Ramai sangat yang bertanya akan bagaimana cara untuk mudah lulus memohon Google Adsense. Ada yang kecewa apabila permohonan tidak diterima. Ada yang tidak mendengar berita apa apa. Dan ada yang mahu mendapatkan akaun Adsense tetapi berasa malas akibat dari terma yang memerlukan website perlu menggunakan bahasa yang diiktiraf atau lebih mudah bahasa english. Bila lemah didalam bahasa english, pastilah mood untuk mendapatkan akaun Adsense melalui blog yang berbahasa english jadi sukar.
Untuk pengetahuan anda (pendapat saya sahaja berdasarkan pengalaman). Pihak Google kadang kala meluluskan permohanan anda dengan pelbagai sebab. Ada yang 2-3 hari sudah lulus. Ada yang seminggu. Ada yang sebulan. Ada yang di tolak. Ada yang atas alasan itu dan ini. Ada yang lulus didalam memohon Google Adsense walaupun nampak macam tak lepas. Itu terpulang kepada Google dan nasib anda sendiri. Jadi kalau boleh jangan bandingkan orang lain dengan anda jika anda nampak sama.
Tips Memohon Google Adsense Dengan Mudah
Apa yang perlu anda lakukan sebelum memohon Google Adsense itu adalah lebih penting. Saya tidak katakan wajib tetapi kalau boleh anda melakukan hal hal yang asas dahulu supaya permohonan anda itu nampak ada asas dan persediaan yang serius dan bukan main main. Dibawah ini akan saya berikan beberapa tips ringkas yang menurut saya mampu memberikan anda peluang paling asas untuk mudah dapat akaun Google Adsense. Perkara yang perlu anda lakukan sebelum memohon Google Adsense adalah seperti berikut.
1. Lebih baik memohon dengan blog dan domain berbayar. Anda boleh dapatkan hosting + (domain free) dengan harga murah serendah RM70 sahaja iaitu dari hosting NetKL
2. Sila hasilkan sekurang kurangnya 15 artikel english. Hendak mudah beli artikel english di sini. Post 15 artikel ini secara berkala dan rawak untuk tempoh 1 bulan. Jangan post sekaligus sehari. Kalau boleh umur blog minima mesti sebulan sebelum apply Adsense
3. Pastikan artikel yang dibeli/dihasilkan di post di dalam blog dengan mengamalkan tips SEO asas
4. Setiap artikel perlu di share di media social Facebook, Twitter dan Google +
5. Sila bina backlink didalam sebulan ini dengan cara komen diblog orang lain. Pastikan ruangan komen mempunyai ruangan laman website yang perlu di isi
6. Sila buat page “About Me” untuk memberi tahu yang siapa anda. Ini penting bagi menunjukkan kredibiliti website anda. Ianya supaya tidak nampak spam. Kalau boleh didalam “about me” sila masukkan maklumat Facebook dan juga Google + anda.
Kenapa perlu semua diatas. Ini kerana, pada pandangan Google. Jika anda melakukan diatas, anda telah menyediakan sebuah blog yang serius, artikel berkualiti, halaman yang SEO baik, jumlah artikel yang relevan, ada link dengan social media, ada backlink dan ada sedikit trafik. Blog sebegini boleh dikira sebagai agak lengkap lagi lagi dengan page “about me” yang menerangkan akan identiti si penulis blog. Ini hanya pandangan saya sahaja tentang cara mudah memohon Google Adsense.
Mungkin bagi sesetengah anda merasakan ianya sukar. Jangan risau saya telah meletakkan link bagi apa yang saya sampaikan diatas bagi memudahkan anda membaca lebih lanjut. Dan jika anda memang hebat di dalam mendapatkan trafik yang tinggi, maka Google Adsense memang untuk anda. Anda boleh dapat banyak duit darinya. Jom memohon Google Adsense sekarang. Selamat berjaya.
5 Comments
Salam bro… bolehkah kita menggunakan blog bahasa melayu tetapi diselitkan entri bahasa inggeris. Tukar halaman di blog tentang saya tukar kepada about me, hubungi saya ke contact me dan sebagainya dan cuba submit semula selepas kita publish 3 atau 4 entri bahasa inggeris. Sekian…
boleh bro, tapi x digalakkan sebab Google nak tgk blog tu memang “MAJORITI” adalah english. bro dah lama tulis bahasa melayu jadi keyword pun banyak melayu, jadi pada pandangan Google ianya tetap melayu kecuali banyak artikel english
maknanya kena melabur la sikit utk dapatkan google. kalau tak beli domain mmg takde harapan eh?
yep bro, tp pakai blogspot pun boleh
Entri yang menarik. Terima kasih tuan.
Amat berharap agar blog saya akan diterima Google Adsense…Masih Terus Mencuba…
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
http://www.jacknjillscute.com