Perasan ataupun tidak, sejak tahun lepas ada beberapa menu hidangan pantri kek yang menarik secara tiba tiba dan menjadi popular dan seterusnya ramai yang ingin mencari resepi kek tersebut untuk dicuba. Kalau anda ingat, sejak tahun lepas, Durian Crepe tiba tiba menjadi popular dan selepas itu diikuti dengan Macaron. Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah merasai macaron tetapi begitu ramai benar blogger yang membuat, menikmati dan membuat artikel berkenaan macaron. Dan selepas itu pula saya lihat dikebanyakkan blog terutanya kaum perempuan banyak yang cuba untuk membuat Kek Pavlova.
Secara jujur saya tidak tahu apa itu kek pavlova. Tetapi apabila sudah sering melihat diblog blog, nampaknya fahamlah saya yang Kek Pavlova ini rupanya hampir sama dengan gambar dibawah dan mesti ada buah buahan di atasnya sebagai “topping” kek tersebut. Saya berhajat untuk mendapatkan kek pavlova kerana belum pernah makan dan akan cuba memberikan komentar akan apakah yang sedap dari kek pavlova ini sehingga ianya menjadi pilihan ketika ini untuk dicuba ramai orang.
Resepi Kek Pavlova Sedap di Cari
Saya bukanlah seorang pembuat kek. Saya seorang blogger. Akan tetapi disebabkan kek pavlova ini menarik perhatian saya untuk dicuba dan ingin mengetahui akan apakah Resepi Kek Pavlova ini, maka saya meminta jasa baik seorang pembuat kek berpengalaman dan memang selalu membuat kek pavlova ini, maka sudah tentulah saya berbesar hati kerana beliau bersetuju untuk berkongsikan akan “Resepi Kek Pavlova” ini untuk pembaca dan perkongsian di blog ini. Saya teruja, anda bagaimana?
Resepi Kek Pavlova Mini Cupcake
Dibawah ini pula adalah gambar Kek Pavlova mini cupcake. Ada orang suka kek yang besar dan ada yang suka jenis kecil yang dipanggil sebagai kek cawan ataupun “cupcake”. Kek Pavlova samada besar atau yang kecil terpulang kepada kreativi masing masing. Resepi Kek Pavlova adalah sama, yang berbeza adalah kreativi samada hendak membuat kek besar atau yang cupcake mini. Baca dibawah untuk mengetahui cara membuat kek pavlova.
Resepi Kek Pavlova Mudah dan Sedap Dari Johor :
Bahan Bahan :
4 biji putih telur gred A, 1 cawan gula castor, 2 sudu makan tepung jagung, 1 1/2 cuka makan, 1 1/2 esen vanilla
Topping : 1 cawan fresh cream ( Rich, Value – non diary) Fresh fruits – strawberry, kiwi & anggur
Cara-cara :
Dengan kelajuan tinggi pukul putih telur sampai berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan pukul sampi soft peak / bertanduk. Masukkan tepung jagung dan esen vanilla. Perlahankan kelajuan mixer masukkan cuka makan. Pukul hingga sebati.
Panaskan oven 10 minit awal pada suhu 130©. Pada dulang pembakar, letakkan kertas minyak. Kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 8 inci sebanyak 2 keping. Tuangkan adunan pavlova, masukkan dalam oven. Bakar selama 1 jam dan matikan api dan biarkan selama 1/2 jam di dalam oven (Mengikut oven masing-masing). Kemudian boleh lah di topping kan dengan fresh cream & buah-buahan segar seperti strawberry, kiwi & anggur. Lihat gambar cara menghias.
Untuk Topping:
Pukul fresh cream sampai soft peak. Kemudian tuangkan di atas pavlova yang telah sejuk & hiaskan dengan hirisan buah-buahan mengikut kreaviti anda. Selamat mencuba..
Kepada yang ingin membuat kek pavlova ini, boleh lah mencubanya dengan mengikut resepi kek pavlova yang telah diberikan diatas ini. Dan kepada yang telah mencubanya pula silalah berkongsikan gambar kek pavlova disini atau boleh menghantar gambar kepada saya untuk saya pamerkan disini. Selamat mencuba dan selamat berjaya.
Anda Boleh Hubungi Owner dan Pembuat Kek Melalui Link di Bawah ini :
1. Facebook : https://www.facebook.com/ija.cakesandchocolate
2. Website/Blog : http://www.luvchocolate77.blogspot.com/
.
6 Comments
tengok gambar dah mengancam bro huhu terbaiklah
nyum nyum sedap
aku kurang gemar kek pavlova. tak tahulah kenapa. haha..
maybe sebab krim dia banyak sangat kot, ke ko suka kek lain.. 🙂