melawat semua Penang. Bawa anak2 pula ke Bukit Bendera.