Adakah anda pernah atau mempunyai Pinjaman ASB? Apakah tujuan anda memohon dan mempunyai ASB Loan? Adakah kerana ianya memudahkan anda untuk membuat simpanan atau anda mempunyai tujuan lain iaitu ingin menikmati dividen ASB semata mata. Walau apa pun tujuan anda ada baiknya jika anda melihat apa apa skim pinjaman atau skim simpanan kewangan untuk tempoh jangka panjang kerana ianya lebih memberikan anda nilai kebebasan kewangan untuk masa hadapan anda. Dan setakat yang saya tahu, hanya Maybank, CIMB dan RHB Bank sahaja (mungkin) yang menyediakan Pinjaman ASB kepada pelanggan.
Ramai yang berbeza pendapat apabila sampai kepada topik Pinjaman ASB. Adakah dengan membuat pinjaman loan ASB ini mendatangkan keuntungan ataupun kerugian. Maka banyaklah kira kira dibuat untuk menunjukkan keuntungan mahupun kerugian. Bagi saya, kerugian yang terjadi adalah kerana anda salah dan tersilap didalam menguruskan kewangan yang berkaitan dengan ASB ini. Jika anda memang semata inginkan dividen asb dari Pinjaman ASB ini, maka anda sememangnya membuat diri anda rugi.
Tips Dan Teknik Pinjaman ASB Untuk Jangka Panjang
Persoalan yang sering bermain dengan isu Pinjaman ASB adalah adakah pihak ASB akan sentiasa mampu setiap tahun untuk memberikan pulangan dividen sebanyak minima 7%. Dengan kadar interest Pinjaman ASB yang dibayar didalam tempoh bayaran pinjaman selama (minima) 20 tahun membuatkan jumlah bayaran setahun dengan keuntungan dividen asb setahun andalah lebih kurang sama. Dengan kata lain tidak rugi atau perlu mengeluarkan wang tambahan.
Tetapi bagaimana jika dividen asb dibawah 7%? Jika ini berlaku sudah tentu bayaran Pinjaman ASB setahun bakal melebihi keuntungan dari ASB didalam setahun. Pandangan sebegini bagi kebanyakkan orang lain adalah merugikan.
Ini pandangan saya, mungkin saya silap. Pada pandangan saya (mungkin) pihak institusi bank akan tetap memastikan yang Pinjaman ASB yang mereka berikan tetap relevan dengan nilai dividen ASB supaya ianya tetap menarik kepada pelanggan. Maksud saya begini, kita ambil 20 tahun bayaran balik minima sebagai contoh. Rasanya dari bayaran balik minima 20 tahun ini, pihak bank akan pastikan dividen asb yang anda terima adalah hampir bersamaan dengan bayaran 1 tahun Pinjaman ASB anda.
Jika suatu hari nanti dividen ASB jatuh dibawah 7%. Dan saya merasakan yang pihak bank akan memastikan yang interest pinjaman mereka dikurangkan bagi menyanyingi keuntungan asb seperti (BLR – 2.3) sebagai contoh. Anda faham maksud saya? Namun ini hanya pandangan saya sahaja kerana melihatkan yang memang pun yang sekarang pihak bank memberikan Base lending Rate “BLR” – “sekian sekian” bagi memberikan nilai yang hampir sama dengan keuntungan ASB.
Kita berbalik kepada topik asal iaitu Pinjaman ASB sebagai simpanan jangka panjang. Saya lebih suka sekiranya para peminjam loan ASB untuk mengambil Pinjaman ASB dengan nilai yang tinggi seperti RM50K keatas dan minima 20 tahun bayaran balik. Dengan ini anda akan dapat memastikan bayaran balik pinjaman setahun akan lebih kurang menyamai dengan keuntungan ASB setahun. (Jangan percaya kata saya, ini pendapat saya sahaja)
Keuntungan dividen ASB jangan digunakan. Sebaliknya anda gunakan keuntungan dividen ASB itu untuk bayaran setahun untuk tahun ke-2, ke-3 dan seterusnya sehingga 20 tahun. Apa yang ingin saya sampaikan adalah. Anda hanya perlu membayar Pinjaman ASB untuk tempoh 1 tahun sahaja dan tidak perlu lagi membayar untuk 19 tahun yang akan datang kerana anda membayar loan asb dengan menggunakan dividen ASB dan bukan lagi dengan duit anda. Jika anda berbuat sebegini, anda akan mampu menyediakan satu simpanan kewangan jangka panjang untuk tempoh 20 tahun akan datang tanpa perlu membayar satu sen pun untuk 19 tahun akan datang. Anda faham? Sudah Jelas? Apa pendapat anda dengan teknik Pinjaman ASB sebegini?
JANGAN TAMATKAN LOAN ASB ANDA!!! Mari gunakan TEKNIK ASB untuk bayar ptptn dan beli rumah dengan mudah dan pantas dengan klik link di bawah ini. Cepat!!!
11 Comments
best kalau dapat pinjaman setakat ini menyimpan sahaja pernah saya lakukan
ok juga, janji ada simpanan sendiri
Dulu saya lepas loan untuk ASB ni sebanyak RM100k tapi bila fikir-fikir balik rasa macam tak mampu je bayar bulan-bulan RM600 so terpaksa cancel.
rugi bro, kalau bro lepas setahun jer better guna duit dividen tampung tahun hadapan
Assalam, saya dh buat loan asb 200k, 25 tahun pd tahun 2010..cuma kadang-kadang terfikir, nak teruskan ke tak loan ni, kalau saya stop hujung tahun 2014 ni apa yang saya akan dapat ….minta pendapat admin…
kalau x silap saya, setiap asb loan kalau selepas 3 tahun xkan dikenakan panelti jika hendak berhenti asb.Ya bro akan dapat duit yang bro laburkan tadi cumanya x sebanyak dan x semua lah sebab dari bayaran bulanan bro tu pun termasuk interest bank kan. Jadi kena tolaklah interst tuh. Senang cerita bro tgk jumlah baki pinjaman asb loan bro didalam maybank/cimb online banking. Jika dari jumlah pinjaman kurang RM5K, jadi dapatlah RM5K
salam
saya ada byat loan dgan cimb..25 k dalam tempoh 25 tahun…
da buat 54 blan.if terminate dapat brapa ya
Zira sila taip “kiraan loan asb” di blog ini, saya ada buat artikel khas berkenaan kiraan asb
bulanan bayar 149
Erkkk
Klau buat 200k,buat 20thun ,dah masuk tahun ke 8, klau nak terminate, berapa yg kita boleh dapat?