Semasa menonton rancangan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua secara online dan kebetulan pula episode kedua ini jatuh pada pusingan penyingkiran. Maka para peserta yang masuk dipusingan penyingkiran ini di wajibkan untuk memasak menu ikan. Dan menu ikan yang dipilih inilah menyebabkan saya mengambil keputusan untuk membuat entry ini. Ikan apa? Iaitu ikan yang bernama Sole Fish. Di dalam bahasa melayu tempatan ini, ikan ini diberi nama seperti Ikan Sebelah, Ikan Lidah atau pun Ikan Sisa Nabi. Dan secara jujurnya disini saya tidak pernah memakan ikan ini. Anda pernah makan?
Saya ingatkan ikan ini tiada di Malaysia. Maklumlah bila mendengar sahaja Ikan Sisa Nabi ini terus sahaja mengganggap ikan ini hanya terdapat di lautan Arab sahaja. Tidak tahu pula yang ikan ini juga terdapat di asia iaitu di Malaysia. Cumanya jarang sekali orang membeli dan memasaknya dan kemungkinan kerana kurangnya popular ikan ini di dalam masakkan orang Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Dan dalam rancangan masterchef inilah baru saya tahu rupa sebenar ikan sebelah ini.
Sole Fish – Ikan Sebelah
Kenapa dipanggil ikan sebelah adalah kerana ikan ini mempunyai dua sisi yang berbeza. Satu sisi mempunyai bahagian daging yang tebal dan satu sisi lainnya mempunyai sisi daging yang tipis. Ikan ini hanya mempunyai satu mata sahaja iaitu dibahagian yang bersisi tebal. Oleh kerana perbezaan inilah ikan lidah ini berenang dengan cara “terlentang” iaitu sisi tebal mengadap atas dan sisi tipis mengadap bawah dan bukannya dengan cara kebiasaan ikan berenang. Pelik bukan.
Sole Fish – Ikan Sisa Nabi (Kisah Nabi Sulaiman Dengan Ikan)
Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali kelautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. – Wallahualam
Video Ikan Sebelah Berenang – Sifat Fizikal Ikan Ini Didalam Air
Tujuan saya buat entry ini adalah untuk diri sendiri dan kawan kawan yang membacanya. Pasti anda pernah dengar nama ikan ini lagi lagi dengan kisah nabi sulaiman memakan ikan hanya separuh. Tetapi bagaimana rupanya, bagaimanya keadaan fizikal dan cara berenang ikan ini apabila didalam laut dan apa nama lain bagi ikan ini. Maka entry ini menjawab semua persoalan tersebut.
Dan sedikit selingan, Sole Fish Recipe dari Yassin Senario semalam telah menyebabkan beliau menjadi peserta pertama bagi MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 yang tersingkir. Yassin terpaksa menerima kekalahan beliau selaku peserta yang tersingkir paling awal. Melihatkan rata rata resepi masakkan nampak menarik, saya ingin bertanya adakah sesiapa disini (pembaca blog ini) pernah memakan atau memasak ikan lidah ini?
Saya ini kalau nama ikan pelik pelik ini, lagi lagi kalau keadaan fizikal ikan pun pelik memang susah untuk makan. Satay kijang dan satay arnab pun saya tidak makan oleh kerana berasa pelik. Bukan tidak lalu tetapi rasanya seperti tiada keinginan ingin mencuba makanan yang luar dari kebiasaan. Anda jangan pelik kalau saya katakan ikan keli atau ikan haruan juga saya tidak makan. Bukan tidak pernah makan tetapi untuk paksa saya makan memang saya tidak akan makan kecuali keadaan darurat. Sebab apa? Sebab bagi saya ikan keli ni pelik sebab kepala ikan keli leper dan tidak seperti kebiasaan ikan ikan yang lain. Hahaha kelakar bukan.. Apa apa pun anda pernah makan Ikan Sebelah?
3 Comments
Aku pun tak perna rasa ikan ni. Pasal cerita tentang ikan ni memang dah tau
aku serius x tau rasanya macam mana
Feveret ikan ni, sdap goreng garing2.. MasyaAllah subhanallah…