Kadang kala anda terlalu memikirkan secara mendalam tentang bagaimana untuk membuat resume kerja kilang yang bagus. Anda edit berkali kali sampai anda berpuas hati. Anda mahukan resume kerja anda itu bagus dan cantik. Tetapi akhirnya anda lupa yang paling penting di sini bukan resume itu yang menyebabkan anda diterima bekerja. Tetapi adalah personaliti dan cara anda menjawab pertanyaan ketika anda di temuduga kerja (interview) nanti. Dan banyak juga soalan yang ditanyakan kepada anda nanti merujuk kepada resume anda itu sendiri. Jadi berhati hatilah.
Apa maksud berhati hati. Kadang kala ramai yang terlupa. Apabila anda ditemuduga, banyak juga soalan yang ditanyakan kepada anda nanti berdasarkan apa yang anda tulis dalam resume kerja kilang anda itu. Jadi, jika anda mungkin ada “menipu” atau “terlebih manis” dalam memperkenalkan diri anda di dalam resume tersebut, saya bimbang anda akan terjerat dalam soalan yang anda sendiri tidak mampu jawab. Sebab itu, jujur dan sederhana adalah lebih baik semasa anda membuat resume anda.
Dapatkan Resume Kerja Kilang Percuma Di Sini
Saya kongsikan pengalaman saya kepada anda. Taraf kerja saya adalah “Technician”. Mana mana kilang pun tetap akan menyebut “technician” untuk pekerja yang berstatus pemegang sijil diploma. Tetapi ada sesetengah kilang menggunakan terma nama panggilan yang lain. Dan kes itu berlaku kepada saya. Walaupun saya seorang technician, tetapi nama status saya disebut sebagai “Technical Specialist”. Apabila saya menggunakan terma “Technical Specialist” di dalam resume. Ketika interview, pihak penemuduga tanya kepada saya “Apa yang kamu specialist dalam kerja kamu?”. Saya tidak boleh jawab.
Jadi adalah lebih baik bersederhana dalam penulisan resume kerja anda itu. Kita tidak mahu dibebankan dengan pertanyaan soalan yang memberatkan dan menyusahkan diri anda sendiri untuk menjawab. Sebab itu saya sukakan resume kerja kilang yang ringkas sahaja. Orang lain yang lihat resume kerja saya pun pasti akan merasakan ianya agak ringkas. Tetapi ringkas ringkas pun, dengan resume inilah saya berjaya dipanggil untuk ditemuduga kerja sebanyak 8 kali tanpa masalah sepanjang saya mencari dan memohon kerja.
Sekarang anda tidak perlu berpenat untuk membuat resume kerja kilang anda sendiri. Kalau anda rajin dipersilakan. Kalau hendak mudah, anda muat turun (download) sahaja resume kerja milik saya. Dan selepas itu anda edit dengan info dan maklumat anda. Berminat? Kalau mahu, sila klik link di bawah ini untuk mendapatkan resume kerja kilang untuk diri anda. Selamat mencari kerja.
2 Comments
semoga resume ini membantu mereka yng mencari kerja di kilang..
Betul jugak tu, setengah tempat, untuk jawatan yang sama mereka gunakan nama yang agak berbeza. Nama atau gelaran specialist tu mungkin biasa je kat tempat kita kerja, tapi kalau kat tempat lain, ia membawa makna yang berbeza pula. 😀