Siapa yang tidak sukakan kuih buah melaka. Kalau setiap pagi sebelum pergi bekerja, saya pasti akan singgah di gerai yang ada menjual kuih muih dan juga nasi lemak untuk membeli sarapan pagi. Dan sudah tentu kuih buah melaka salah satu kuih yang selalu akan saya beli. Rasanya yang kenyal, rasa sedap kelapa dan juga manis dari gula merah ketika mengunyah di dalam mulut memang mengasyikkan. Anda suka?
Dalam keluarga saya, emak selalu juga membuat kuih buah melaka ini waktu dahulu. Saya sendiri pernah menolong membuat kuih ini. Dan YA, proses membuat kuih buah melaka ini sebenarnya sangat mudah. Terlebih seronok kalau dapat makan kuih ini ketika masih panas baru di angkat dari air rebusan yang mendidih. Terus sahaja golekkan kuih ini di atas kelapa parut dan makan. Memang sedap.

Hasil kuih buah melaka yang telah siap
Cara Buat Kuih Buah Melaka
Dan saya telah mendapat resepi kuih buah melaka ini dari pembaca. Dan saya kongsikan di dalam blog ni. Dan betul tekaan saya, resepi yang dikongsikan memang menunjukkan proses membuat kuih buah melaka ini sangat mudah dan ringkas. Kalau anda ingin membuat kuih ini di waktu petang untuk anak anda makan petang petang memang sangat sesuai. Kalau berminat, sila lihat resepi di bawah ini untuk anda ikuti.
Bahan Bahan
- 1 pek tepung pulut
- 3 sudu pandan paste
- 2 sudu air kapur
- Setengah cawan air
- 1 sudu pewarna hijau
- Gula melaka dicincang halus
- Kelapa parut (putih sahaja)
Cara Cara Membuatnya
- Gaulkan ke semua bahan kecuali gula melaka dan kelapa parut hingga menjadi doh
- Pastikan doh tidak melekat di jari
- Bulat bulatkan doh dan masukkan inti gula melaka secukupnya
- Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang sudah di intikan
- Biarkan hingga doh timbul di permukaan air (bermakna sudah masak)
- Angkat dan toskan. Golekkan ia ke atas kelapa parut yang sudah dikukus. Siap

Doh kuih buah melaka sebelum di masak
Saya harap anda dapat mengikuti cara membuat kuih buah melaka ini dengan mudah tanpa masalah. Kalau anda tidak keberatan, saya terbuka menerima kiriman gambar akan masakan anda kepada saya untuk saya pertontonkan di dalam blog ini jika anda sudi. Anda juga boleh kirimkan kepada saya akan resepi masakan anda kepada saya. Yang penting resepi mestilah original dari anda sendiri termasuk minima 2 keping gambar. Saya akan berikan anda sedikit bayaran jika anda mahu. Selamat menikmati menu kuih buah melaka ini.
Leave a Reply