Sample Resume Kerja – Saya telahpun berpengalaman bekerja didalam sektor swasta selama hampir 7-8 tahun. Dan selama itulah juga saya berpeluang dan telah berpengalaman didalam temuduga kerja (interview) sebanyak hampir mungkin 8 kali. Antara pengalaman terbaik temuduga kerja adalah semasa di interview di Kilang Motorola. Dengan panel penemuduga dua orang bertanyakan pelbagai soalan. Selepas tamat temuduga saya pun memandu pulang ke rumah dengan perasaan di hati saya tidak berjaya mendapatkan jawatan tersebut kerana tidak yakin. Tetapi berita gembira muncul apabila menerima panggilan telefon semasa memandu pulang. Belum pun sampai ke rumah saya telah menerima kabar saya telah diterima untuk jawatan tersebut. Pantas sungguh. Itu pengalaman terbaik.
Oleh kerana pengalaman ini, saya berpendapat yang ramai orang terutamanya Graduan Universiti akan menghadapi masalah yang menimpa seperti saya dahulu iaitu masalah untuk membuat resume kerja. Masalah timbul apabila itulah pertama kali dalam hidup mula hendak mengambil tahu apakah bentuk Sample Resume Kerja yang perlu dibuat. Bagaimanakah formatnya. Apa yang perlu diisi dan sebagainya. Ianya seperti benda mudah, tetapi kalau sudah tidak tahu memang tidak tahu juga. Lagi lagi apabila tidak yakin apakah Sample Resume Kerja yang dibuat betul ataupun salah.
Informasi Tentang Data Muat Turun Sample Resume Kerja
Jadi disebabkan itulah saya terfikir untuk berkongsi dengan para pencari kerja terutamanya yang menggunakan saluran engin carian Google ini untuk mendapatkan contoh Sample Resume Kerja. Kalau diperhatikan di medium internet ini, ramai yang berkongsi dihalaman website/blog dengan gambar dan contoh resume. Dan ada pula yang berkongsi idea akan bagaimanakah cara untuk membuat format resume kerja. Bagi saya ini suatu yang baik tetapi belum cukup kerana mereka “pencari kerja” tetap kena perlu membuatnya sendiri. Selalunya orang sekarang hendak mudah. Kalau boleh yang sudah siap. Betul tidak?
Atas faktor itu, untuk memudahkan individu yang inginkan Sample Resume Kerja, saya mencuba membuat artikel tentang resume kerja dan memberikan link download terus untuk mendapatkan Sample Resume Kerja tersebut. Jadi mereka tidak lagi perlu memikir cara untuk membuat resume. Yang mereka perlu adalah meng-edit maklumat dan mengisikan maklumat mereka pula dan SIAP.
Saya telahpun mengedarkan muat turun resume berkenaan sejak tahun lepas lagi. Dan mengikut data dari “Mediafire-tempat saya upload resume”, sehingga kini Sample Resume Kerja milik saya telah dimuat turun sebanyak 15000 kali. Satu angka yang besar bagi saya. Manakan tidak, ianya menunjukkan didalam setahun telah seramai 15000 (individu-anggaran) telah mencari dan memuat turun untuk memudahkan mereka mempunyai contoh resume kerja yang telah siap. Dapat membantu graduan mahasiswa memendekkan masa mereka untuk membuat resume. Sebagai tambahan, Sample Resume Kerja yang saya berikan lebih kepada format untuk sektor swasta. Bagi sektor awam kerajaan mungkin ada berbeza, saya tidak pasti. Apa apa pun sila kemaskan biodata diri anda dengan baik agar pihak majikan tertarik untuk menghubungi anda untuk ditemuduga kerja. Selamat menempuh alam pekerjaan.
3 Comments
tahniah bro, insyaAllah dapat pahala tu bantu sahabat dan saudara.
aminnn, terima kasih Denaihati
cara terbaik mendapat pahala ialah berbuat kebaikan..