Salam kepada pembaca. Anda pernah mencuba makan hati lembu masak berempah? Kepada yang pernah bagaimana? Sedap? Teringin hendak buat tetapi tidak pandai? Kalau begitu saya di dalam artikel kali ini akan berkongsikan dengan anda akan resepi hati lembu masak berempah kiriman seorang pembaca blog ini. Beliau yang memang hobi memasak bermacam makanan dirumah dan bekerjaya sebagai pengusaha kek kecil kecilan di rumah berminat berkongsikan resepi masakkan hati lembu ini dengan anda semua.
Menu Hati Lembu Masak Berempah
Resepi hati lembu masak berempah ini sebenarnya lebih kepada anda yang memang makan hati lembu. Ini kerana tidak semua orang suka makan organ dalaman binatang. Saya sendiri secara peribadi tidak pernah pula mencuba hati lembu yang di masak dengan kaedah berempah sebegini. Lihat gambar di bawah ini. Anda terliur? Nampak sangat menyelerakan bukan. Mari ikuti resepi masak hati lembu ini di bawah ini.
Bahan Bahan
- Setengah kilo hati lembu dipotong dadu dan dicuci
- Bahan bahan untuk diblender
- Bawang merah sebiji
- Bawang puti 3 ulas
- Halia 2 inci
- Jintan manis satu sudu kecil
- Ketumbar 1 sudu kecil
- Serai 1 batang
- 10 tangkai cili kering
- Rempah tumis (kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
- Daun limau purut
- Kerisik
- Minyak untuk menumis
Cara Cara Memasak
Tumiskan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan bahan yang diblender. Biar sampai pecah minyak. Masukkan hati lembu dan kacau sejati. Masukkan kerisik dan daun limau purut. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau dan masak hati lembu hingga empuk. Siap.
Kepada yang menyukai dan makan hati lembu, anda bolehlah mencuba resepi hati lembu masak berempah ini. Saya sendiri menyukai apa apa sahaja masakkan yang asasnya menggunakan kerisik, ketumbar yang seakan akan rendang. Jom cuba.