Teringat semasa balik kampung seminggu lepas, emak ada membuat cucur untuk makan malam ringan ringan. Saya sebagai seorang yang sangat meminati cucur (cekodok, panggilan orang Johor) memang suka samada cucur kosong, cucur pisang, cucur ikan bilis, cucur bawang dan juga cucur nasi. Saya suka kalau ianya dapat dicicah dengan sos cili, sambil ikan bilis, sambal hijau, sardin, kari ayam dan sebagainya. Antara cucur yang sangat jarang saya makan adalah cucur berinti atau bercampurkan nasi dan kebetulan malam itu emak buat cucur nasi. Memang sedap.
Maaf saya tidak berkesempatan untuk menangkap gambar sebenar akan cucur nasi yang emak saya buat. Niat bukannya hendak buat artikel berkenaan cucur ini pun. Jadi saya makan cucur tanpa ada niat untuk berblogging berkenaan cucur nasi ini. Tetapi secara kebetulan, pembaca blog ini ada yang telah PM saya di Facebook ingin saya berkongsikan tentang resepi cucur nasi super lembut dari resepi beliau sendiri. Ianya membuat saya terfikir yang kenapa saya tidak menangkap gambar akan cucur nasi buatan emak saya sendiri. Tidak mengapa.
Cara Buat Cucur Nasi
Saya sendiri tidak pernah terfikirpun bahawa terdapat cucur nasi. Iaitu satu campuran tepung dengan nasi. Tetapi apabila telah merasakanya, ianya memang sedap. Malah lebih kenyang kerana bahan campuran dari nasi tadi. Baiklah untuk tidak membuang masa, anda boleh lihat resepi dan juga gambar Cucur Nasi Super Lembut yang telah dikongkikan oleh pembaca blog ini untuk tatapan pembaca sekalian.
Bahan Bahan Asas Cucur
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air
- Sebiji telur
- 3 sudu besar Cili kisar/cili boh
- 1 biji bawang besar
- Segenggam ikan bilis/udang kering
- Garam dan serbuk perasa
Cara Membuat Cucur Inti Nasi
- Blander semua bahan hingga sebati dan gorengkan. Siap
- P/s : boleh tambahkan daun sup/daun bawag dalam bancuhan yang siap diblender
Saya tidak tahu samada anda tahu atau tidak tentang cucur nasi. Mungkin resepi ini ada di sesetengah negeri dan mungkin semua orang sudah tahu. Tapi apa yang pasti ianya sedap dan saya sendiri menyukainya. Kepada yang belum pernah cuba, saya sarankan anda untuk mencuba resepi ini. Pasti anda akan suka. Jom memasak.
1 Comment
Ini first time saya dengar pasal cucur nasi.
Menarik ni, boleh cuba esok.
Terima kasih kerana berkongsi