Semalam saya ke Showroom Proton di Auto City Penang. Ini diatas ajakkan seorang rakan yang ingin membeli sebuah kereta iaitu kereta pertama. Antara kereta yang bakal di survey adalah Proton Saga SV dan juga Toyota Vios 1.5J spec. Disebabkan tidak jumpa showroom toyota maka kami hanya membuat survey di satu tempat sahaja iaitu Proton. Seperti yang saya kata tadi kami ingin melihat dan juga mendapat maklum balas mengenai bayaran bulanan iaitu monthly installment bagi Proton Saga SV.
Perlu diingatkan yang Proton Saga SV hanya dikeluarkan pada 1.3cc sahaja. Dan model ini dikeluarkan pada dua varian iaitu manual dan juga automatik berserta cat dari jenis solid dan juga metallic. Semua warna ada kalau tidak silap saya. Untuk tidak terkeliru, perlu saya ingatkan yang Proton Saga SV adalah dari jenis Proton Saga FLX. Ianya sama 100%. Tetapi apa yang berbeza antara SV dan juga FLX? Perbezaan yang terdapat pada Proton Saga SV adalah kekurangan “aksesori” sebanyak 9 items berbanding Proton Saga FLX. Jangan risau, bagi saya 9 items yang dikurangkan kepada Proton SV tidaklah begitu penting.
Proton Saga SV tetap mempunyai 4 power windows dan juga didatangkan dengan 2 airbag. Rasanya ianya sudah mencukupi. Dan kalau tidak siap saya “maaf tidak begitu ambil perhatian semasa sesi penerangan”, harga Proton Saga SV ini telah dikurangkan sebanyak RM4000 dari model FLX oleh kerana dikurangkan 9 aksesori tadi.
Price List Monthly Installment Proton Saga SV
Ok, dibawah ini adalah senarai bayaran bulanan yang dikira bagi model Proton Saga SV manual dan juga automatik. Kedua dua kiraan adalah pada kereta cat jenis metallic dan juga apabila downpayment diberi pada kadar 10%. Kiraan dibuat untuk tempoh pembayaran selama 5-9 tahun. Anda boleh melihat berapakah bayaran bulanan yang harus dibayar jika anda mengambil pinjaman selama 5-9 tahun. Dan ambillah pinjaman sesuai dengan kemampuan masing masing.
Perlu diingatkan yang kiraan ini adalah mengikut kiraan cara biasa. Normal calculation. Bank standard
Pakej Promosi Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan
Ya, Proton juga melancarkan promosi bagi Proton Saga SV ini iaitu pakej bayaran bulanan serendah RM250 sebulan bagi membantu yang kurang berkemampuan untuk membayar bayaran bulanan kereta yang tinggi lagi lagi kepada pembeli yang baru sahaja memulakan karier kerja. Bagi saya ianya sebuah pakej yang menarik. Ialah siapa yang tidak mahu dengan pakej bayaran bulanan kereta serendah RM250 sebulan. Tetapi anda perlu ingat? Sampai bilakah RM250 terus kekal. Yang pasti RM250 adalah bukan tetap dan selamanya.
Lihat pembayaran bulanan Proton Saga SV melalui pakej RM250 sebulan ini dibawah. Sila tekan gambar dibawah untuk besarkan gambar.
Sejujurnya, bagi saya antara memilih pakej pembayaran secara biasa berbanding pakej promosi bulanan RM250, lebih baik anda memilih pakej pembayaran secara kaedah biasa. Ini kerana bayaran bulanan RM250 hanyalah untuk tahun pertama sahaja. Dan setiap tahu bayaran bulanan anda berubah dan terus naik dari tahun ketahun. Lihat gambar diatas untuk memahaminya. Interest yang dikenakan bagi pakej promosi juga tinggi malah jika anda sudah habis membayar setelah 9 tahun, anda sebenarnya membayar lebih berbanding dengan kaedah biasa. Jadi saya galakkan anda memilih pekej pembayaran secara biasa sahaja.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Secara amnya saya berpuas hati dengan Proton Saga SV ini. Harga dikurangkan dengan pengurangan aksesori sebanyak 9 benda. Dan kesembilan items yang dikurangkan tidaklah begitu penting sangat bagi saya. Yang penting engin sama seperti FLX, power windows kempat empat pintu dan yang lain semuanya sama sahaja. Kepada yang ingin membeli Proton Saga SV inilah masanya. Harga kurang maka bayaran installments pun kurang. Lebih jimat. Jom beli Proton Saga SV!
25 Comments
Tq bagi info bro.. aku dah lama nak cari info bayaran 250 ni..
sama sama, kalau boleh tolong sebarkan pada kawan kawan lain
baru aku tau bulanan 250 tu rupanya tak constant.
betul tuh, sbnrnya sblm pi sana pun saya dah dapat agak dah, xkan lah RM250 sebulan sepanjang masa, pelik tuh
Ini tipu rakyat miskin. Kerajaan BN bodoh dan tipu rakyat.
Loganathan, saya dah tanya proton, saya tanya adalah kereta saga sv ni turun sebab kerajaan turun cukai atau proton kurangkan harga, jawapan mereka proton turunkan harga, jadi hal kereta proton saga sv ni turun xda kena mengena dengan government, kalau kamu tanya pasal janji turunkan cukai kereta semasa pilihan raya tu, itu kita kena tunggu lah didalam 1 tahun -3 tahun. Kalau betul x turunkan baru kita cakap government tipu rakyat, saya x pro mana mana tapi kita tgk lah dulu sebab gov janji turun harga kereta dlm tempoh itu
thx for the information, tpi promotion proton saga sv ni valid sampai bila ?
kena tanya proton tgk
Thanks for the information. Very useful.
Lepas kamu guna Proton SV, apa feedback pada ya ? semua ok? I dengar Proton FULL with problems dan kawan kawan saya discouraged saya ambil Proton SV.. kata Perodua lebih bagus dan kalau saya ambil SV mestri regret !!! Apa pendapat kamu?
Kepada Jazz thanks sebab berikan komen anda. Untuk pengetahuan anda saya tidak membeli Proton SV.
Artikel ini adalah dari saya sendiri yang melawat proton center semasa proton buat promosi proton saga SV.
Saya hanya melawat, membuat artikel. Saya tidak membeli kereta.
Dari pertanyaan anda saya tidak boleh berikan komen sama ada Proton SV problem atau tidak sebab saya tidak pakai kereta ini.
Pendapat saya secara jujur, kamu mahu beli kereta tengok kepada “budget” kamu dan cari kereta didalam lingkungan budget kamu.
Contoh, kamu senaraikan kereta apakah yang dijual didalam lingkungan RM35K kebawah dan kamu akan dapat banyak jenis kereta didalam kategori itu.
Lebih mudah better kamu gunakan “mudah.my” dan cari kereta didalam budget kamu dan kamu akan dapat jawapan kereta mana yang sesuai buat kamu.
Nasihat tambahan dari saya, jika kamu ambil proton better ambil yang sedan dan jika kamu memilih perodua better ambil myvi untuk keselesaan dan juga long term penggunaan… Apa apa pun terpulang kepada kamu… 🙂
Banyakkkk terima kasih, Wan atas useful tips !!
Ini memudahkan saya membuat final decision sama ada going for Perodua atau Proton. Ya, bajet saya dalam linkungan 35k 🙂 I tak mahu Viva kerana rasaya size terlalu kecil. Myvi out of bajet I, tinggal sedan saje affordable ialah Proton Saga SV *wink*
thank…sy da pegi survey kt perodua then they say myvi out of my budget.. they suggest me viva then i pegi proton they suggest me saga sv n saga flx which i c not much different.. but guess what??? the monthly 4 saga is much cheaper than viva and that one is 0% downpymnt.. if i take viva i hv to pay almost 3k for downpymnt and monthly almost 460~.. compare to saga sv only less than 450 with full loan..plus i get full tank & other stuff yg quite ok jgk la..
wah menarik tuh, bagus.. 🙂 lagi pula saga cc lebih tinggi dan sesuai pakai lama
Hello tumpang Tanya im still a student takde ke pakej for student yg masih Belajar eh hehehehe
yep ada, rasanya sekarang perodua pun ada buat juga
tumpang tanya ye kat sini..
mengenai pengiraan loan untuk pakej rm250 tahun pertama, saya lihat installment makin bertambah tiap tahun.
maknanye amount interest tu di”offset”kan kepada tahun2 berikutnya.
katakanlah, ambil loan 9 tahun, lepas 6 tahun saya nak buat full settlement.
boleh kan? jika boleh, ini sangat bagus sbb jumlah interest yg dibayar lebih kurang dari jenis constant payment.. (kalau tak salah saya..)
apa pendapat admin dan juga pambaca lain?
bagi pendapat admin, ianya boleh dilakukan, tiada masalah, tp dari segi interest tu kena buat kira kira dahulu maybe untuk konsep RM250 tahun pertama ni kita rugi lebih sedikit untuk kes interest, ni pendapat admin saja
Saya nak tanya,gaji saya ngam2 saja 1k,sy bercadang nak apply SAGA sv ni .tapi tak tahu lah layak kah tidak,rasanya apa pandangan admin ? sy tgok sv ni agak murah dari viva dan sesuai untuk pakai lama. perlukah sy cari penjamin?
dalam hal ini saya x pasti, selalunya untuk kes gaji yang x lepas dari pandangan bank memang memerlukan penjamin. Tapi walau apa pun ada baiknya telefon agen jual kereta, bagitau dia gaji kamu RM1000 nak beli saga SV adalah lepas atau tidak, ni lebih baik
SALAM SAUDARA, BLEH X TUNJUKKAN CARA PENGIRAAN UNTUK SAGA SV AUTO.. KALAU SY BAYAR DOWNPAYMENT 10%.. INTEREST BANK 3.25%.. TQ
Salam Siti, boleh tgk sini cara kiraan dibuat yer
http://myrujukan.com/cara-kira-bayaran-bulanan-pinjaman-kenderaan-kereta/