Sebenarnya saya bukanlah seorang kaki pancing ikan. Tetapi tetap ada minat kerana waktu kanak kanak memang ada pergi memancing dengan kawan kawan dalam keadaan mak ayah tidak tahu. Jadi minat itu ada. Cuma tidak begitu kuat. Dan oleh kerana di ajak oleh adik sendiri, saya terjadi minat dan ingin mencuba hobi tersebut walaupun kesuntukkan masa. Kadang kadang kita kena juga ada masa untuk hiburkan diri sendiri. Dan saya bersetuju dan kami merancang memancing ikan di bawah jambatan pulau pinang pertama.
Dan itulah pengalaman memancing ikan saya yang pertama di bawah jambatan pulau pinang. Kami tidak menyewa dan menaiki bot. Hanya memancing dipinggiran sahaja namun tetap bawah jambatan. Maklumlah, kami ini newbie dan orang baru. Tidak berani hendak memancing dibawah jambatan dikawasan tengah tengah yang memerlukan kami menyewa bot. Cukup dengan hanya mencuba di kawasan tepi tepi dahulu.
Pengalaman Memancing Ikan Sebenar Dari Pemancing Newbie
Saya dan adik bertolak agak pagi. Dan saya sendiri perasan, seiring dengan berlalunya masa, air mula pasang dan tinggi. Dengan kata lain kami tidak boleh lama lama sangat. Nanti tidak boleh ke “darat” dan terpaksa berenang. Ini membuatkan saya sedikit gusar. Namun di sebabkan ada beberapa bot rosak yang tersadai, ianya membolehkan saya dan adik menyeberang untuk ke kawasan darat jika air laut naik terlalu tinggi.
Seronok juga dapat memancing ikan. Ada satu perasaan puas yang tersendiri. Perlukan kesabaran dan teknik untuk merasai pemainan ikan ketika ikan cuba acah acah memakan umpan yang kita pasang. Dan yang terlebih seronok apabila saya berjaya mendapat tangkapan ikan yang pertama. Sukar hendak gambarkan perasaan ketika umpan telah mengena. Terasa ada tarikkan putus putus ketika di dalam air. Dan apabila saya menarik tali joran, terkejut kerana memang benar sangkaan saya yang saya telah dapat ikan. Gembira tidak terkata.
Website Untuk Beli Barang Alatan Memancing Ikan/Udang
- Lazada – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
- 11Street – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
- Shopee – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
Boleh saya katakan itulah pengalaman memancing ikan yang pertama kali saya mendapat ikan. Jadi sudah tahu apakah rasanya perasaan bagi para pemancing ikan yang menghabiskan masa berjam jam untuk memancing ikan. Di Pulau Pinang, bawah jambatan pulau pinang yang pertama adalah salah satu lokasi yang sesuai untuk memancing ikan. Dan kepada anda yang masih baru atau baru hendak belajar memancing ikan, anda boleh baca artikel kos alatan memancing yang pernah saya tuliskan sebelum ini tentang kos kos dan barangan yang perlu anda beli jika baru pertama kali mahu belajar memancing ikan. Bye.