Sejak dulu dan hingga kini ramai yang memang mahukan dan mencari Kerja Sambilan Di Rumah. Kalau dulu medium tawaran Kerja Sambilan Di Rumah ini hanya melalui surat khabar dan juga flyer (brochure) sahaja. Dengan dunia social media kini, tawaran tersebut berevolusi, berubah mengikut keadaan dan tampak lebih moden dan lebih menarik. Ianya kini banyak disiarkan melalui Facebook. Saya pasti anda sendiri pasti pernah nampak akan tawatan kerja sambilan yang hanya perlu dilakukan hanya dari rumah sahaja. Dengan bayaran yang murah dan keuntungan yang tinggi, sesiapa pun pasti mahu lagi lagi bagi mangsa yang memang ingin memerlukan wang tambahan.
Kenapa saya menuliskan kisah Kerja Sambilan Di Rumah ini. Saya ingin kongsikan akan pengalaman rakan saya sendiri untuk tatapan anda. Dan selepas itu anda nilaikan lah kejadian ini dari sudut pandang anda sendiri. Sebelum itu, saya peringatkan, bukan semua Kerja Sambilan Di Rumah itu menipu. Hanya sesetengah dari itu sahaja. Yang penting adalah anda tahu akan bentuk penipuan yang dilakukan atau scam itu supaya anda dapat mengelak dari terjebak dan terlibat yang pada akhirnya menyesal dengan tindakkan tersebut. Jom baca.
Kerja Sambilan Di Rumah Lipat Risalah
Dua hari lepas rakan saya ada bertanyakan kepada saya akan satu Kerja Sambilan Di Rumah yang dikatakan menarik. Beliau berikan laman FB tersebut yang mewar warkan akan perkara tersebut. Beliau minta pandangan saya. MAAF, saya sendiri pun kurang ariff di dalam hal tersebut. Kerja sambilan tersebut memerlukan kita membayar RM50 sebelum boleh diterima bekerja. Kerja tersebut adalah menyuruh kita untuk memasuki risalah kertas promosi bisnes produk ke dalam sampul surat. Dan selepas itu dihantar kepada pelanggan yang lain. Secara mudahnya, anggapan tersebut adalah bayar RM50, dapat barang tugasan kerja. Mulakan kerja masukkan risalah dalam sampul surat. Dan kemudian hantar kepada alamat pelanggan. Dan kemudian kita akan menerima gaji (upah kerja). Secara asasnya begitulah prosesnya. TETAPI?
Malang tidak berbau. Apabila rakan telah membayar RM50 pada 2 hari yang lepas. Beliau telah menerima sampul surat tersebut dengan bahan bahan kerja. Apabila beliau membaca penerangan kerja tersebut, beliau telah dapat merasakan yang program Kerja Sambilan Di Rumah yang beliau sertai itu adalah suatu penipuan atau scam. Tiada kerja yang perlu dilakukan sebenarnya. Yang ada, adalah PENGULANGAN TEKNIK memikat orang lain yang mahukan Kerja Sambilan Di Rumah dengan mendapat pendapatan melalui cara meminta RM50 yang di masukkan ke dalam akaun kita pula. Ini menipu namanya.
INI MENIPU. Adakah beliau (rakan malang saya) perlu untuk mengiklankan tawaran Kerja Sambilan Di Rumah di Facebook beliau? Dan kemudian menyuruh orang yang berminat untuk mendapatkan pakej kerja masukan risalah dalam sampul surat dengan perlu membayar dan memasukkan RM50 ke dalam akaun beliau pula? Beliau tidak tergamak melakukan perkara tersebut. Ini seperti mengambil wang orang lain secara halus dengan melakukan tipu daya yang pembeli tertipu ini akan melakukan tugasan kerja yang akan dibayar. Memang sah ianya adalah SCAM.
Antara Contoh Ayat Penipuan Kerja Sambilan Di Rumah
Salam dan Salam sejahtera,… Berkenaan dengan tawaran kerja sambilan dirumah, kami merupakan sebuah syarikat yg membekalkan bahan risalah kepada para pekerja sambilan serta sepenuh masa yang mahu menambah pendapatan. Anggaran pendapatan seminggu RM200-RM600, namun pendapatan boleh bertambah sekiranya anda melakukan secara konsisten memasukkan risalah didalam sampul surat mengikut piawaian yang kami tetapkan. Segala penerangan mengenai kerja sambilan serta cara pembayaran upah di rumah akan disertakan sekali semasa penghantaran. Untuk menyertai pekerjaan sambilan dirumah ini, pendaftaran ahli HANYA RM50 sekali seumur hidup. Ianya adalah untuk menampung kos penghantaran barang serta risalah yang diberikan kepada anda. Cara pembayaran : CIMB xxxxxxxx ( CHE XXXXX BINTI XXXXX) Jika berminat, sila isikan maklumat detail dibawah, dan hantar semula kepada saya selepas membuat pembayaran pendaftaran. ( sila sendkan kepada saya slip bank in ) Nama : No tel : Alamat : Bank : Masa bank in : Tarikh : °untuk memastikan bahan risalah sampai ke destinasi, sila check berulangkali alamat serta no telefon yang diberikan °Barang akan sampai dalam 2-3 hari bekerja °Penghantaran dilakukan melalui pos ekspress atau pos laju ° No traking akan diupdate setelah barang dipos. Terima kasih…..selamat bekerjaNasihat saya, sila pastikan dahulu samada tawaran Kerja Sambilan Di Rumah yang diiklankan itu benar benar menawarkan kerja. Kalau kerja dia itu adalah dengan cara meminta RM50 dari orang lain pula, maka ianya adalah penipuan. Malah yang lebih teruk pula adalah ianya HARAM di dalam Islam. Tidak takut kah dengan dosa makan duit haram. Saya tidak katakan dosa dengan Allah itu kecil, tetapi apabila dosa dengan Allah kita boleh terus bertaubat, berdoa dan meminta ampun. Tetapi kalau berdosa dengan manusia, bukankah kita perlu berjumpa dengan orang yang kita tipu itu dan WAJIB memulangkan wang mereka semula. Susah bukan? Jadi sebelum menerima apa apa tawaran iklan Kerja Sambilan Di Rumah yang dilihat menarik, sila fikir fikirkan dahulu. Bye.
dah ada balik scam macam ni, lama dah tapi dah upgrade sikit kot untuk lebih meyakinkan.
tu la pasal, ada balik tuh, yg hairan sanggup menipu pula
Orang bijak suka ambil kesempatan dengan menipu tapi orang nak senang kaya x mau usaha senang nak kena tipu
lebih teruk, dah tau kena tipu pastu buat juga supaya orang lain pun kena tipu
Teknologi dah makin maju. Idea scam pun bertambah maju. Kalau tanpa ilmu yang betul ramai yang akan tertipu.
tp sayangnya, masih ramai yang tertipu lagi
Mohon la jangan terpedaya sangat dengan benda macam ni sila periksa at least testimoni dulu dan latar belakang dulu. Jangan terus join takut merana yang dapat.
kesian pada yang dah kena
harap kita elakkan aktiviti scam macam ni.. boleh kata skim pak man telo.. banyak kelemahan dalam permainan ni..
kawan saya pernah kena, kesian kat dia
saya tengah cari kerja dari rumah dah banyak kali saya kena macam ni, tapi saya terpaksa juga kerana nak kena jaga org rumah yang sakit, sesah jika saya keluar kerja, kalau ada dari kalangan tuan tuan yang ada peluang untuk kerja dari rumah mohon kongsi dengan saya,
boleh email saya kat nizamsaifu@gmail.com
minta pembaca blog ni kongsikan dengan Encik Syaiful
Terima kasih atas perkongsian..mujur sy google dahulu sebelum join..sy hairan kenapa perlu keluarkan duit sedangkan kite ditawarkan kerja…jasa baik admin moga Allah shj dpt membalasnya..amin!
elakkan, kawan saya sudah terkena ika
huwaaa thanks kawan2 for info…saya baru dapat juga ni….baru je dia msg menggunakan nama FB Jasmin Begum…
Huuu itu Dari fb.. Tp yg Ni saya dapat Dari newspaper, still minta payment… Rm40.. Tp bila saya Tanya cmne payment n how after if dah settle Kerja.. Dia ckp semua will be in the package lepas Kita daftar Dan pay rm40…then after 3 weeks sbb bz punye pasak try blik.. Lepas bg detail. Tp x buat payment lg..Then dye ckp sorry not available.. If dah bayar pun dorg Akan refund back.. tipu jugk ke?
(alamat from quaters ipd kot sbb xjd nak hantar?) huhu
Qyla, walaupun refund balik x bermakna ianya betul, ukuran betul bukan pasa refund, tp cara kerja dapat duit tu yang salah.
Soalan saya mudah jer, kalau qyla dibayar sebab buat kerja, so betullah tuh,
tapi duit qyla dapat bukan sebab buat kerja, tp sebab oraang bagi duit pada qyla, itu salah
sya pun pernah terkena………dan serikkk untuk buat kerja sambilan seperti ini…………
nsib baik google dlu sblom join. .sy bru ditwarkan bkrja isi rsalah dr rmah. .smua bhan dsediakan tp kna bank in rm60 dbwah nma seseorang. .plik kn?nk krja tp kna byar. .lpas tnya risalah apa trus dya snyap je. .haha
terbaiklah Noura, jangan tersilap langkah, saya tulis untuk berkongsi, nasib baik puan x kena
dia ada ckp pmbyaran dknakan 60 ringgit itu untuk kerja atau panduan kerja..so mcm mna betoi ke tipu r
jangan percaya bro, yang kena bayar RM60 tu adalah duit yang bro kena bayar pada di “penipu”, dan selepas itu pula selepas dapat sampul tuh, bro pun akan menipu orang lain pula dengan minta duit RM60 tuh dari orang lain, padahal isi sampul itu adalah hanya menyuruh bro buat apa yang orang atas tipu bro. Baik elakkann, nasihat saya buat duit cara betul. Kalau sudi jom join buiat duit dengan bisnes simkad saya. Whatapps saya di sini 017-4836797
Saya dah kena sekali..Pakai ayat2 manis nak tarik pelanggan konon tapi….sebaliknya.
harap orang ramai x tertipu lagi
alahai… kalau dah semua tipu mcm mna nak cari kerja ???
seb baik sempat baca kat sini… kalau x.. dah terkena dah..
camne nak cari duit dgn xterkena??
ada idea x…
bkn malas kerja bkn pula nak cari duit dgn cara yg mudah…
tp kalau boleh nak kerja di rumah je ..tanpa perlu keluar rumah..
nk kerja dr rmh meh join agent dropship sy.. zero modal.. 012~2452418
Sangat btul..sya seblum ni dah kena tlong la jangan percaya iklan ini..penipu.dan menipu. .makan titik peluh orang jak…
terima kasih di atas perkongsian pengalaman, harap xda orang tertipu lagi
Nasib baikklah sye google dulu kalo x habis melayang duit walaupun jumlahnye sikit…dua orng whatsapp sye suruh join kerja sambilan ni dengam harga pendaftaran rm40 dengan rm70…terima kasih admin sebab bagi info ni…yng bestnye ayat admin memang sama dengan yng diorng post tu…hahaha
‘Jom. Aku cabar kau ni. Sembang dlm ni pun tk guna. Ckp lebih pegi buat report aku ckp. ‘ Ayat Budak Promote Risalah , SEBULAN Lebih Tunggu dia pulang kn duit , kje apa smpai kne tgu’² , 3 minggu tunggu pun takde khabar . lolz -.-‘ baru tdy dia bank in duit , dia cakap dia tak salah or what . dia kata sy yang salah semua dlm hal niy . hanya rm50 saje mnx dia ganty balik . macam’² ayat dia maki sy , babi laa , bodoh la ! serik lepas niyy mmg tak nak percaya pasal risalah niy !
naseb baek blog ni duk atas sekali, baru ingat nak join. Spe boleh tlng saya cari kerja di rumah. saya pen at nak berulang-alik sbb kat umh pun bnyak kerja nak dibuat.
saya nak cari duit lebih so sape2 ada info kerja sambilan dr rumah nie kawasan pasir gudang…. saya mudah percaya org.buat kerja jujur dan on time
Assalamua’laikum kak,kalo berminat nk buat duit smbilan di rumah tanpa modal, jom join sy jd dropship nurraysa beauty.
Xperlu klua modal,
Xperlu simpan stok,
Xperlu kluar rumah,
Hanya perlu terima/dpt/ambil komisyen shaja.
Kerja akak cuma kongsi dkt sedara mara atau kwn² atau jiran².
Copy paste iklan yg sy akan sediakan.
Buat smbil lewa,scra sntai², insya’Allah dpt 100-200 extra income sbln dh alhamdulillah.. Itu kalo buat smbil lewa,kalo buat secara serius, 1000-2000 sbln insya’Allah dlm tgn.
Jika berminat blh wsap “sy nak jd ds NB” dkt no sy 0139294067.
Saya baru je bank in duit saya semalam utk kerja tu Rm60 sbb saya betul2 terdesak nk kerja …tiba2 malam tu saya tergerak hati nk tengok pandangan org lain pasal keje tu ..rupa2 nyer keje menipu org lain … saya dah rasa saya ditipu tpi saya cepat2 mesej org tu balik ..saya nk cancel sbb saya dapat tawaran belajr ..dia ckp puan x bole cancel dan dia tanya belajar kt mn..saya pon ckp saya dpt tawaran belajar kt kolej….then dia pon kata ok nanti bagi no akaun …then saya ckp saya minta maaf la bagai ..dia pon kata x pe ..saya pesan kt dia nnti dh bank in screenshot receip ..dia pon kata ok …dalam 2 jam lepas tu dia hantar receip yg dia dh bank in duit saya …saya perasan receip tu dia bagi extra rm10 ..then saya tanya kt dia yg dia terlebih masuk …dia kata dia sedekah dekat saya buat duit belanja lepas tu letak emoji menngis gembira ……so mcm mne plk tu ? Rasa2 org ni penipu ke ..n nk ambik ke duit sedekah yg dia bgi tu ?saya minta mana2 ustaz bole balas soalan saya yg agak rumit ni 🙂
nasihat saya, jangan termakan janji kerana duit extra RM10 tu Lisa.
Sebabnya, orang yang buat benda tu pun ada sesetengah dari mereka x tahu dan x faham yang mereka buat itu salah
Mungkin sebab dia bagi lebih atas dasar kemanusiaan iaitu mahu bersedekah kerana terharu cik lisa dapat masuk u
Haha terima kasih sangat2 ..blogger ni sangat menyedarkan saya kerana kertas risalah yg dia akan bagi tu sama mcm kertas yg warna kuning tu …moral of the story jangan cari jalan mudah utk dapat duit sbb risikonya tinggi dan mungkin kita termakan duit haram …nauzubillah minta dijauhkan aminnn
asslm .. lisa sy klau sy dh bnk in kt org tu mcm mne ea.. sy mntk org tu trnsfer blik sbb urgent dia kate lpas pndftrn duit dh jdi hk mlik syarikat.. mcm mne ni
mana ada syarikat, duit tu masuk akaun bank persendirian, boleh minta, kalau x report, cakap macam tu
Dynamic enterpise .. Saye baru igt nk daftar
nyaris bank in tadi.
review dlu smntara beratur.
trus tak jadi…
Terbaik bro, baik duit tu bagi saya join buat duit dengan bisnes simkad lagi bagus. Kalau berminat whatsapp saya ya
kalo dia kata dia dari syarikat berdaftar, dan siap bagi bukti gambar sijil perakuan pemerbadanan syarikat sendirian.. boleh percaya ke tak?
sbb kerja yang sy apply ni pun buat kerja lipat risalah dan kena byr rm180 sekali seumur hidup.
tak tahu nak teruskan buat bayaran atau tidak
macam ni Nor, mungkin ada juga yang betul itu saya x pasti, tp kalau dia berikan risalah yang dia suruh kita buat yg sama dan ambil duit dari orang lain, maka itu salah lah
Sy dah terkena, sape yg nk buat kje ni baik xpayah lah, dah bank in duit pastu buat xtau bile tanye, menipu je kje😡
haa betul x yang benda ni menipu kan Fitri
I want to join