Setiap orang pasti pernah merasai stres berpunca daripada masalah yang terjadi dalam kehidupan mereka. Stres boleh diatasi jika kita berupaya meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya. Cara atasi stres ialah mencari puncanya terlebih dahulu kerana punca stres akan menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah.
Teknik Atasi Stres
1) Tarik Nafas
Ketika mengahdapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan 1 cara efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Cara tersebut membawa banyak manfaat seperti melegakan otot dan mententeramkan minda kita.
2) Melegakan Otot
Anda digalakkan berbaring supaya otot-otot anda boleh relaks. Ini dapat membantu anda merasa tenang dengan cepat dan mudah.
3) Mendengar Muzik
Muzik merupakan 1 terapi yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan. Muzik yang sesuai boleh menenangkan minda dan melegakan badan anda.
4) Menangis
Menangis bukan bererti anda lemah. Dengan menangis, anda akan merasa lebih tenang kerana dapat mengeluarkan segala tekanan anda.
5) Beriadah
Apabila anda beriadah, peredaran darah berjalan dengan lancar kerana otot-otot telah digerakkan. Ini dapat membuat anda menjadi cergas bukan sahaja fizikal tetapi mental anda juga akan lapang setelah berpeluh.
6) Menyanyi, Menari dan Menjerit
Anda boleh melepaskan tekanan dengan menyanyi. Begitu juga dengan menari. Anda boleh memasang lagu dengan kuat dan menari sepuas hati anda. Jika anda hendak menjerit, carilah tempat yang sesuai dan menjeritlah semahu-mahunya. Lepaskanlah semua tekanan anda dengan menjerit.
7) Luahkan perasaan anda kepada orang yang boleh dipercayai
Tekanan akan berkurang jika anda meluahkan pada seseorang yang anda percayai atau orang yang rapat dengan anda. Memendam perasaan akan mengakibatkan anda bertambah stres jadi berkongsilah masalah anda dengan sahabat anda kerana ada kemungkinan dia dapat membantu anda di saat anda terbeban dengan tekanan dan tidak mampu mencari penyelesaian.
8) Ketawa
Ketawa dapat menghilangkan stres. Oleh itu, anda digalakkan membaca atau menonton sesuatu yang lucu supaya anda mampu ketawa. Setelah anda ketawa, sedikit demi sedikit anda akan bertambah relaks.
9) Makan Coklat
Makan coklat dapat atasi tekanan kerana di dalam coklat mempunyai molekul psikoaktif yang dapat membuat anda merasa nyaman. Di antara kandungan lain di dalam coklat seperti caffeine, theobromine, methyl-xanthine dan phenylethylalanine dipercayai dapat membaiki mood.
10) Membaca
Survey yang dilakukan oleh The Telegraph dan Galaxy Chocolate menunjukkan bahawa dengan membaca buku kegemaran, dapat menurunkan tahap tekanan seseorang dan dapat menormalkan degupan jantung serta merelakskan otot sekaligus merendahkan tahap stres.
Oleh itu,jika anda mengalami stres, sila lah ikuti Teknik Atasi Stres ini. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada anda.
12 Comments
kalau stress ..luahkan kepada seseorang..
setuju
Stress mmg boleh membahayakan kesihatan.. t kasih atas perkongsian Wan.. 🙂
sama sama bro
Emm ada tips yang dinyatakan pernah gak saya buat..janji, jangan suka pendam sorang…jiwa jadi kacau nanti..hehe
pasal jiwa kacau tu betul
lisa selalu buat numbor 6 & 9. Selalu, hehe
bagus tuh, hehe
Selalunya… hanya menangis dan menjerit cara paling berkesan atasi stres
dua cara ni memang berkesan
Stress nih nak kena padai kita tangani nih, kalu tak, ribut di buatnye nanti nih….
Stress juga penyebab utama migrain. Tips di atas sedikit sebanyak boleh mengurangkan stress.