Semalam malam saya berkesempatan untuk menonton Filem Ola Bola. Pada awalnya memang ada teringin untuk menonton filem ini kerana melihatkan trailernya yang agak bagus dan mahu menyaksikan sebuah filem yang pada pandangan saya berkualiti terutamanya tentang sejarah bola sepak negara Malaysia. Dan alhamdulillah semalam saya berjaya dan berkesempatan menontonnya. Adakah anda sudah menonton filem ini dipawagam. Dengar cerita filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2.5 juta dalam masa 1 minggu. Menarik bukan?
Sebenarnya apakah sinopsis jalan cerita filem ola bola ini? Saya akan ringkaskan buat anda dari sudut pandangan saya sendiri. Filem ini mengisahkan bagaimana pasukan bola sepak kebangsaan negara Malaysia pada tahun 1980 bersungguh sungguh mahu menang ke olimpik dan membina nama dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia. Dan YA, Malaysia menang tetapi tidak dapat ke olimpik kerana memboikot Rusia kerana peperangan di Afghanistan. Sukan Olimpik 1980 pada masa itu dikendalikan oleh Rusia.
Review Filem Ola Bola
Jadi apa yang menariknya dengan filem OlaBola ini? Ada 3 perkara yang perlu kita lihat yang bagi pandangan saya ianya adalah sebab kenapa filem ini terbaik iaitu;
1. Visual – Salah satu sebab puas menonton filem Ola Bola ini kerana visual iaitu sinematografi permandangan yang cantik. Cara kamera mengambil video juga bagus. Memang terasa kualiti rakaman filem di situ.
2. Skrip – Jalan cerita sangat bagus. Ianya jelas dan nampak apa yang mahu disampaikan. Dan di tambah lagi dengan kebagusan setiap pelakon membawakan watak masing masing yang memang kena. Ianya sederhana dan tidak berat sebelah.
3. Perkauman – Bagi saya ini adalah elemen TERPENTING dalam filem Ola Bola ini. Persatuan kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Sabah digarap dengan sangat bagus. Nampak sangat harmoni persatuan yang cuba diterapkan. Sukan sepak bola berjaya menyatukan semua bangsa di Malaysia tanpa mengira warna kulit. Syabas.
Kesimpulan yang boleh saya berikan terhadap filem Ola Bola ini adalah ianya sebuah filem yang bermutu dan layak untuk menang kategori filem yang terbaik tahun 2016 ini. Kalau untuk skor markah, saya boleh berikan 8/10. Filem sebegini selalunya hanya ditonton bagi mereka yang sukakan sejarah, bola sepak, permuafakatan dan sebuah filem berkualiti. Filem sebegini seharusnya di perbanyakkan di Malaysia kerana kita memerlukan sesuatu yang boleh membina saling percaya satu sama lain. Tahniah buat filem Ola Bola.
2 Comments
Aku tak sempat2 lagi nak tengok. Memang nampak best,
bilalah ada masa nak tengok filem ni rasanya ehh