Kalau anda bertanya kepada saya, adakah saya berminat untuk melibatkan diri di dalam Perniagaan Printing Baju? Jawapannya adalah YA. Persoalan kenapa saya masih tidak memulai adalah kerana masalah faktor masa. Bisnes Printing T-Shirt ini sebenarnya sangat boleh dilakukan samada secara part time mahupun full time. Oleh kerana faktor pekerjaan saya sekarang yang berorientasikan 12 jam bekerja menyebakan saya sukar untuk memulakannya. Walaupun begitu hal bisnes ini akan tetap saya buka dimasa hadapan walaupun lambat. Kerana apa? Kerana saya memang meminati industri cetak baju ini walau tiada pengalaman langsung.
Apakah faktor yang menyebabkan Perniagaan Printing Baju ini dapat dijalankan tanpa masalah? Jawapan saya adalah, bisnes cetak baju ini dapat dimulakan dengan kos yang sangat minima. Mesen cetak baju anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM1500 sahaja iaitu dari jenis “heat press”. Untuk set lengkap pula, kebiasaannya dijual dengan harga RM3000. Saya tidak pasti bagi anda, tetapi bagi saya dengan kos RM3000 kita sudah boleh mula menjalankan bisnes printing t-shirt ini adalah murah dan berbaloi.
Memulakan Perniagaan Printing Baju
Antara masalah lain yang mungkin membelenggu bakal pemilik Perniagaan Printing Baju ini adalah PASARAN (market). Iaitu tidak tahu kepada siapakah untuk dijual dan bagaimana untuk mencari pembeli. Sebagai seorang yang tiada berpengalaman di dalam bidang printing baju ini, apa yang saya nampak (bagi saya), kita boleh mendapatka pembeli dari dua kaedah iaitu secara offline dan juga online. Dua dua kaedah ini boleh dilakukan pada pandangan saya.
Perlu diingatkan idea mendapatkan pembeli baju cetak ini hanya pandangan saya sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, Kita boleh mendapatkan pembeli dari dua cara iaitu secara Offline mahupun Online.
Untuk kaedah offline, ada baiknya kita sendiri yang menjual dan mendapatkan pembeli seperti dikawasan kita iaitu Sekolah, kedai pakaian dan juga pasar malam (jual pakaian)
- Sekolah – Kita boleh bertemu dengan guru ataupun pihak berkenaan di sekolah untuk memberikan kad nama Perniagaan Printing Baju anda. Dan jika baik, maka anda mungkin akan mendapat tempahan untuk membekal banyak baju untuk pelajar sekolah seperti baju sukan untuk kelab kelab sekolah.
- Kedai Pakaian – Sebenarnya anda boleh bekerja sama dengan pemilik kedai yang menjual pakaian untuk meletakkan pakaian milik anda (Baji TShirt yang dicetak) di kedai mereka. Keuntungan atau komisen haruslah dengan persefahaman perjanjian kedua dua belah pihak. Saya rasa kedai menjual pakai tidak mungkin menolak lagi lagi kalau kedai mereka bakal dipenuhi oleh pakaian
- Pasar Malam – Untuk kes pasar malam pula, saya lebih senang jika anda menghantar baju TShirt ke pasar mengikut trend terkini. Jika suasana semasa berkaitan pilihanraya, maka hantar lah baju TShirt yang di cetak dengan logo dan lambang parti pilihanraya. Hantar pakaian TShirt yang dicetak dengan isu terkini rasanya lebih menarik. Nanti tiba raya, maka baju yang bersorak dan bertemakan raya pasti akan mendapat permintaan.
Bagi kaedah online pula, ada banyak cara dan ramai anak muda kini lebih berminat untuk menjual secara online kerana potensi bakal pembeli yang ramai. Cumanya anda kena tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkan dan menarik pelanggan. Ianya bergantung kepada strategi dan juga corak design baju yang dihasilkan.
Website Untuk Membeli Peralatan Bisnes/Usahawan
- Lazada – anda boleh mencari produk barang untuk berniaga/bisnes di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk barang untuk berniaga/bisnes di sini
Tidak kiralah bagaimana anda ingin mengembang dan menjual baju TShirt dari Perniagaan Printing Baju. Yang penting bagi saya adalah networking iaitu rangkaian, design baju yang menarik dan sales after service yang memuaskan. Sebab dari testimoni dan review itulah yang membuatkan orang lagi mempercayai bisnes yang kita lakukan.
Apa apa pun nak buka seperti Perniagaan Printing Baju tetap nak kena ada ilmu juga. Mana nak beli mesen cetak baju, mana nak dapatkan dakwat ink colour, mana nak dapatkan stok murah baju TShirt dari pembekal, dan juga tips menjalankan perniagaan untuk dibimbing. Nak tahu semua ini anda boleh package 8 in 1 dengan klik banner di bawah ini. Selamat maju jaya semua.
2 Comments
assalammualaikum…
boleh bagi alamat & fon no utk saya hubungi. saya ingin membeli mesin cetak baju.
Salam, saya nak memulakan perniagaan heat press T-shirt printing. Suami baru jer kehilangan pekerjaan. Time PKP pulak tu. Diharap pihak encik dapat membantu.