Niche Website – Saya pasti tidak semua blogger mampu untuk belajar semuanya tentang dunia blogging didalam masa yang amat singkat. Kenapa saya katakan begitu? Sebagai seorang blogger, saya juga menghadapi masa dan proses pembelajaran tentang selok belok dunia blog. Dari newbie yang langsung tidak tahu apa apa, nak tulis pun masih merangkak, ayat tidak sekata, idea kurang, tidak tahu hendak tulis apa dan bermacam macam lagi lah sehingga peringkat pembelajaran tentang SEO.
Anda pasti bersetuju, yang kadang kala kita pernah mendengar akan perkara itu, kita fahami juga walaupun sedikit, ada rasa ingin mencuba buat juga, TETAPI rupanya kita mencuba itupun setelah sekian lama dan masa yang panjang bukan. Itu semua proses pembelajaran sedikit demi sedikit didalam dunia blogger. Kita akan ketahui sesuatu perkara itu berkadar dengan masa. Cuma lambat atau cepat sahaja. Entry permulaan mukaddimah ini saya nak kaitkan dengan cerita seterusnya. Baca dibawah.
Percubaan Pertama Dengan Niche Website
Anda pasti pernah mendengar tentang Niche? Ala tentang blog atau Niche Website. Saya pasti semua blogger pernah mendengar perihal ini. TETAPI berapa ramai yang tahu, faham dan kemudian berhajat untuk memiliki blog ber-niche juga? Yang berhajat pula, berapa ramai pula yang bebetul melakukannya. Dan yang melakukannya pula pasti mengambil masa bukan sehingga yakin untuk membeli domain untuk membina website niche dengan alasan tertentu.
Saya sudah berpengalaman didalam dunia blogging hampir 3 tahun lebih. Didalam masa 3 tahun lebih ini saya telah mendengar dan baca aka kelebihan “Niche Website” ini untuk buat duit secara online. Tetapi baru sekarang saya benar benar memulakan langkah yang pertama untuk memilikinya dan melihat sendiri bagaimana blog berkonsepkan niche ini memang terbukti buat duit secara online.
Semalam, saya telah bertekad untuk membeli domain dengan niche “english” untuk pasaran dan market luar negara. Sudah alang alang berhajat mahukan Niche Website, maka teruslah saya buat untuk website berbahasakan english dan mengkhususkan pelawat dari luar negara.
Apa tujuan saya memiliki website niche ini? Seperti yang saya katakan, saya ingin mendapatkan hasil pendapatan melalui blog/website yang saya bina ini. Ada dua sumber utama hasil yang boleh saya dapatkan melalui Niche Website ini iaitu dari “Pengiklanan di Blog” dan juga “Program Affiliate”. Dengan kata lain website itu nanti akan mempunyai serampang dua mata untuk penghasilan di website/blog nanti.
Saya telah mulakan langkah yang pertama untuk memiliki Niche Website ini. Samada berjaya atau tidak akan saya kongsikan nanti dengan anda (pembaca). Saya harap ianya berjaya. Saya pernah berkongsi artikel berkenaan Pat Flynn bukan. Disebabkan beliau lah saya ingin mencuba mendapat hasil sebegitu. Orang lain boleh buat kenapa kita tidak bukan? Sikit atau banyak bukan kiraan saya. Tetapi saya nak lihat sendiri dengan mata sendiri yang samada Niche Website ini memang boleh buat duit menurut apa yang diperkatakan ramai. Nantikan update saya tentang hal ini di masa akan datang. Selamat berblogging…
15 Comments
Tahniah bro… moga berjaya.
sama sama
hebat bro..pengalaman 3 tahun…sama mcm aku tp bezenya kau masih di tahap lama…tapi nak bersaing utk pikat pelawat dr negara luar memang agak tuff..semoga bro berjaya…InshaAllah….
itulah, apa apa pun cuba dahulu
Good luck bro semoga berjaya yang penting usaha dan usaha dan usaha sampai berjaya
aminn
bagus bro..langkah kanan nampak gayanya!
jom lah sekali
Boleh try juga nanti..
jom jom
Aku pun baru usha-usha pasal niche site. Mat saleh lama dah buat, kita baru tau. Takpe, better late than never. Hehe Good luck bro!
betul tuh, better never than late, setuju
nice niche…aku dulu bermula dengan 3 niche…tak larat nak handle sampai ada 50 blog niche..la ni baru nak start balik…stay paling lama, dan paling banyak income aku dapat adalah niche travel..fuh..sangat best masa tu..begitu juga niche health n business..3 tu aku start dulu..memang masyuk..:P