Adakah anda suka makan mee bandung? Anda pernah membuat mee bandung sendiri? Lebih suka membeli dari membuatnya sendiri. Atau lebih suka membuatnya sendiri kerana lebih puas apabila menikmatinya. Orang kata mee bandung Johor lebih sedap. Itu pandangan masing masing. Di artikel kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda akan resepi mee bandung johor kepada anda. Ianya bukanlah resepi original tetapi resepi yang simple dan mudah untuk anda ikuti.
Kenapa perlu sebut resepi mee bandung “johor”? Saya tidak mahu anda salah faham. Saya berasal dari Johor dan kini berkerja di Pulau Pinang. Saya sudah pergi ke 5 kedai makan yang berbeza dan telah merasai 5 mee bandung. Ke semuanya hampir sama dan ini kenapa saya perlu menyatakan yang resepi mee bandung ini adalah dari Johor kerana perbezaan yang ketara dalam kandungan mee bandung negeri yang lain.
Resepi Mee Bandung Johor Yang Mudah
Nampaknya mee bandung Pulau Pinang mempunyai rasa mee bandung. Ianya sedap. Apabila merasanya, saya tetap mengatakan itu mee bandung. Tetapi terdapat sedikit yang lain pada mee bandung johor. Perbezaan yang ketara adalah pada kuah mee bandung tersebut. Mee bandung johor menggunakan asas “kacang tanah” dalam kuahnya. Ada yang suka mee bandung dengan kuah dari kacang dan ada yang suka mee bandung dengan kuah yang cair. Terpulang kepada selera anda.
Di bawah ini saya kongsikan kepada anda akan resepi cara membuat mee bandung Johor;
Bahan-bahan untuk 8 orang – Sotong/udang, Daging (dipotong dadu), Sawi, Bawang merah, Bawang putih, Halia (1biji), Kacang tanah , Cili kering , Udang kering (1pek ), Keledek (sebiji saiz sedang), Tahu (6 biji), Cili besar merah/hijau (6-8biji), Bawang goreng (1pek), Telur 8 biji, Mee kuning 1kg
Bahan – bahan untuk dikisar – Kacang tanah digoreng tanpa minyak (Dikisar sehingga agak halus). Sila kisar (blend) Cili kering, Bawang putih, Bawang Merah, Halia, Udang kering. Sila kisar juga 1 biji keledek yang telah di rebus dahulu.
Cara cara memasak – Daging dipotong dadu setelah di rebus (gantikan daging dengan ayam kalau mahu). Tumiskan bahan blend tadi sehingga aroma menusuk kalbu dan kemudian tuangkan air secukupnya. Masukkan keledek yang telah di blend. Kacau sehingga mendidih dan kemudian masukkan bahan-bahan daging yang direbus seperti udang/sotong, sawi yang dipotong-potong dan tunggu sehingga mendidih.
Pastikan daging anda betul-betul empuk dan kemudian masukkan kacang tanah yang telah di blend tadi ke dalam masakkan. Masukkan sedikit garam/ajinomoto/gula mengikut rasa lidah anda. Seterusnya masukkan tahu yang telah digoreng dan dipotong dadu. Akhir sekali pecahkan telur 1 persatu dan tunggu sehingga mendidih …,
Masukkan mee kuning yang telah dibasuh terlebih dahulu. Hidangkan bersama cili besar yg telah potong. Taburkan bersama bawang goreng. Tidak lupa potongkan limau sambal jika ingin menambahkan selera anda. Selesai. Selamat mencuba
Saya harap anda suka dengan perkongsian resepi mee bandung ini. Kalau boleh saya mahu anda cuba dan kongsikan gambar mee bandung versi anda pula kepada saya. Insyaallah akan saya kongsikan di blog ini. Saya harap cara cara membuat mee bandung johor ini dapat anda ikuti dengan mudah tanpa apa apa masalah. Di Johor, mee bandung MUAR lah yang paling sedap. Kalau anda berkesempatan ke Johor, anda boleh singgah ke muar untuk merasai mee bandung asli negeri Johor. Selamat mencuba
4 Comments
mee johor ni sedap. haritu 1st time rasa time open house. trus fall in love.. tapi bukan fall in love dengan si pembuat la hahahaa 😀
wow, first time rasa terus suka? terbaikkkkkkk.. 🙂
Huish lama tak makan mee bandung respi arwah mak..terasa nak makan pula tengok gambar ni
hehe, terasa lapar kan