Semalam saya ada melihat projek perumahan dibawah Bertam Properties. Banyak betul rumah yang dibuat samada yang telah siap dan juga yang sedang masih dalam pembinaan. Seperti biasa, bentuk binaan rumah sekarang lebih kurang sama iatu di datangkan dengan betuk design yang moden. Dengan banyaknya penggunaan kaca cemin berwarna hijau dan juga bentuk bumbung yang sangat berbentuk bentuk. Ada yang 3 tingkat, 2 tingkat dan juga setingkat. Kawasan projek perumahan ini dipanggil sebagai Bertam Perdana.
Sekarang tidak macam dahulu. Rumah yang masih dalam pembinaan malah rumah contoh belum siap pun sudah ramai yang tempah (booking). Yang boleh dilihat hanyalah flyers atau broshure yang menunjukkan reka bentuk dan juga bentuk dalaman rumah itu sahaja. Tetapi dengan reputasi pemaju perumahan kini yang berada pada tahap terbaik, selalunya kes kes projek terbengkalai sangat kurang terjadi. Paling teruk pun hanya masalah rumah lambat siap atau tidak siap menepati waktu. Itu sahaja. Ini perkara biasa. Nampaknya Bertam Perdana terbaik setakat ini.
Bertam Perdana Kepala Batas Penang
Seorang rakan telah berjaya membeli sebuah rumah di Pinggiran Bertam Perdana iaitu dari jenis rumah teres setingkat. Ada dua model rumah yang dibina iaitu Kelisa dan juga Tilapia. Untuk model rumah dari jenis Kelisa iaitu sebanyak 211 unit telah habis dijual atau di “booking”. Yang tinggal hanyalah model Tilapia yang berjumlah 147 unit rumah sahaja. Siapa cepat dia dapat. Saya risau rumah yang masih ada ini sekejap sahaja ditempah oleh para pembeli rumah. Kepada anda yang sedang mencari, jangan tunggu lagi.
Kalau bertanyakan tentang harganya pula. Rumah teres setingkat 3 bilik di Pinggiran Bertam Perdana ini dijual dengan harga minima RM228K. Harga rumah akan berbeza dan mahal untuk rumah yang berada di tepi (L) dan juga corner lot (D). Ada diskaun untuk bumiputera sebanyak 5% yang menyebabkan harga rumah dijual menjadi lebih kurang RM216550 sahaja.
Untuk membuat pinjaman rumah dengan pihak bank. Saya mencadangkan (kalau anda mahu), anda boleh memohon pinjaman rumah dengan Bank Islam. Kerana pihak Bank Islam ada satu pinjaman yang membolehkan setiap tahun, pada bulan 11 dan bulan 12 anda tidak perlu membayar ansuran bulanan rumah secara tangguh. Ianya bukan anda tidak perlu membayar, tetapi anda tidak diwajibkan membayar pada bulan 11 dan 12 SETIAP TAHUN. Dua bulan yang anda tidak bayar ini akan dibayar dan dibawa ke tahun selepas tempoh pinjaman anda. Dengan kata lain ini dapat memberikan sedikit keringanan kepada anda jika anda ada banyak benda yang perlu dibayar setiap hujung tahun.
Di Bertam Perdana ini menunjukkan harga rumah teres kini sudah berharga minima RM200K. Apa yang ada faham dengan nilai harga rumah seperti ini? Ini menunjukkan harga rumah sudah meningkat naik. Ianya boleh dikatakan sebagai mampu milik. Nilai rumah mampu milik pun sudah mencecah RM200K sebagai asas. Bagi pendapat saya ianya sudah mahal. Kalau anda berkemampuan apa salahnya. Malah tiada konsep tunggu dan lihat. Anda beli sekarang. Harga rumah akan senantiasa naik dan tidak menunggu anda. Lagi lambat lagi rugi. Jom beli rumah.. 🙂
4 Comments
Property seperti rumah ini memang hot demand. Untung siapa yang memang ada modal dan memang ada kewangan yang baik. Yang kaya makin bertambah kaya. Yang miskin, nak sewa rumah pun belum tentu mampu
itu juga adalah realiti yang berlaku sekarang bro, sedih juga pada yang tidak mampu
Macamna saya nk beli rumah ni? Nk contact siapa
Lawat kawasan perumahan dan dapatkan no tel dari sana