Sejujurnya, saya sendiri pun tidak faham tentang good and service tax (GST) Malaysia ini. Memang keliru dengan sistem cukai sebelum ini dengan sistem cukai terbaru yang akan di perkenalkan pada tahun hadapan. Rasanya ini adalah suatu perkara biasa bagi rakyat awam seperti saya yang keliru dengan cara pengiraan cukai GST ini. Ada yang kata harga barang akan turun dan ada yang kata harga barang akan naik dan meningkatkan kos sara hidup. Mana satu yang betul. Hasil dari pembacaan saya, saya akan membantu menjelaskan bagaimana proses kutipan cukai GST dilakukan.
Pertama sekali, suka saya ingatkan yang penjelasan dari apa yang saya buat ini adalah hasil dari pembacaan diri sendiri untuk memahami bagaimana kiraan GST 6% dilakukan. Jika saya silap di dalam menjelaskan, saya harap ada yang akan membetulkan saya untuk kebaikkan bersama. Saya tidak akan menceritakan tentang cukai semasa iaitu SST yang kita masih pakai sekarang ini. Saya akan terus kepada perkara pokok yang sentiasa menjadi perdebatan dikalangan orang awam akan cukai GST ini. Mari lihat gambar di bawah ini.
Proses Cukai GST Malaysia 6%
Lihat gambar diatas. Secara asasnya, proses percukaian GST akan melalui 3 peringkat. Dari Pembekal Bahan Mentah kepada Pengilang dan akhir sekali kepada Penjual. Kita boleh simpulkan perjalanan kutipan cukai GST adalah seperti di bawah ini;
Pembekal Bahan Mentah —> Pengilang —> Pemborong/Penjual —> Pembeli
Ini adalah proses asas. GST 6% yang dikenakan adalah pada SETIAP proses. Di bawah ini adalah kaedah yang boleh anda gunakan untuk memahami bagaimana kerajaan mengutip cukai GST tersebut. Lihat cara kiraan di bawah ini.
- Pembekal Bahan Mentah – Bahan di jual dengan harga RM100. GST 6% menyebabkan pembekal menjual dengan harga RM106 kepada pengilang (Kerajaan dapat RM6)
- Pengilang – Membeli bahan mentah dari pembekal dengan harga RM106. Dan kemudian menjual produk siap dengan harga RM150. GST 6% menyebabkan pengilang menjual dengan harga RM159 kepada Pemborong. (Kerajaan dapat RM9). TETAPI pengilang terpaksa membeli barang dari pembekal dengan RM6 lebih mahal kerana GST. Oleh itu pengilang boleh menuntut RM6 dari kerajaan. (Kerajaan dapat RM9-RM6 = RM3)
- Pemborong/Penjual – Membeli produk siap dari pengilang dengan harga RM159. Dan kemudian menjual produk siap dengan harga RM300. GST 6% menyebabkan pengilang menjual dengan harga RM318 kepada Pembeli. (Kerajaan dapat RM18). TETAPI Pemborong terpaksa membeli barang dari pembekal dengan RM9 lebih mahal kerana GST. Oleh itu pengilang boleh menuntut RM9 dari kerajaan. (Kerajaan dapat RM18-RM9 = RM9)
- Pembeli – Membeli produk akhir dengan harga RM318.
- Kutipan Cukai GST Kerajaa Dapat Adalah = RM6 + RM3 + RM9 = RM18
- Kesimpulan – Pembeli membeli barangan dengan harga RM318. RM18 dari RM318 akan terus mengalir menjadi cukai kerajaan
Orang ramai sering kali bertanya kenapa kita perlukan sistem cukai yang baharu? Perlu di fahami yang sistem cukai yang kita amalkan sekarang kurang efektif. Maksud kurang efektif itu bagaimana? Cukai cukai sebelum ini banyak yang boleh cari cara untuk mengelak membayar cukai. Dan dengan adanya GST, cukai tidak dapat dielakkan. Dengan ini secara tidak langsung pendapatan negara akan meningkat yang akan memberi kerajaan lebih kuasa untuk berbelanja untuk pembangunan negara.
Maaf, artikel ini tidak akan membincangkan perihal baik buruk dan juga perbezaan harga antara sebelum GST dan selepas GST di perkenalkan. Artikel ini hanya bertujuan untuk memberi penerangan tentang bagaimana proses cukai GST ini berlaku. Kita tidak boleh katakan cukai sebelum ini lebih baik dari GST atau sebaliknya. Ianya semua bergantung bagaimana ianya dilakukan dan tujuannya selepas itu. Apa apa pun, ianya berbalik kepada kerajaan bagaimana mereka menguruskan perbelanjaan mengurus negara. Kita harapkan yang cukai GST ini memberikan kebaikkan pada semua rakyat. Sekian
7 Comments
Serius tidak faham. Cuma bimbang kenaikkan harga untuk cukai barangan yang dahulunya rendah sekarang ini akan naik selepas dikenan GST 6%. Gembira untuk penurunan cukai barangan yang tinggi sebelum ini kepada 6%. Walau bagaimana pun kalau harga runcit naik turut memberikan impak kepada GST kecuali harga runcti kekal tetapi mustahil.
Menyokong cadang label warna untuk membezakan barangan yang dikenakan GST dan tidak. Senang bezakan bukan bermakna tidak membeli barangan GST. 🙂
saya setuju juga dengan idea bro pasal label warna
dari segi flow aku dah faham 😀 cuma dari kesan sampingan, itu kita tunggu dan lihat
kesan sampingan tu kena kaji bab lain pula
secara asasnya betul dah tuh…
nak kadi apa apa tambahan ka
Thanks..fhm dah gst ni secara general..