Salah satu tempat yang best dan menarik di Johor adalah Zoo Negara Johor Bahru. Apabila sudah bekerluarga, keperluan sekali sekala untuk berehat dan bercuti ditempat yang menarik memang diperlukan. Jika masa dan bajet yang menjadi halangan, maka persinggahan untuk melawat tempat tempat menarik yang murah diperlukan bagi warga sesebuah negeri dan pihak kerajaan atau swasta diperlukan bagi membina sebuah tempat untuk beriadah bagi warga kota.
Tidak kira samada ianya percuma ataupun berbayar, maka bayaran yang dikenakan bagi tempat riadah harian seharusnya murah bagi memudahkan sekeluarga menikmati sama sama akan percutian riadah ringkas ini. Beberapa bulan lepas saya telah singgah di Zoo Johor atau kita boleh panggil sebagai Zoo Negeri Johor Bahru. Bagi warga johor memang tidak sah kalau tidak singgah ke sini. Walaupun tidak besar mana tetapi salah satu tempat cadangan bagi keluarga yang tercari cari tempat untuk melawat tempat yang menarik di Johor
Harga Tiket Zoo Johor
Di atas adalah secebis gambar gambar yang sempat saya tangkap dan di muatkan ke dalam blog ini. Hendak upload banyak banyak nanti berat pula. Pada yang tinggal di Johor dan pernah ke Zoo johor boleh kongsikan pengalaman di sini. Bayaran tiket kemasukkan tidak mahal. Hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak kanak 13 tahun dan ke bawah. Murah bukan? Pada pandangan saya setelah melawat Zoo Negeri Johor ini, saya boleh katakan yang Zoo Johor ini bersih dan kemas. Sebabnya sebagai sebuah Zoo yang lama, Zoo Negeri Johor ini cemerlang dengan kebersihannya dan ini di buktikan dengan kedatangan pelawat yang pelbagai bangsa samada dari Melayu, Cina dan India.
Dari segi kekurangannya pula, saya boleh membuat komen bahawa Zoo Johor tidak terlalu padat dengan binatang. Bagi saya rasa agak kurang puas apabila tidak begitu banyak binatang yang tawarkan untuk dipamerkan kepada orang ramai iaitu orang awam akan tetapi dengan bayaran tiket RM2 bagi dewasa bagi saya ianya adalah sangat berpatutan. Kawasan tidak begitu besar tetapi cukup meriah dengan kedatangan orang ramai yang ingin mengajak anak anak ke sana.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Antara binatang yang saya agak kecewa untuk melihat adalah Singa, Harimau, Tapir dan juga Buaya. Ini kerana ke semua nama haiwan yang saya sebutkan tadi “tidur”. Dengan kata lain “pasif” sepanjang hari, hehehe. Jadi tidak dapatlah saya untuk melihat kegarangan haiwan haiwan tersebut, hehehe. Apa apa pun saya dan family tetap enjoy berkunjung ke sana dan tidak mustahil kami ke sana lagi di lain masa. Selain dari Zoo di Johor, anda juga boleh mencuba Zoo di Melaka. Memang seronok. Kawasan pun sangat luas. Cuma bayaran sedikit mahallah. Hendak murah, Zoo Johor memang berpatutan. Selamat berjalan jalan ke Zoo johor…. 🙂
nampak macam tak banyak haiwan je. ermm…
jemput singgah blog ye. http://www.kaio.my
yep, betul tuh kaio
Memang biasa kalau harimau dengan singa tidur siang maaa..
tu la pasal, hehe
Dari gambar yang dikongsikan macam tidak banyak didalam zoo ini. Mungkin.
yep, x berapa besar
Aku baru nak tanya pasal apa masuk zoo johor ni murah sangat, rupanya sebab haiwan tak banyak sangat ya
yep, betul tuh
Encik, saya ada plan nak bawa kanak-kanak (seramai 50 orang) untuk dating melawat Zoo Johor pada 18 April 2015. Saya hendak tanya pada hari tersebut zoo ada buka? Ada apa-apa program?
Terima Kasih.
Tu bukan bangau. white swan pn bukan. tolon email kan ke saya jika pihak zoo johor mempunyai kekosongan di jabatan pendidikkan.
ada panda tak kat zoo johor?
xda bos setakat pengalaman saya lah