Seminar Momentum Perniagaan Internet – Ramai sebenarnya orang muda dan juga yang sudah “berumur” ingin buat duit online atau dengan kata lain ingin mendapatkan pendapatan tambahan secara online. Antara yang mencuma hanya sebilangan sahaja yang berjaya. Saya sendiri salah seorang yang terlibat secara langsung dan mencuba sendiri mencari cara untuk mendapatkan pendapatan secara online. Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Yang menjadi tu tidaklah mengagumkan sangat seperti mereka yang berjaya mendapatkan ribuan ringgit.
Pengalaman Perniagaan Internet Dengan Affiliate
Antara yang saya pernah cuba tentulah membuat duit dengan produk affiliate. Pertama kali belajar dan memahami apa itu affiliate memang mengujakan. Dengan berbekalkan blog semata mata, kami dan orang lain yang terlibat ikut serta didalam “pertandingan seminggu” untuk membuat jualan dari produk affiliate dan selepas seminggu saya hanya mendapat 4 jualan sahaja. Yang pelik nya ada “otai” yang boleh membuat jualan hingga ratusan dan hasil pendapatan beliau mencecah ribuan ringgit hanya didalam seminggu dan yang paling pelik beliau langsung tidak menggunakan blog. Saya hairan dan takjub.
Gambar diatas adalah bukti dari saya sendiri yang melakukan perniagaan internet melalui penjualan produk digital yang saya sertai. Ini adalah contoh salah satu dari saya
Dari kes diatas dapat saya simpulkan sebenarnya terdapat diluar sana teknik yang tidak diketahui ramai. Dan kalau kita dengar pun kita semacam malas nak buat sebab tidak yakin. Masalah berjaya atau tidak yang berlaku kepada orang yang ingin buat duit secara online ni adalah mengalah dahulu, minda sudah negatif awal, tidak yakin dan tidak mencuba dahulu benda yang dirasakan seperti mustahil itu. Jujur saya katakan dari apa yang saya tahu salah satu bagaimana “otai” buat duit dan mendapat hasil jualan tinggi adalah dari sistem pemasaran secara email. wow. Betulkah. Dengar macam mudah. Tapi soalannya bagaimana email boleh buat jualan? Ini lah salah satu punca kita gagal bersaingan dengan yang lain. Ingat ini adalah salah satu teknik sahaja.
Sebenarnya banyak yang kita tak tahu, tetapi kita pernah dengar, lepas tu kita abaikan benda tu sebab kita tiada pengetahuan didalam hal itu. Disebabkan pengabaian ini, kita pun terus membuang masa dengan cara lama dan bila gagal kita tanya pula kenapa aku tidak berjaya. Sedangkan dari awal lagi kita sudah menafikan potensi bagaimana orang lain boleh buat duit secara online. Sebab kenapa? Sebabnya kita tidak cuba belajar benda yang kita pernah dengar tetapi kita tidak pernah ambil tahu.
Alhamdulillah, saya baru sahaja membeli DVD Seminar Ebay Dropship dari Najib Assadok. Tentang affiliate saya sudah faham cumanya teknik rahsia oleh pakar yang berjaya membuat jualan ratusan kali itu saya belum tahu lagi. Tetapi saya terus belajar sesuatu yang baru. Kalau nak baca tentang saya beli DVD Ebay tersebut boleh baca artikel saya yang saya link kan tadi. Untuk anda yang mahu tahu dan mahu belajar, saya sarankan lebih baik anda ke Seminar Momentum Perniagaan Internet terus.
Jom Sertai Seminar Momentum Perniagaan Internet
Seminar Momentum Perniagaan Internet Oleh Najib Assadok ini bukan lah mahal. Hanya RM50 sahaja untuk 100 yang terawal. Kenapa perlu join seminar ini dan kenapa ianya khas untuk anda? Anda nak belajar, anda tidak mahu lagi belajar satu persatu. Anda mahu teori dan praktikal terus dan teruf memahami bagaimana untuk mendapatkan pendapatan secara online. Anda mahu belajar tenting affiliate, jualan produk fizikal, jualan produk digital, belajar pemasan email, belajar tentang pemasaran di facebook dan sebagainya adalah lebih baik join seminar ini.
Lawat link atau banner dibawah ini untuk membaca sedikit info berkenaan seminar perniagaan internet ini dan jika berminat boleh turut serta melalui link pendaftaran yang disediakan nanti. Selamat berjaya.
6 Comments
Assalamualaikum
Memang menarik jana duit affiliate, nampak macam mudah tetapi
x susah bro, aku dah buat memang ok