Rakyat Malaysia dengan roti canai memang tidak dapat dipisahkan. Roti Canai adalah makanan yang popular di Malaysia. Tipu kalau ada rakyat Malaysia yang tidak mengenali akan apa itu roti canai. Ianya popular dikalangan restoran kedai makan Mamak dan juga Melayu. Satu makanan yang unik dan amat ringkas yang diperbuat dari tepung, minyak dan juga telur. Kalau siapa yang tidak mengenali akan bentuk roti canai itu, kita boleh membuat persamaan roti canai itu hampir sama dengan bentuknya atau seiras dengan capati dari masakkan India.
Roti Canai kebiasaannya diseluruh Malaysia dimakan iaitu dicicah dengan kuah dhal yang diperbuat dari kacang kuda. Umumnya memang kuah dhal digunakan secara meluas tetapi ada juga yang memakan roti canai dengan kuah kari. Dan di Malaysia juga terdapat cara makan roti canai yang unik di sesetengah negeri di Malaysia contohnya di pantai timur yang warganya memakan roti canai dengan bercicahkan susu manis dan juga gula. Bagi saya, saya sukakan ketiga tiga cara tersebut. Semuanya berasal dari Malaysia dan sedap dimakan walaupun ringkas.
Resepi Roti Canai Segera
Walaupun roti canai di Malaysia adalah suatu yang biasa disini. Tetapi saya tetap mengatakan yang hampir majoriti rakyat Malaysia langsung tidak tahu akan cara membuat roti canai dan juga cara menebarnya. Rasanya cara menebar roti canai kita tidak menjadi masalah jika tidak tahu tetapi ramai yang tidak tahu cara membuat roti canai. Ini kerana makanan popular roti canai ini hampir kebanyakkan dimakan oleh rakyat Malaysia hanya di kedai makan sahaja dan bukannya menjadi menu harian masakkan dirumah. Oleh itu tidak semua tahu akan cara membuat roti canai segera ini.
Anda! Kepada anda yang tercari resepi buat roti canai segera yang singgah kesini pasti dari kalangan yang mahu mencuba sendiri cara membuat roti canai dan juga pasti dari kalangan yang ingin mempelajari akan teknik membuat roti canai segera ini untuk membuka bisnes kedai makan roti canai bukan. Saya tahu. Dan lagi lagi pasti anda mahukan satu resepi roti canai yang mudah, sedap dan juga lembut untuk roti canai anda. Saya faham.
Disini saya ingin memperkenalkan kepada anda seorang yang memang berpengalaman didalam bidang membuat roti canai lembut dan sedap termasuk kuah dhal yang terbaik. Anda boleh mendapatkan resepi roti canai segera ini dari beliau melalui panduan tentang cara cara membuat roti canai segera ini.
Anda pasti tertanya kepada saya, kenapa perlu mendapatkan panduan Resepi Buat Roti Canai Segera ini kalau ianya boleh didapatkan dengan mudah melalui Google bukan? Jawapan saya adalah, panduan Resepi Buat Roti Canai Segera ini didatangkan dengan panduan berjenis “VIDEO” untuk anda praktikan secara terus dan melihat sendiri bagaimana roti canai lembut ini dihasilkan. Bukankah ini lebih menarik? Kalau anda mahu melihat dahulu atau ingin mendapatkan terus resepi pembuatan Roti Canai Segera ini secara langsung, anda bolehlah melawat link atau banner dibawah ini. Harap anda berpuas hati. Bye.
10 Comments
tak susah buat roti canai ni sebenarnya. hoho..
memang mudah, tp nak tahu juga caranya untuk buat yang gebu dan lembut tu x semua tahu… 🙂
wah.. menarik ni.. boleh buka kedai kalau dah terer..
memang sesuai bro, panduan siap video dan ada kira kira untuk bisnes sekali
puas hati dapat buat sendiri, lebih puashati bila lembut dan sedap.
teringat waktu dulu pernah makan kat suatu tmpt saya x ingat memang sedap betul roti canai dia
saya memang suka roti canai…walaupun belum masuk tahap tegar!
saya pun
haiishhh…seb baik entri pasal roti canai yg ade jugak la yg segera kat sini wpun mostly paratha, tp leih kurang… kalau entri ni pasal makanan yg x dpt jumpa kat sini, konpem nangis dah.. hoho
best hidup asik makan jer, hehehe