Saya seorang peminat kek. Dan resepi kek yang saya dapat pada kali ini adalah dari puding karamel roti + chia seed. Tengok gambar pun saya dah dapat agak ianya sedap. Apatah lagi ianya adalah sebuah hidangan “puding”. Semua orang suka makan puding betul? Dan kali ini puding yang akan dikongsikan bersama anda adalah puding yang berasaskan ROTI. Saya akan berkongsi dengan anda akan resepi puding karamel roti yang dibuat bersama chia seed. Marvellous.
Sejujurnya saya tidak tahu apa itu chia seed. Tetapi saya kerap nampak ianya digunakan dalam proses membuat biskut, roti dan lain lain. Saya pasti anda perasan banyak produk berasaskan makanan ada memasukkan bijiran chia seed ini bukan? Yang saya faham, tujuan utama adalah untuk kesihatan. Satu bijiran yang baik untuk kesihatan. Kalau ianya baik untuk kesihatan dan juga sedap, saya memang tiada masalah untuk makan puding karamel roti bersama chie seed ini.
Cara Membuat Puding Karamel Roti Chia Seed
Saya bukanlah seorang yang memasak. Tetapi suka juga melihat resepi puding karamel roti ini. Dari pemerhatian saya, saya berasa sedikit pelik, apakah tiada bahan lain yang perlu di masukkan untuk menyiapkan hidangan ini? Maksud saya, apakah tiada komponen iaitu bahan seperti tepung perlu dimasukkan untuk membuat puding karamel roti ini? Kepada pembaca yang tahu membuat puding, boleh anda berikan pendapat anda. Jujur saya tidak tahu.
Bahan Bahan Untuk Dikisar
- 4 biji telur gred A
- 4 keping roti wholemeal
- 1 tin susu cair
- Setengah tin susu pekat
- 1 sudu kecil chia seed
Bahan Bahan Untuk Karemel
- 2 sudu gula castor
Cara Cara Memasak
- Masukkan gula castor ke dalam loyang dan larutkan atas api perlahan hingga menjadi karemel. Ketepikan
- Panaskan kukusan dan masukkan bahan bahan yang telah dikisar ke dalam loyang karamel tadi dan kukus selama 20 minit.
- Sejukkan sebelum dipindah ke dalam pinggan supaya puding kelihatan kemas.
Kalau melihat kepada perkongsian resepi puding karamel roti bersama chia seed di atas ini memang nampak sangat mudah. Lagi pula kaedah memasaknya pula menggunakan kaedah mengukus. Bahan bahan pun sangat simple dan mudah dicari. Yang penting sedap. Saya harap ada dapat mengikuti resepi puding karamel mengunakan asas roti ini tanpa masalah. Selamat mencuba.
9 Comments
1st time tengok resipi ada Chia Seed.. Menarik!
http://www.erazfadli.com 🙂
saya pun first time jugak
Resepi yang simple tapi sedap. mesti cuba ni…
jom jom cuba
bleh cuba nanti guna resepi nie
cubalah, sedap baq hang
saya suka sangat puding karamel..
dan ada masa yang cuba buat
boleh la kalau dah kurang busy..
pehh..
hipster ni.
dulu tambah cheese memanjang.
la ni, tambah chia sed plak.
haha
Aku ingat ni pick up line… sebab ada chia chia haha