Anda suka makan ikan tongkol? Kalau di sebelah selatan, ikan ini orang sebut ianya sebagai ikan tongkol. Kalau di sebelah utara, orang sebut ianya sebagai ikan kayu. Saya harap anda tidak keliru dengan nama ikan ini. Kalau anda dapat ikan ini, masakan apakah yang anda paling suka? Untuk pengetahuan anda, ikan tongkol putih ini adalah ikan nombor satu dalam senarai ikan ikan yang saya suka makan. Terbaik
Dan ketika mendapat resepi ikan tongkol putih ini, saya agak terkejut. Ini kerana dalam keluarga saya, ikan tongkol hampir tidak pernah dimasak begini. Yang selalu dibuat adalah masakan goreng, berkicap dan juga kari. Dan menu hidangan masakan ikan tongkol yang paling saya suka adalah masak kari. Memang sedap. Kena dengan rasa ikan yang sedap, daging yang tebal dan ummphh.
Cara Memasak Ikan Tongkol Putih Masak Singgang
Kalau masakan berasaskan “singgang” ini, kebiasaan emak saya lebih sukakan ikan selar kuning dan juga ikan cencaru. Oleh kerana saya sangat menyukai ikan tongkol, jadi saya pun teringin juga mengetahui akan apa rasanya ikan tongkol putih di masak singgang. Teringin juga untuk merasainya suatu hari nanti. Dan untuk pengetahuan anda, ini pertama kali saya tahu ikan ini ada dimasak dengan kaedah ini. Jadi ada teringin untuk ketahui rasanya.
Bahan Bahan
- 4 hingga 6 ketul ikan tongkol putih
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Seinci halia
- Sebatang serai
- Sehelai daun kunyit dikoyak
- 3 keping asam keping
- 5 biji cili padi
- 1 liter air
Cara Cara Memasak
- Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali ikan.
- Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula.
- Masukkn ikan dan biar hingga ikan masak. Kacau rata dan matikan api.
Anda suka makan ikan tongkol putih? Suka masakan singgang berkuah. Pernah mencuba merasa masakan singgang ikan tongkol putih? Sedap? Dan terasa mahu buat sendiri di rumah? Jika ya, mari ikuti resepi ikan tongkol putih masak singgang ini di atas. Anda boleh kongsikan pengalaman anda memasak dan merasainya. Dan jika sudi boleh berkongsi resepi masakan termasuk gambar untuk saya paparkan di blog ini. Selamat mencuba.