Plugin SEO Terbaik – Sekarang banyak sekali blogger blogger yang baru meningkat naik. Ada yang sudah lama dan ada yang masih baru. Ada juga yang lama dan makin hari makin jauh dan ada juga yang dulu menyepi tetapi diberi nafas baru dan kemudian meningkat naik dan membina nama diantara rakan rakan blogger. Tetapi bagi blogger lama iaitu yang telah berblogging sejak 2 tahun kebelakangan ini pasti mengalami satu fasa iaitu fasa kehilangan trafik yang memasuki blog.
Umum mengetahui yang pihak Google sejak 2 tahun lepas agak aggresif dengan engin carian mereka bagi membawakan pengalaman menggunakan engin carian google yang lebih baik dengan memaparkan hasil carian yang lebih berguna dan bermutu. Saya sendiri secara jujur, sebelum pihak google menambahbaik sistem engin carian mereka, blog saya tanpa bersusah payah mampu menerima limpahan trafik yang tinggi iaitu bernilai “ribu” yang masuk ke blog setiap hari tetapi sejak diperkenalkan “Panda & Penguin”, blog blog yang tidak mengamalkan penulisan yang baik, kualiti yang bagus dan juga tidak melakukan praktik SEO yang betul telah terkena tempias terhadap blog masing masing.
Apakah musibah sejak diperkenalkan “Panda & Penguin” terhadap blogger yang kurang menitikberatkan kualiti kandungan isi? Musibah yang berlaku adalah entry blog tidak lagi mampu untuk berada di “firstpage” halaman carian google dan kalau mampu terpampang dihalaman pertama pun ianya tidak kekal lama dan hari demi hari kita akan melihat artikel bergerak dari halaman pertama, kedua, ketiga dan kalau tidak bernasib baik ianya akan ditendang jauh kehalaman yang entah keberapa dan kesan dari itu trafik blog menurun dengan mendadak.
Plugin SEO Premium Terbaik Bagi WordPress
Sejak dari peristiwa itu, saya tercari cari mekanisma untuk memulihkan blog dan seterusnya membantu saya didalam usaha mendidik diri didalam mengamalkan penulisan yang baik, memberikan kandungan entry yang berkualiti dan juga mengamalkan teknik atau kaedah SEO yang berkesan. Ketiga tiga ini penting didalam “mata” engin carian google sekarang.
Kalau kita sebagai blogger yang hanya ingin suka suka mungkin tidak akan mengambil berat akan hal ini tetapi bagi blogger yang ingin menitik beratkan trafik untuk jualan diinternet, maka trafik dan SEO yang baik sangat sangat diperlukan. Oleh itu setelah membuat kajian disana sini, saya akhirnya memilih sebuah plugin SEO premium berbayar yang saya rasakan dapat membantu saya menyelesaikan semua masalah yang dinyatakan diatas iaitu SEOPressor Version 5 iaitu Premium Search Engine Optimization
SEOPressor is a Best Premium Plugin SEO
Setelah membuat kajian mendalam, akhirnya saya memilih plugin SEOPressor yang mana sekarang ianya sudah mencapai fasa versi ke-5 untuk tahun 2013 ini. Kenapa SEOPressor dan berbayar pula tu berbanding yang lain yang mungkin lebih baik malah ada yang percuma.
Jawapan saya, jika kita ingin serius didalam berblogging dan ingin lebih jauh, apa salahnya dapatkan satu plugin seo terbaik yang premium dan berbayar. Kita hanya membayar hanya sekali dan kita memakainya sampai bila bila. Bila sebuat premium, maka faham faham sahajalah yang “features” yang diberi adalah dikalangan yang paling maksimum sekali keupayaannya. Lagi pula dengan plugin berbayar, ianya akan selalu dipastikan supaya ianya kekal relevan sepanjang masa dengan perubahan SEO yang berlaku pada engin
Peranan SEOPressor Sebagai Plugin SEO Terbaik Bagi Tahun 2013 ini
Ok disini adalah hal yang sangat penting sekali. Soalannya, kenapa SEOPressor ini adalah sebuah Plugin SEO Terbaik bagi saya. Ok macam ni. Soalan saya kepada anda pula. Anda mahu tak kalau saya katakan ada satu plugin seo yang dapat membantu anda menulis dengan baik, memberi tahu anda apa yang anda masih kurang seperti bold, italic, underline, H1tag, H2tag, H3 tag, image, link inbound, link outbond, keyword tambahan dan sebagainya. Semuanya diperingatkan kepada anda agar articles yang anda hasilkan bermutu dari segi kandungan dan juga bermutu dari segi mata engin carian google. Hebat kan. Sebab itulah saya memilih plugin SEOPressor.
4 Comments
hoho..betul. dapatkannya segera!
jom dapatkannya pantas