Saya sangat minat dan menyukai kek. Tidak kira kek bulat besar ataupun kek cawan kecil yang biasanya dipanggil dengan nama “cupcake”. Kali ini saya mahu berkongsikan resepi Banoffee Cupcake dari Juara MasterChef Malaysia Musim Pertama. Ramai yang mahukan resepi Banoffee Cupcake ini di Facebook Ezani dan beliau telah bersetuju untuk berkongsikan resepi cupcake pisang ini di Facebook rasmi beliau dan resepi ini telah saya dapat kebenaran untuk di siarkan diblog saya.
Dari apa yang saya baca (maaf jika saya silap), nampaknya Banoffee Cupcake ini sejenis cupcake yang dibuat dari pisang. Senang cerita Banoffee Cupcake ini adalah kek cawan pisang (Banana Cupcakes). Kepada yang sangat sukakan kek yang dibuat dari pisang pasti akan menyukai Banoffee Cupcake ini. Saya sendiri menyukai mana mana kek yang bahan didalamnya terdapat campuran pisang.
Recipe Banoffee Cupcake
Nasihat pemakanan – Pengambilan makanan seperti kek pavlova besar (contoh) atau cupcake tidak digalakkan diambil dengan kuantiti yang banyak kerana kandungan kalori yang tinggi dan tidak sesuai untuk yang sedang atau mahu kuruskan badan. Boleh makan tetapi jangan kerap. Banoffee cupcake calories secara umumnya mempunyai nilai kalori sebanyak 200KCal. Jadikan tabiat hidup sihat sebagai amalan harian anda agar anda tidak termasuk dari salah satu rakyat Malaysia yang mengidap Sakit Jantung, Darah Tinggi, Diabetis dan lain lain.
Bahan Bahan Untuk Banoffee Cupcake
3 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek
2 sudu teh baking soda/soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
(Ayak bersama bahan di atas, ketepikan)
250g mentega di suhu bilik
2 1/2 cawan gula kaster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk (atau 1 cawan susu segar dicampur dengan 2 sudu teh jus lemon atau cuka)
2 cawan pisang lenyek
Cara-cara:
1) Panaskan ketuhar 170 darjah Celsius, alaskan dulang pembakar muffin dgn kertas cupcake
2) Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan gebu menggunakan pemukul elektric, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla
3) Masukkan 1/3 campuran tepung yg telah diayak, pukul perlahan. Pukulkan separuh buttermilk dan separuh pisang. Ulang dgn 1/3 lagi campuran tepung, kemudian separuh lagi buttermilk dan pisang. Akhiri dgn campuran tepung. Pukul hingga sebati tapi jgn terlebih pukul.
4) Tuangkan adunan cupcake ke dalam cawan cupcake hingga 3/4 penuh. Bakar 20 minit (atau hingga keemasan dan bila cucuk dgn lidi tak melekat)
Topping:
Non-dairy whipped topping (dipukul hingga kembang)
Caramel (saya guna trick buat caramel pakai susu pekat manis tin – rebus tin susu pekat main dalam periuk besar dengan air dalam selama 3 jam, anda akan dapat caramel) Coklat hitam yg diparut
Ok, resepi Banoffee Cupcake telah pun selesai. Kepada yang berminat dan sukakan Banoffee Cupcake ini boleh mencubanya sendiri. Kalau ada kesempatan kepada yang mencuba, boleh kongsikan gambar Banoffee Cupcake anda dengan saya untuk saya akan siar dan publishkan diblog ini. Apa apa pun saya ucapkan terima kasih dan saya berikan credit Resepi Banoffee Cupcake ini kepada tuan punya resepi ini iaitu Ezani MasterChef Malaysia. Lawati halaman beliau di link dibawah ini. Sekian Terima Kasih
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Ezani-Masterchef-Malaysia/285700588117561
YouTube : https://www.youtube.com/channel/UCp_oAZvav1IHsYZXm6oulqw/videos
Twitter : https://twitter.com/ezanimonoto
6 Comments
ada minat nak buat kek tapi sekarang lebih fokus kepada online sahaja…nasib baik bukan game online..
online buat duit ker, hehhe
tengok gambar pun dah meleleh bro
saya pun… 🙂
tak berapa gemar makan cupcake..hoho
ko gemar makan cendol kan