Nampaknya satu lagi peperiksan besar besaran bagi jawatan perkhidmatan awam kerajaan akan diadakah sebelum penutup hujung tahun ini. Peperiksaan tersebut adalah peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Jumlah calon pasti puluhan ribuan seluruh Malaysia dan dijangka lebih besar dari tahun lepas. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA telahpun mengeluarkan kenyataan pengesahan yang exam PTD M41 ini akan diadakan pada 1 November 2014 iaitu pada hari sabtu.
Adakah anda calon PTD M41? Telah membuat semakan samada anda layak untuk peperiksaan PTD ini? Jika belum sila buat semakan segera melalui link ini [ http://e-semakan.spa.gov.my/online ]. Dan saya ucapkan tahniah jika anda terpilih untuk menduduki peperiksaan online PTD itu nanti. Adakah anda mahu membuat persediaan peperiksaan? Anda ada abang, kakak, saudara atau rakan yang pernah menduduki peperiksaan dahulu dari anda? Sudah tahu akan format dan bentuk soalan yang mungkin ditanya nanti atau anda masih kabur dan langsung tidak tahu apa apa? Kalau ini masalah anda hadapi sekarang. Saya ingin membantu anda.
Peperiksaan Online PTD M41 2014
Untuk maklumat anda, pihak INFOKERJAYA yang telah setiap tahun membantu calon peperiksaan online PTD M41 untuk di bimbing melalui panduan peperiksaan yang dibuat khusus untuk calon seperti anda. Panduan ini dalam bentuk ebook yang dimana di dalamnya terdapat panduan seperti format kertas peperiksaan, contoh soalan PTD, tips peperiksaan dan juga persediaan yang perlu setiap calon ambil tahu.
PERINGATAN – Contoh soalan banyak diberikan untuk membantu calon membuat latih tubi akan tetapi contoh soalan yang diberikan BUKANLAH contoh soalan sebenar, soalan ramalan ataupun soalan bocor. Ianya adalah alat bantu persediaan buat calon PTD M41 bersedia dengan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 nanti.
Dan jika anda mahu! Anda boleh lah menghantar email anda kepada saya di “moham29577@yahoo.com” dengan subjek “mahu panduan PTD M41” atau boleh terus SUBSCRIBE email anda melalui ruangan subscribe dibawah untuk tidak ketinggalan mendapatkan rujukan PTD M41 ini nanti. Kenapa bukan sekarang? Untuk maklumat anda memang panduan ini hanya akan dibuka seminggu sebelum peperiksaan dimulakan. Ianya adalah syarat WAJIB yang datang dari pihak INFOKERJAYA sendiri. Harap anda faham. Jom dapatkan notifikasi jualan panduan exam online PTD M41 dibawah ini. Selamat berjaya calon semua.
4 Comments
berkesempatan singgah sini
terima kasih
sekali bini gua pun terjebak sama kali nih. haiya..
ok la tu bro, dapat gak peluang kerja kerajaan