Apabila membincangkan topik untuk membuat ebook untuk mendapatkan pendapatan melalui online. Ada beberapa rakan yang memperihalkan akan tujuan ebook itu sendiri dibuat. Majoriti adalah dari kalangan yang bukan blogger. Mereka bertanya akan kewajaran untuk membuat eBook untuk dijual jika maklumat yang dijual itu ada dijual di internet. Kenapa perlu membeli ebook kalau maklumat ada diinternet. Kenapa perlu membayar jika apa yang anda mahukan itu ada di Google. Begitulah bentuk soalan yang saya terima. Ianya suatu soalan yang benar tetapi salah dari segi tanggapan mereka.
Begini, eBook yang dijual di internet boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu kurang berkualiti dan berkualiti. Mungkin pertanyaan “kenapa perlu membeli ebook jika anda boleh carinya di internet” itu adalah benar jika ebook yang anda beli itu TIDAK BERKUALITI. Saya ada seorang rakan yang membeli ebook berharga RM20 dan beliau sangat kecewa dengan apa yang disampaikan di dalam ebook tersebut. Seolah olah tidak berbaloi. Bagi saya yang sudah lama di dalam dunia internet, mendengarkan ebook dijual dengan harga RM20 pun sudah dapat mengagak kualiti ebook tersebut. Tidak hairan jika ianya tidak memberikan apa yang anda mahu.
Tujuan Membeli eBook
Jawapan kepada PERTANYAAN tadi ada terdapat pada eBOOK YANG BERKUALITI. Ya, anda boleh cari maklumat yang anda mahu di internet Google dengan percuma. Memang itulah peranan internet dan Google iaitu maklumat yang cepat, pantas dan percuma. Tetapi saya pasti, jarang sekali anda boleh mendapatkan sesuatu yang sempurna atau lengkap. Katalah anda mahu mencari info berkenaan Tips SEO, apakah anda akan dapat maklumat lengkap tentang SEO? Tidak mungkin. Apa yang anda selalu dapat adalah maklumat yang sedikit, terpisah pisah dan tidak lengkap. Kalau bagus pun selalunya hanyalah berbentuk asas sahaja.
eBook yang berkualiti selalunya akan berikan anda maklumat yang LENGKAP + LEBIH. Yang mana maklumat yang anda inginkan selalunya ada pada ebook yang berkualiti. Contoh lain seperti ebook resepi makanan. Tentu ada pelik bukan, ada orang yang menjual eBook tentang resepi. Sedangkan banyak resepi yang boleh anda cari di internet. Soalannya kenapa perlu “mereka” membeli ebook ini? Penjual ebook ini selalunya akan memberikan ebook dengan kandungan cara membuat sesuatu menu lengkap dari A hingga Z dengan paparan gambar yang berkualiti satu persatu. Malah ada yang memberikan ebook siap dengan CD Video yang menunjukkan secara video akan bagaimana untuk membuat menu tersebut. Di sinilah letaknya kualiti ebook tadi. Lengkap. Saya tidak pasti ada mana mana blog atau website yang mampu memberikan maklumat sedetail sebegini. Inilah sebabnya kenapa anda perlu membeli ebook.
Saya sendiri sudah membeli beberapa ebook. Antaranya adalah panduan ebay, panduan kurangkan pinjaman rumah, panduan teknik SEO, panduan asas affiliate dan sebagainya. Jujur saya katakan yang ilmu saya dapat dari ebook yang saya beli ini tidak mungkin lengkap dan dapat di mana mana blog ataupun website. Antara soalan lain yang saya dapat adalah seperti ini “Ada Ker Orang Nak Beli?”. Ini pandangan biasa bagi yang bukan blogger. Bagi blogger yang terlibat di dalam menjadi affiliate, mereka telahpun berjaya mendapat duit hasil komisen ratusan ringgit dari menjual ebook. Ini dengan maksud lain adalah ianya memang ada orang yang MEMBELI EBOOK!
Bagi saya mudah sahaja. Kita tunjukkan ebook ebook yang dijual dan ada di internet. Saya pasti akan ada diantara ebook tersebut bakal menarik minat untuk mengetahui isi kandungannya oleh orang yang memperkatakan kenapa perlu membeli kalau ada yang free. Saya pasti mereka akan membeli ebook berkenaan. Selamat membaca.
2 Comments
nak beli.
tak nak. dok diam-diam.
simple.
tp kena beli gak