Assalamualaikum. Untuk tahun 2014 ini kita didatangkan lagi dengan ilmu pelaburan hartanah yang menarik untuk dikongsikan. Jika anda yang singgah kesini kerana anda bercita cita untuk menjadi Pelabur Hartanah dan meneroka peluang yang luas untuk membina pendapatan pasif dari ilmu hartanah, maka anda telah berada dihalaman yang betul. Buat pengetahuan anda, salah seorang taikun hartanah Malaysia yang memiliki aset sebanyak 100 buah hartanah telah bersedia untuk berkongsil ilmu pelaburan hartanah kepada anda yang berminat untuk sama sama memberi input akan dunia hartanah ini.
Anda pasti pernah mendengar akan kisah Pelabur Hartanah yang telah berjaya mempunyai deretan rumah sewa dan mendapatkan hasil dari duit sewa rumah mereka. Soalan disini yang selalu menjadi pertanyaan adalah, bagaimana mereka ini boleh membeli rumah kedua, rumah ketiga dan seterusnya dengan mudah padahal margin pinjaman rumah semakin lama semakin rendah. Apakah terdapat kaedah dan teknik untuk membeli rumah dan mendapatkan margin pinjaman rumah dari pihak bank untuk kekal sentiasa berada diparas 90%. Jawapan yang saya boleh beri kepada anda adalah “ADA” dan “YA”. Ini sebabnya kenapa ada orang yang mampu membeli rumah dengan banyak dan mudah.
Pelabur Hartanah Tanpa Modal
Ada orang tanya, adakah disana terdapat cara untuk membeli rumah tanpa modal? Jawapannya adalah “Ya Ada”. Tetapi ianya bergantung kepada keadaan situasi yang membolehkan anda untuk membeli rumah tanpa modal. Maksud tanpa modal bukanlah anda tidak mengeluarkan wang untuk membeli rumah. Ianya bermaksud ada satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk anda membeli rumah tanpa mengeluarkan wang anda sendiri semasa memberikan wang pendahuluan atau “downpayment” 10% tersebut.
Senang cerita adalah, anda membeli rumah dan membayar wang downpayment dengan mengunakan duit wang dari bank itu sendiri. Memang boleh. Cuma anda kurang ilmu, tidak tahu dan atas sebab itulah anda berasa ragu ragu. Untuk menjelaskan keraguan anda, maka anda perlu dapatkan ilmu perlaburan hartanah dari Pelabur Hartanah yang pernah menimba pengalaman dan melalui zaman zaman seperti anda kini.
Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah
- Gila Hartanah – panduan bagaimana membeli rumah dari Faizul Ridzuan
- Ilmu Kewangan/Hartanah – panduan kewangan dan hartanah dari Key
- Rahsia Pinjaman Rumah – panduan bagaimana mudah lulus loan rumah
Anda mahu belajar tentang cara elak pelepasan cukai untuk hartanah, anda mahu menjadi Pelabur Hartanah, mahu memiliki rumah sewa, mahu belajar teknik mendapat margin lulus pinjaman rumah sehingga 90%, dan juga belajar tentang Investment Holding Company (IHC) yang menjadi punca bank mudah meluluskan pinjaman dan pembelian rumah anda berkali kali? Tidak kira siapa anda samada anda Pelabur Hartanah, Ejen Hartanah, Pegawai Bank, Perunding Kewangan, Company Secretary atau orang yang baru hendak belajar dunia hartanah, maka panduan Rahsia Empayar Hartanah dari Dr. Wan Shah Razali (DSR) ini adalah buat anda.
Tidak perlu bercerita panjang. Jika anda mahu menjadi Pelabur Hartanah dan mahu memiliki ilmu pelaburan hartanah terbaru untuk tahun 2014, saya sarankan anda dapatkan panduan Rahsia Empayar Hartanah ini yang terbaik dan sesuai buat anda. Apa yang saya cadangkan adalah suatu yang terbaik dan berharga buat anda dari taikun hartanah yang terbukti berjaya.
5 Comments
dari dulu memang minat nak belajar tapi tak pi jugak belajar huhu
xpa, akak dah ada bisnes terbaik dah kan
pelaburan hartanah mmg menarik.tp kena ada ilmu baru berani nk ceburinya….jika kurang ilmu maka jgn berani2
betul tuh, kena ada ilmu dulu baru x tersesat jalan