Salam kepada pembaca. Adakah anda seorang yang suka makan terung? Saya sendiri seorang yang tidak makan terung. Dalam masakkan keluarga pun jarang menggunakan terung. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan saya sendiri tidak ingat bagaimana rasanya terung tersebut. Tidak ada rasa mahu untuk mencuba. Namun kepada anda yang suka makan terung, apakah resepi terung goreng celup tepung sesuatu yang asing bagi anda? Jangan tanyakan kepada saya kerana saya tidak tahu.
Apa yang saya tahu adalah udang celup tepung, sotong celup tepung dan banyak lagi. Antara sayuran yang di sesuai dimasak goreng dengan tepung adalah cendawan goreng celup tepung. Namun inilah pertama kali saya tahu dan mendengar yang terung pun boleh digoreng dengan tepung untuk dimakan dalam keadaan bergoreng. Resepi ini adalah kiriman seseorang yang mahu berkongsi resepi ringkas untuk mencuba menu terung goreng.
Resepi Terung Goreng Celup Tepung Rangup
Dari tajuk yang diberikan iaitu terung goreng celup tepung chrispy crunchy ini seolah memberi tahu kita yang terung boleh dimakan dalam keadaan bergoreng dan rasanya enak malah rangup. Kalau anda peminat terung dan belum pernah mencuba mungkin boleh mencuba resepi terung goreng ini dan kongsikan pengalaman anda menikmatinya bersama kami. Dari apa yang dikongikan ianya sedap di makan dicicah bersama sos dan juga mayonis. Di bawah ini adalah resepinya.
Bahan Bahan
- Sebatang terus dihiris nipis
- Setengah cawan tepung beras
- 1 sudu serbuk kunyit
- 1 sudu serbuk lada hitam
- 1 sudu maggie cukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara Cara Memasak
- Bancuh semua bahan kecuali terung dan minyak (jangan terlalu cair)
- Celupkan tepung satu persatu ke dalam bancuhan dan goreng hingga garing
- Angkat dan toskan
- Siap
Kepada yang telah mencuba boleh kirimkan gambar masakan anda hasil dari resepi terung goreng celup tepung ini kepada saya. Anda juga boleh mengirimkan resepi anda sendiri kepada saya melalui email saya iaitu “moham29577@yahoo.com”. Dan saya akan paparkan resepi anda di dalam blog ini buat tatapan pembaca yang sukakan resepi resepi baru. Jom memasak.