Siapa di sini yang pernah membeli barang di Lazada Malaysia? Apakah pengalaman anda? Manis atau pahit. Berita negatif yang kita baca adalah selalunya berkenaan kelewatan penghantaran barang oleh pihak Lazada. Tetapi sebenarnya jika di teliti, masalah tersebut datangnya dari pihak perkhidmatan pengeposan dan bukannya Lazada. Apa boleh buat kalau pihak penjual sudah menghantar barangan tersebut tetapi ianya tersadai di stor courier servives di sebabkan masalah tertentu. Jadi kena tengok juga permasalah tersebut.
Seminggu yang lalu saya telah membuat pembelian di Lazada secara online. Ini adalah pengalaman pertama kali saya membeli barang di Lazada. Ini kerana saya melihat ramai rakan blogger yang telah membeli berkali kali pelbagai barangan di Lazada Malaysia tanpa masalah. Di sebabkan ada keperluan, maka saya membuat pembelian yang berguna iaitu membeli beg dompet secara internet melalui Lazada. Proses penghantaran dijangka mengambil masa 5 hari bekerja.
Pertama Kali Membeli Barang Di Lazada
Semalam saya telah dihubungi oleh pihak pos GDex yang mereka mahu menghantar barang yang saya beli dan ingin memastikan saya ada di rumah. Dan sebenarnya semalam adalah kali ke-3 mereka mahu menghantar barang. Dan kedua dua hari lalu tidak berjaya menghantar kerana saya tiada di rumah kerana saya bekerja pada sebelah pagi. Alhamdulillah saya telah berjaya membeli barang di Lazada dan menerimanya. Terima kasih Lazada Malaysia.
Kenapa Lazada? Untuk pengetahuan anda, Lazada mahu menjadi eCommerce online shopping yang terbesar di Malaysia. Rasanya mereka berjaya dengan misi tersebut. Dan saya tidak menolak yang kempen pengiklanan melalui blogger sangat sangat membantu meningkatkan jenama ini di Malaysia. Anda taip sahaja akan testimoni atau pengalaman pertama kali membeli barang di Lazada pasti akan keluar banyak cerita yang boleh anda baca.
Pihak Lazada Malaysia nampaknya banyak memberikan potongan diskaun harga yang menarik. Lagi lagi ketika musim perayaan atau cuti umum tertentu. Saya sudah membuat sedikit perbandingan, nampaknya harga yang ditawarkan boleh dikatakan murah dan hampir sama dengan harga pasaran yang lain lain. Jadi tiada istilah Lazada menipu atau apa. Kalau anda tidak dapat barang silakan check puncanya samada dari pihak lazada atau anda sendiri. Dari pengalaman saya sendiri, pengalaman membeli barang di Lazada adalah memuaskan dan terbaik. Jom lawat dan daftar Lazada dengan klik pada link/banner di bawah ini. Selamat membeli belah.
2 Comments
Pernah shopping online si Lazada. Armour external hdd. Barang selamat, dijamin ori, COD lagi. Memang puas hati.
pengalaman terbaikk tuhh