Teringat kisah menarik beberapa lama tahun dahulu. Saya orang negeri selatan dan bertandang ke negeri utara iaitu Pulau Pinang. Dan salah satu makanan yang menarik waktu itu kepada saya adalah char kuey teow. Kawan ajak makan di gerai tersebut. Saya tanya, apa itu char kuey teow. Tetapi rakan tidak menjawab malah menyuruh saya makan dahulu baru komen. Katanya sedap. Jadi saya bersetuju dengan beliau.
Apabila di gerai tersebut, saya melihat char kuey teow simple yang sudah siap dimasak di hantar kepada pelanggan. Saya katakan kepada rakan kenapa nama hidangan mesti nama cina. Bukankah itu masakan kuey teow goreng biasa. Kawan kata tidak sama. Saya terus berasa pelik. Dari pandangan kasar, yang saya faham ketika itu adalah char kuey teow itu adalah kuey teow goreng yang dimasak dengan cara basah iaitu berkuah.
Cara Memasak Char Kuey Teow Simple Yang Sedap
Tetapi apabila pertama kali makan char kuey teow simple, saya terus jatuh hati. Ianya sangat sedap. Dan selepas itu saya terus suka dan menikmati char kuey teow di mana mana gerai di Pulau Pinang. Tetapi dapat agak dan tahu di gerai makanan manakah yang menyediakan char kuey teow yang sedap dan kena dengan selera lidah saya. Dan selepas hari itu, saya dapat membezakan antara char kuey teow dengan hidangan masakan kuey teow basah biasa.
Bahan Bahan
- Semangkuk Kuey Teow
- Beberapa ekor udang segar
- Sebiji telur
- Segenggam tauge
Bahan Bahan Untuk Dikisar
- 10 tangkai cili kering
- 5 ulas bawang putih
- 3 sudu sos cili
- 3 sudu sos tiram
Cara Cara Memasak
- Tumiskan bahan bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak.
- Masukkan udang dan kacau rata.
- Masukkan mee tiaw dan kacau lagi.
- Masukkan secawan air dan biar hingga mendidih.
- Masukkan telur dan kacau rata.
- Masukkan tauge dan matikan api. Sedap dihidangkan ketika masih panas
Anda pernah tidak lihat depan mata cara tukang masak memasak char kuey teow simple dalam kuali mereka. Mereka boleh menyiapkan sepinggan char kuey teow dalam masa tidak sampai 1 minit pun. Ini kerana proses memasak char kuey teow sangat mudah dan pantas lagi lagi ianya dimasak dalam kuali dengan api yang besar. Ini penting bagi membuatkan hidangan char kuey teow itu basah dan berkuah. Kalau kering tidak sedap dan mesti dimakan ketika panas. Jom ikuti resepi char kuey teow simple ini.
4 Comments
Di Sabah sangat susah cari restoran yg ada menu char kueh teow.
Lama dah tak makan char kueh teow.
dulu di Johor pun sama, xda, tp skrg dah mula ada, rasanya di sabah mungkin lambat. tp kamu buka la kedai char kueh teow.. 🙂
char kuey teow memang terbaik..terliuq cheq
saya pun suka makan char kuey teaw ni