Sebenarnya saya agak keliru antara kepah, lala, kupang dan lain lain ini. Saya selalu tersilap antara kepah dan kupang. Dan dari resepi kepah masak tumis ini fahamlah saya yang selalu saya makan itu adalah “kepah”. Betulkan saya jika saya silap. Jujur cakap, makanan bercengkerang yang selalu biasa saya makan adalah kerang dan juga siput sedut. Dalam keluarga saya memang sangat jarang memasak makanan bercengkerang selain 2 itu. Jadi saya kurang faham akan nama bagi makanan selain dari itu.
Saya mula minat dengan kepah sejak tinggal di utara Malaysia ini. Yang selalu akan saya nampak adalah kepah di masak tumis dan juga di masak sambal. Jika dipaksa pilih, saya sebenarnya lebih menyukai kepah masak sambal berbanding masak tumis pedas ini. Jika semasa bekerja, saya akan keluar makan tengah hari dan singgah makan di warung yang ada menjual masakan kepah masak sambal ini. Saya akan ambil pinggan khas semata untuk kepah sahaja. Nasi dan lauk lain asing dalam pinggan lain.
Menu Masakan Kepah Masak Tumis Pedas
Anda suka dengan masakan kepah. Saya pasti ramai dari anda juga menyukai menu kepah masak tumis bukan? Lain orang lain seleranya. Ketika saya mendapat resepi kepah masak tumis pedas ini, saya berpendapat ianya adalah masak sambal. Rupanya ianya adalah masakan “tumis biasa” dan pedas datangnya dari cili padi. Jujur cakap ini adalah resepi yang paling ringkas yang saya lihat. Rupanya tidak susah hendak memasak kepah ini. Rasanya lebih sedap dari kerang kalau mengikut citarasa saya. Kalau anda sukakan kepah, mari ikuti resepi masak kepah di bawah ini.
Bahan Bahan
- Kepah
- Bawang besar sebiji
- Bawang putih 2 ulas
- Halia seinci
- Serai sebatang
- Cili padi 5 tangkai
Cara Cara Memasak
- Tumiskan semua bahan kecuali kepah.
- Tumis hingga naik bau
- Masukkan kepah dan kacau rata hingga kepah terbuka
- Masukkan perasa
- Kacau sebati dan matikan api. Siap
Bagaimana pendapat anda dengan resepi kepah masak tumis ini? Simple bukan? Kalau anda terfikir hendak makan kepah, mungkin menu ringkas ini boleh anda cuba. Kalau anda tidak keberatan, anda boleh menghantar gambar masakan anda kepada saya untuk saya siarkan dalam blog ini jika anda mahu. Apa pun selamat mencuba.