Pengiklanan Dan Affiliate – Ramai yang kata kita boleh buat duit secara online. Tetapi berapa ramai yang benar benar berjaya buat duit dengan online. Maksud saya buat duit dari online adalah pendapatan yang mampu anda hasilkan dengan hanya dari Blog. Adakah niat anda untuk dapat duit dari blog telah berjaya? Jika anda berjaya dan pernah dapat hasil, berapakah nilai Ringgit (RM) yang anda dapat? Mungkin bagi blogger yang masih baru dengan RM1 atau RM10 pertama pun sudah cukup puas hati. Malah ada yang masih berpuas hati dapat RM100 didalam setahun. Tetapi bagaimana dengan blogger yang sudah lama. Tetapi masih tidak menemui cara buat duit yang betul betul untuk dikuasai. Setahun RM100 pun tidak dapat. Bagaimana?
Sebenarnya ada banyak cara buat duit. Tetapi anda hanya perlu fokus kepada satu satu dahulu. Inilah caranya iaitu FOKUS kepada satu satu dahulu. Kebanyakkan tidak berjaya kerana hendak cepat dan nak belajar semua didalam satu satu masa. Hasilnya apa yang anda lakukan jadi tidak maksima dan hasil pulangan pula hanya cukup cukup dan perlu berpuas hati dengan apa yang anda dapat. Akhirnya anda berasa tidak yakin, tidak bersemangat dan masih kabur kabur dengan idea buat duit secara online dari blog anda sendiri.
Program Pengiklanan Dan Affiliate Terbaik Bagi Blogger Malaysia
Pengiklanan Dan Affiliate adalah Dua Cara Buat Duit Online Terbaik Bagi Blog bagi pandangan saya didalam konteks “MALAYSIA”. Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana saya sendiri telah dan sedang merasakan pendapatan yang berterusan dari Pengiklanan Dan Affiliate ini. Pengiklanan yang saya maksudkan adalah dari iklan yang dipasang pada blog seperti Nuffnang, Innity, Adsense, H12 Media dan sebagainya yang mana menarik minat anda. Dan affiliate ini pula anda boleh menyertai program dari Ashadee, Klikjer atau lain lain yang mana anda berminat.
Dua program buat duit dari blog dari Pengiklanan Dan Affiliate ini memang disukai ramai blogger di Malaysia. Saya juga begitu. Tetapi untuk dari jenis yang mahukan pendapatan berbentuk pendapatan pasif, saya menyarankan anda untuk menyertai program Affiliate. Dari program Affiliate ini saya tidak pernah ketinggalan untuk menerima komisen setiap bulan. Saya tidak dapat banyak tetapi secara jujur dari blog ini saya mampu menerima jumlah komisen dari affiliate sebanyak nilai “ratus” setiap bulan. Anda pasti anda juga mahu bukan?
Kenapa saya hasilkan artikel berkenaan Pengiklanan Dan Affiliate, kerana saya hendak anda tahu yang saya juga seperti anda dahulu (bagi blogger baru). Saya tercari cari dan hendak mencuba pelbagai perkara. Hasilnya saya jadi bosan. Jadi untuk mengelak perkara seperti ini berlaku, saya dapati ada baiknya jika saya FOKUS kepada satu satu dahulu dan mengusai bidang tersebut. Hasilnya kini saya faham dan telah biasa dan tahu bagaimana untuk saya dapat duit dari program Pengiklanan Dan Affiliate ini. Untuk saya, saya memilih affiliate untuk difokuskan. Anda bagaimana?
8 Comments
Dulu tidak percaya program Affiliate ini boleh menghasilkan pendapatan tanpa modal. Apabila nampak duit masuk barulah percaya. 🙂
bro mesti banyak dah kan dapat hasil… 🙂
aku kena belajar lagi nampaknya , baru boleh kebabom
aku rasa ko dah kebabom dah sebab ko “on la jer”, hehehe
masih mencari duit online walaupun setahun baru je dapat RM11..kira ok juga kan berbanding kosong terus!
bro kena usaha lebih tuh, sikit sangat RM11 pastu setahun