Proton Suprima S adalah nama baru bagi Proton C Hatchback @ P3-22A. 17 Ogos 2013 adalah jangkaan tarikh pelancaran Proton Suprima S ini di showroom showroom proton diseluruh Malaysia. Mesti ramai yang menunggu nunggu pelancaran rasmi kereta proton terbaru ini. Adakah nama Proton Suprima S sebagai nama baru bagi Proton Preve Hatchback ini sesuai dan releven? Ternyata ianya mengundang pelbagai persepsi peminat kereta.
Mengikut kebiasaan proton sebelum ini. Proton Hatchback sebelum ini akan mengikuti nama asal proton sedan kerana tiada perubahan pada reka bentuk front/hadapan. Tetapi kita tidak mengetahui kenapa Preve Hatchback ini perlu diberi nama baru iaitu Proton Suprima S bagi menggantikan nama Preve. Mungkin pihak Proton ada alasan bagi penggunaan nama baru ini. Kita nantikan nanti.
Gambar diatas adalah gambar bocor di media blog sebelum tarikh perlancaran sebenar nanti. Dari gambar diatas ini sahaja kita telahpun dapat melihat secara jelas akan reka bentuk sebenar Proton Preve Hatchback ini. Rasanya tiada perubahan yang akan dibuat nanti masa pelancaran. Cumanya setakat ini hampir tiada gambar bocoran langsung tentang interior dalaman Proton Suprima S ini. Harap harap ada kelainan.
Update : 17-08-2013, Today
Spesifikasi Proton Suprima S (Click for Larger Image)
Price List Monthly Installment Proton Suprima S
Harga Proton SUPRIMA S Bagi Semenanjung Malaysia
Proton Suprima 1.6 Turbo CVT Executive
– Solid: RM76,338
– Metalik: RM76,688
Proton Suprima 1.6 Turbo CVT Premium
– Solid: RM79,638
– Metalik: RM79,988
Gambar Proton Suprima S di Proton Showrooms
Gambar dibawah adalah gambar interior dan exterior proton preve hatchback. Sila klik pada gambar untuk besarkan image. Warna merah Proton Preve Hatchback ini dipanggil dengan nama “Fire Red”.
Live Streaming of New Proton Suprima S Launching
Live Coverage at 10.15 a.m from Paultan.Org
[youtuber youtube=’http://www.youtube.com/watch?v=sMq5fWcHJhQ’]
Saya selaku admin sendiri telah melawat proton showroom untuk melihat sendiri bentuk dan rupa Proton Suprima S ini secara berhadapan. Perlu diingatkan yang “S” membawa maksud “Sport”. Ada lima warna yang disediakan iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan juga Tranquility Black. Secara umumnya saya lebih menyukai warna biru dan juga merah kerana ianya kelihatan lebih “muda” dan menarik. Interior binaan dalaman sangat kemas dan memang terasa “Premium”. Syabas buat proton. Apa apa pun, adakah anda berminat untuk memiliki Proton Suprima S?
16 Comments
dah keluar kereta terbaru Proton… Lepas ni bolehlah menyaksikannya di jalan raya…
mesti best punyalah, design dah ok dah tuh
belakang dah cun dah..ada iras2 honda..tapi depan tu memang aku kurang berkenan..
yep setuju, kalau depan tu kasi ubah skit lebih baik
cantik juga tengok dari belakang. kena make-over sikit bagi lebih sporty.
mesti akan ada yg make over punya
cantik gak. ada iras2 Ford Focus.
betul tuh
wowwwwwww!! cun la kereta neh!
terrbaikkk
Aku lebih suka kalau design ada iras-iras mitsubishi.
belah mana, depan atau belakang
belakang suprima s memang cun!
spek kiranya cukup mengancam jugak…syabas proton!
terbaik proton
boleh tak kalo aku cakap kereta ni kacukkan neo+preve..’Don’t judge a book by its cover’.
For info aku pengguna saga flx prestasi masa mula2 beli memang terbaek tapi dah masuk 6 bulan ke atas dapat rasa yg spare part proton kurang kualiti..bukan nak kondem cuma nk bg pndgn sbg pengguna..
Saga flx aku still ok tapi siyes ckp kereta kedua aku dan seterusnya xkn ada nama proton lagi..
tq..