Adakah anda tahu yang anda sebenarnya boleh melihat atau membuat semakan baki pinjaman kereta anda secara online melalui online banking? Yang pertama sekali adalah anda harus mengetahui dahulu di bank manakah anda membuat pinjaman untuk pembelian kereta anda. Adakah dengan Hong Leong, Ambank, CIMB, Maybank, Bank Islam atau dengan Public Bank. Dan selepas itu tanyakan kepada bank yang anda buat pinjaman tersebut untuk mengetahui jika sistem online banking mereka ada memaparkan baki pinjaman kereta anda atau tidak. Jika ada, maka anda perlulah memohon untuk mendaftar sistem online banking mereka.
Sebenarnya ramai sahaja yang tahu akan perkara ini. Tetapi tidak ramai yang mahu untuk memiliki sistem online banking ini. Lagi lagi apabila melibatkan pembayaran baki pinjaman kereta secara online. Alasan yang paling biasa adalah bimbang jika transaksi pembayaran bulanan kenderaan (installment) secara online bermasalah atau tidak diterima oleh bank berkenaan sedangkan bayaran sudah dibuat. Kes kebimbangan seperti ini adalah kecil sekali kalau diikutkan. Itupun disebabkan perkara perkara tertentu yang boleh dijelaskan.
Cara Semak Baki Pinjaman Kereta Dengan CIMB
Perkara yang paling penting apabila mempunyai online banking adalah kita boleh melihat secara terus akan akaun baki pinjaman kereta kita. Secara tidak langsung kita tahu keadaan jumlah baki hutang kereta kita. Dan secara tidak langsung kadang kala ianya mendidik diri untuk membayar lebih awal dan juga lebih cepat iaitu mahu cepat melangsaikan baki pinjaman kereta tanpa perlu mengikut jadual bayaran. Ini boleh terjadi apabila kita disentiasa terfikir akan baki pinjaman, wang lebihan pula ada di dalam bank dan bayaran juga dapat dibuat secara terus melalui online tanpa membuang masa.
Kepada yang membuat pinjaman kenderaan dengan bank CIMB boleh menyemak baki pinjaman kereta secara online melalui Cimbclick. Akaun online banking ada memaparkan pinjaman kenderaan anda dan menunjukkan baki yang belum dilunaskan dalam tempoh yang dipersetujui. Mudah sahaja. Minta pihak bank bantu anda membuka dan aktifkan login website untuk anda. Mereka akan bantu. Dan anda akan dapat maklumat username dan login online anda. Mudah. Yang penting anda perlu datang ke bank untuk pertama kali aktifkan akaun online anda.
Kemudahan online sebegini dapat menjimatkan masa daripada terbuang hanya kerana ingin mengetahui akan baki pinjaman kereta. Sedangkan anda sendiri boleh melihat maklumat tersebut melalui online. Dari gambar diatas. Anda boleh melihat jumlah pinjaman, baki pinjaman kereta, bayaran bulanan pinjaman kenderaan, jumlah tunggakkan, tarikh akhir bayaran, interest kereta yang dikenakan dan juga tarikh akhir pinjaman. Semua ada disitu. Tidak perlu sebenarnya untuk datang ke bank semata mata untuk urusan sebegini. Jom gunakan perkhidmata online.. 🙂
48 Comments
nak tnye..sy dah ade cimbclick..tp cmne nak tgk status detail macam dlm gambar tu?nak klik kt mana?boleh tunjuk satu2 tak?
Salam Wahidah. Login Cimb dahulu. klik my account dan tekan view all account. Nanti akan di papar kan semua akaun yang kita ada. Kat situ oergi tgk yang ada tulisan “Loan/Financing Accounts”, selepas jumpa, klik pada “click here” Selepas klik akan ditunjukkan pinjaman kenderaan anda dengan pihak cimb… harap membantu… 🙂
oh ok dapat…terima kasih..sgt membantu!
Sama sama wahidah
Kalau kereta dah kena tarik bagaimana prosedur untukambil kembali kereta?
Maaf fazlan, saya x tahu mengenai ini, tetapi dari fahaman saya, mungkin kamu kena bayar 1. kos tarik kereta dan 2. bayar kesemua hutang tertunggak 3. denda yang dikenakan
Kalau kita bayar lebih setiap bulan ansuran bulanan kenderaan, adakah baki lebihan bayaran tersebut kita boleh perolehi semula selepas tempoh bayaran pinjaman tamat, atau dikira ‘burn’ begitu saja?
bayaran tahun akan cepat langsai, kalau terlebih pasti akan ada refund.. 🙂
salam..
kalau yg xder cimb online tue bole bgtau mcmna prosedur utk mntk bank semak baki pnjmn kita..
tqvm
Salam wawa, itu mudah sahaja. Pergi ke CIMB bank, dan terus pergi jumpa kerani yang duduk di meja, dan katakan pada mereka nak buat semakkan berapa baki pinjaman, saya selalu buat mcm ni
Says byr pijman kendraan melalui ateller. Tpi resit x keluar. Jdi mcamana nak semak?
nk tanya, sya dh byr kereta menggunakan atm deposit tp bank ada hntr msj bgtau kereta 2 ada tertunggak.mcm mana nk cek ye..mohon bantu @ bg no tel cimb untuk berurusan.tq
macam ni puan, sebelum tu pastikan dahulu bilakah tarikh pembayaran kereta. Kadang kadang tarikh bayaran kereta tu pada setiap 1 hari bulan. Tapi puan x bayar awal bulan tetapi hujung bulan, jadi bank anggap puan masih tertunggak, ini kena pastikan dulu puan
mcm kes sy tuan…mcm mana nak buat ya…paymnt slip bank yg dposit duit kt msin atm da jadi putih je resit..nak cek macam mana ya??bole bantu ?
salam…ade tak care nak cek baki pinjaman kereta dri ambank?
selalunya kena guna online banking tuan, baik tuan pergi ambank dan kata nak buka online banking
Kenapa saya bayar kereta tak dapat di proses dengan mengunakan missen deposit …..ada kah kereta saya tertungak
Kalau ada tertunggak dan loan kena denda macam terlebih 3 bulan, boleh jadi x leh bayar pakai mesin sebab mereka nak kita jumpa pihak bank juga
Sy nak bayar tunggakkan kereta tapi die suruh guna ATM bayar.. mcm mana cara nya ?
boleh bayar guna kuanter dengan mesin atm. Biasanya dia suruh bayar guna mesin kalau ramai orang.
pakai mesin lagi senang. Pilih bayaran nak bayar pinjaman kereta, pastu masukkan no kereta atau no akaun kereta. nanti tempat isi duit akan terbuka, masukkan duit dan klik sidah, dia akan kira duit dan kalau betul ianya akan paparkan jumlah duit yang masuk tadi, kalau betul klik pada betul dan selesai.
kalau betul betul x tau. kata kan pada mereka, nanti mereka akan benarkan bayar cara biasa
Salam…kalau sy nak suruh tarik keta tu mcm mana,,?
Salam tuan..saya ada tertungak kereta 3bulan nak msk 4bulan..last year saya hilang kerja dan sekarang kerja kompeni baru
.gaji pulak jauh sgt bezanya..boleh tak bank cimb fteeze akaun saya sbb gaji saya dan loan kereta guna akaun cimb…saya sll call bamk mtk lewtkn payment..tp kdg2 dieorg pn xtau nak tlg mcm mn lg..
Sy ada buat pinjaman kereta dgn cimb bank taman molek johor …tp sy xde cimbclick..mcmmne nak cek sy bkrja di kuantan
As salam.. saya nk tau tunggakan kereta sya brpa yea.
Whatsapp saya 0196861365
Saya ada buat pinjaman kereta dgn cimb mentakab. Soalan saya bila say renew adakah semestinya di cawangan mentakab ? Sekiranya ya bagaimana saya nak tukar cawangan yang berhampiran dengan rumah saya iaitu cawangan bera.
Hllo…kalau nak pinjam duit kat cimb untuk beli kereta..ada kh cimb kan bgi pinjaman..
macam mana nak download list kereta lari bank
bab ni saya x berapa nak tahu tuan
Salam,,maaf nak tanya,,nk cek baki pinjaman.,cuma keliru tamg current due…tu u apa yer…kalau nk tahu ad tunggakan die tulis apa..home bantu
Salam tuan..sy laon kt cimb secara automatik… selepas pembayaran secara automatik. Lepas tu sy buat lagi sekali pembayaran selepas tarikh tersebut.. mcm mana ye? Adakh d anggap sy sudah bayar untuk bulan seterusny?
ya betul, saya selalu buat macam itu. Dan bulan depan dia x akan auto sedut duit kita sebab kita dah bayar dah
Hi, nak tanya. Saya selalu buat pembayaran secara lebih. Contoh: sepatutnya tiap2 bulan kena bayar rm368, tapi sye bayar rm400. Adakah baki tu akan burn atau percepatkan hutang langsai ? And mcm mana nk semak baki dgn maybank ?
duit x kan burn sebab bank ada rekod. Dan selalunya baki hutang akan cepat habis. Nak check senang sahaja, kena buka akaun internet banking atau pergi sahaja ke bank dan minta mereka tolong check baki pinjaman, mereka akan kongsikan dengan anda. jangan pergi kaunter, pergi yang meja meja tuh
Salam tuan..maaf bertanya..kalo2 tuan dpt jawab…Kenapa yer outstanding balance saya setiap hari naik rm7.46…sedangkan bayaran kete tiada tunggakan…
Tuan boleh terangkan ke apa makna/beza outstanding balance dan outstanding prinsipal…
saya ada kereta toyota vios tahun 2007 ,hutang ada 14 bulan lagi dgn cimb bank…. saya nak buat refinance sbb nak pakai duit … ada sapa2 boleh tolong
Salam, saya nak tanya macam mana kita nak check @ dapatkan statement berapa yg kita dah bayar tiap2 bulan? Sbb saya tak dapat statement apa2 dari cimb.
Slm tuan…mcmna ya nak tau keputusan pinjaman krta di cimb bank melalui on line..mohon bantuan…
keputusan pinjaman x leh check online, kecuali kalau dah dapat pinjaman
Salam Tuan. Kalau saya takde akaun CIMB, tp nak register untuk online banking utk cek bayaran kereta tu, boleh ke?
Nak Tanya macam mana nak cek Baki dengan tungakan kereta tu di bank mengunakan number kendraan?
Sy nk semak baki pinjaman kereta dgn CIMB & bila tarikh akhir bayar.
Kereta dh tertunggak lebih setahun..mcm mane nk bt refinance dgn cimb..mcm mne nk dptkn budi bicara utk selesai byr dgn cimb sb skrg dh dpt kerja baru slps ditmtkn krja akibt mslh kslpn psl kerja..tertunggak sb mslh kmtmn lain terlalu byk..kslpn dlm mnguruskn kwngn..xmampu nak byr dgn ansuran tu..macam cara nk berunding dgn pihak bank utk slesai mslh ni..loan 9thn..byr 3 thn dan trs trtnggk dlm 15bln..nk settlekn trtnggk dh xmmpu skrg..
saya bukan pakar atau ada kaitan dengan pihak bank. Jadi jawapan saya mungkin x tepat.
cuma saya boleh cakap mcm ni dari pandangan sendiri.
Pembelian kereta xda “refinance” x silap saya. yang ada adalah pembelian rumah.
Kereta tu masih nak pakai atau x mau dah. Kalau x mau, benarkan sahaja bank tarik kereta tersebut. Kalau masih mahu pakai, memang kena setel hutang lama.
Tapi…….. sebab semua orang takut kereta nak kena tarik dan takut nak berurusan dengan pihak bank sebab salah sendiri.
jadi nasihat saya, untuk langkah pertama ni, call sahaja bank bahagian “hire purchase” loan pinjaman kereta. Jadi dengan call, x malu lah nak bersemuka, terus terang dengan pihak bank dan cerita masalah anda, dan minta PENDAPAT mereka mcm mana nak selesaikan masalah anda. Tu ja caranya.
Salam.. boleh terangkan tak maksud outstanding principle, current bill principle, current bill interest, current bill late charges dan outstanding late charges. saya tak faham cara nak baca akaun pinjaman kereta ini. saya tau total amount payable dan outstanding balance je
Saya x leh terangkan detail sbb benda ni pun agak teknikal bagi saya. Cuma saya boleh share mcm ni.
Bila kita buat loan iaitu buat pinjaman. Bank akan kasi pinjam wang pokok yang kita sebut sebagai PRINCIPLE dan bank buat untung dari kadar faedah iaitu INTEREST.
Contoh. Katakan beli kereta Myvi yang berharga RM50K. Kamu nak bayar selama 9 tahun misalnya. Dan katakan bank ambil untung melalui kadar faedah sebanyak 4% setahun.
Jom kita kira.
RM50K bahagi 9 tahun dan bahagi selama 12 bulan = RM463 SEBULAN.
Ingat ya. RM463 ni bayaran pokok iaitu PRINCIPLE.
Interest pula macam ni iaitu 5% setahun x RM50k = RM2500 SETAHUN. Kalau di bahagi 12 bulan sama dengan = RM208 SEBULAN
Total kena bayar kat bank adalah RM463 + RM200 = RM663 SEBULAN loan untuk kereta Myvi ni.
Faham x apa sedang berlaku?
Semasa kita bayar loan kereta sebanyak RM663 sebulan ni. Kita sebenarnya sedang bayar RM463 untuk pokok principle dan RM200 untuk interest.
Dengan kata lain, hutang kita berkurang RM463 setiap bulan dan bukannya RM663 walaupun kita bayar RM663. RM200 extra kita bayar tu adalah untuk keuntungan bank ja sbb kita pinjam dan guna duit bank.
Tujuan dia tunjukkan data outstanding principle, current bill principle, current bill interest, current bill late charges dan outstanding late charges supaya kita faham apa cas yang kita sedang kena dan berapa nak habis bayar.
Benda benda outstanding principle, current bill principle, current bill interest, current bill late charges dan outstanding late charges ni sebenarnya xyah ambil tahu xpa kalau kita bayar mcm biasa tanpa miss sampai 9 tahun
KECUALI kalau anda nak bayar habis cepat, maka benda benda outstanding principle, current bill principle, current bill interest, current bill late charges dan outstanding late charges ni wajib kena ambil tahu. Sbb dari data data outstanding principle, current bill principle, current bill interest, current bill late charges dan outstanding late charges ini anda boleh tahu hutang pokok iaitu PRINCIPLE tinggal lagi berapa dan bayar lump sump habis semua dan x perlu bayar interest dah. Save kat sini
hi..nak tanye…apa beza outstanding principal dan outstanding balance? sebab jumlah dia berbeza…