Sekarang ini ramai betul yang mahu terlibat didalam bisnes online. Senang cerita mahu buat duit secara online yang kebanyakkan rata ratanya lebih kepada “affiliate” dan juga “facebook marketing“. Dah ramai juga pakar pakar yang berjaya buat duit melalui facebook ini. Kalau diamati, hasil pendapatan dari facebook yang mereka raih bukan calang calang jumlahnya. Semua mahu mengikut cara bagaimana orang berjaya buat duit melalui facebook. Tapi, ingat ini bukan sistem scam klik dapat duit tetapi memang benar benar melakukan bisnes fizikal diinternet dan berjaya raih pendapat tinggi. Soalannya bagaimana teknik pemasaran internet yang betul untuk diikuti?
Saya sendiri terlibat didalam dunia affiliate dan baru sahaja berjinak jinak mahu berjualan di Facebook. Seperti biasa kalau baru pertama kali mahu berniaga di Facebook perkara pertama yang bakal ditanya adalah “Nak Jual Apa?”. Inilah soalan yang kerap kali ditanya dan persoalan ini bukan suatu yang pelik kerana memang orang mahu tahu apa yang perlu dijual di internet dan laris dijual.
Pakar Teknik Pemasaran Internet
Didalam dunia internet kini, masalah nak jual barang apa bukan soalannya. Akan tetapi apakah teknik pemasaran yang betul yang boleh dipraktik dilakukan agar jualan mencapai tahap maksimum. Saya sendiri masih baru dan mahu mencari jalan untuk kearah itu. Alhamdulillah Bro Najib atau Najib Assadok yang terkenal di dalam dunia Ebay Dropship ini telah bersedia ingin berkongsikan pengalaman dan ilmu beliau didalam dunia Pemasaran Facebook didalam Seminar Momentum Perniagaan Internet yang dikendalikan oleh beliau sendiri.
Teknik Pemasaran Internet Melalui Email Dan Facebook
Saya sendiri perasan yang beliau sangat pakar di dalalm dunia Ebay dan juga pemasaran internet. Lihat sahaja yang beliau selalu menduduki carta teratas didalam setiap jualan produk internet. Rupanya ada rahsia disebalik semua itu iaitu “Teknik Pemasaran Internet” yang bakal beliau dedahkan dan kongsikan. Salah satu kaedah adalah dengan mengumpul prospek list email dari pembeli setiap kali launch produk atau bonus adalah senjata utama untuk pemasaran internet. Nak tahu lebih lanjut boleh lihat video beliau dibawah ini.
12 Comments
Setakat ini saya mengunakan FB ads untuk pemasaran.
owh bro dah ada pengalaman la tuh dlm hal ni
terima kasih matlumat ni. bagus perkongsian dari video ni.
bagus kalau boleh buat bisnes kan