Artikel ini saya tuliskan khusus untuk pelajar yang kini baru memasuki semester pertama di Universiti. Sila baca dengan teliti supaya anda tidak terlepas pandang akan beberapa perkara yang sepatutnya mahasiswa ambil tahu dan PERLU TAHU. Adakah anda tahu berapakah nilai minima pointer untuk lulus yang diperlukan dan apakah spesifikasi nilai yang digunakan? Anda gagal faham tentang perkara ini dari awal, anda bermain main, berseronok, bersuka ria sehingga terlupa tujuan anda berada di Universiti akan menyebabkan anda gagal mencapai pointer yang diharapkan.
Perkara biasa. Anda sebagai mahasiswa pertama kali masuk universiti. Pertama kali dapat duduk asrama. Pertama kali dapat bebas dari keluarga dan dapat bergembira dengan rakan rakan. Bukanlah salah akan semua itu. Yang salah adalah apabila anda gagal untuk tahu tentang pointer untuk lulus dan ianya menyebabkan anda terseret dan sukar untuk mencapai skor CGPA yang membanggakan. Anda ambil tahu tentang ini, saya pasti anda akan SEDAR akan apa yang perlu anda lakukan.
Peringatan Baiki CGPA Pointer Untuk Lulus
Kenapa saya membangkitkan isu tentang pointer untuk lulus ini? Kerana ianya berlaku kepada saya. YA, saya tahu untuk mendapatkan pointer yang dikira lulus dan saya tidak tersingkir atau dibuang dari universiti, saya perlu mendapat minima pointer iaitu GPA sebanyak 2.0. Ini kerana skor lulus di dalam universiti dikira dari nilai 2.0 – 4.0. Anda boleh anggap yang 2.0 bermaksud 50 markah dan 4.0 bersamaan dengan 100 markah. Jadi untuk lulus anda perlu mendapat minima 50 markah iaitu 2.0.
Semasa di semester pertama saya tahu tentang skor gpa pointer untuk lulus ini. TETAPI saya tidak tahu pula kalau saya perlu mendapatkan gpa pointer yang bagus setiap semester bagi mendapatkan purata pointer iaitu CGPA yang baik. Saya beranggapan saya tidak belajar pandai pandai pun tidak mengapa. Nanti semester 6 baru saya buat betul betul sebab nanti pointer saya boleh dapat dengan bagus. Adakah anda tahu tentang perkara ini? Anda sedar?
Nasib saya baik. Saya tersedar akan perkara ini sejak pengakhiran semester 3. Saya berasa pelik kenapa ada 2 keputusan iaitu GPA dan juga CGPA. Saya bertanya, apakah yang perlu dilihat? GPA atau CGPA. Apabila saya faham akan hakikat tersebut, saya tidak main main lagi. Saya perlu membuat yang terbaik ketika semester 3 lagi supaya keputusan markah keseluruhan setelah tamat pendidikkan diuniversiti mendapat keputusan yang baik. Saya harap anda sedar dan segera baiki cgpa anda. Adakah anda sedar akan pointer untuk lulus universiti ini?
4 Comments
ooo mcm tu..yg masih student tlong ambik serius perkara ni..
kalau dapat 3.85 memang legend.
wow, sapa dapat mcm tu memang terbaiklah