Ramai yang suka berblogging. Ada yang berblog semata mata untuk suka suka dan ada yang serius. Kepada yang serius anda pasti sangat sangat mementingkan trafik bukan. Buat permulaan, jangan terlalu mengejar trafik. Yang penting adalah anda seharusnya mampu untuk menghasilkan artikel secara berkala. Bagi saya jangan dipaksakan diri untuk menulis setiap hari. Yang diperlukan adalah komitment anda untuk menulis secara berkala dan konsisten pun sudah cukup. Contohnya anda menghasilkan 4 artikel seminggu. Untuk artikel pada kali ini izin kan saya untuk memberikan pandangan serba sedikit tentang cara untuk Kuasai Keyword tertentu diblog anda.
Perkongsian saya ini bukanlah untuk menceritakan tentang bagaimana untuk Kuasai Keyword tertentu dan bersaing dengan blog orang lain untuk berada dihalaman pertama Google. Tetapi untuk mengajak anda dan memupuk kesedaran anda tentang keyword yang anda telahpun kuasai selama ini. Tahukah anda, sebenarnya selepas seketika (minimum 6-12 bulan) berblogging, blog anda selalunya akan ada satu satu artikel yang selalu menyumbang trafik secara terus kepada blog anda. Tetapi selalunya anda tidak sedar atau tahu artikel manakah yang menyumbang banyak trafik atau keyword manakah yang anda kuasai. Sangat sangatlah rugi jika anda gagal untuk terus menerus Kuasai Keyword yang sebenarnya anda telahpun kuasai. Tetapi oleh kerana kecuaian, maka anda terlepas akan keyword tersebut.
Kuasai Keyword Blog
Jadi, persoalan disini adalah, bagaimana untuk anda ketahui akan keyword manakah yang anda kuasai diblog anda. Saya akan ajarkan kepada anda untuk anda Kuasai Keyword blog anda sendiri. Pertama sekali sila lawat Google Webmaster Tools > Website Anda > Search Traffic > Search Queries. Saya mahu anda buka halaman “Search Queries” blog anda di Webmaster Tools. Selepas anda membukanya, anda akan dipaparkan satu halaman seperti gambar diatas. Sila lihat gambar diatas.
Pada gambar diatas, NO1 merupakan “keyword” yang masuk ke blog anda dan NO2 merupakan “Average Position” iaitu keduduk keywords anda di engin carian Google. Mari saya buat contoh agar anda memahaminya dengan lebih lanjut.
Berdasarkan gambar diatas, katalah keyword yang pertama adalah “Bihun Sup” dan “Average Position” menunjukkan nilai “2.3”. Keyword bihun sup itu menunjukkan adanya artikel dari blog anda tentang bihun sup. Pelawat atau visitor telah membuat carian dengan keyword “Bihun Sup” dan blog anda terpapar dihalaman pertama Google dan berada diranking 2.3. Nilai 2.3 ini boleh bermaksud artikel anda dengan keyword tersebut berada pada hasil carian samada berada di kedudukkan ke-2 atapun ke-3. Harap anda sudah jelas.
Lihat gambar diatas. Nilai average position ada yang 2.3, 5.7, 2.0, 8.8, dan sebagainya dan mungkin juga bernilai 11.3, 23.8, 33.1 dan lain lain. Dari maklumat yang dipaparkan inilah sebenarnya menunjukkan yang anda telahpun Kuasai Keyword tersebut diblog anda. Saya mahu anda beri perhatikan kepada keyword yang mempunyai average position yang rendah. Lagi rendah lagi baik. Harap anda sudah semakin jelas.
Setiap blog dan blogger mempunyai dan telah Kuasai Keyword yang tertentu. Jadi jangan abaikan keyword yang telah memberikan anda trafik sepanjang waktu. Kalau boleh, sila buat artikel yang baru yang dapat memulihkan keyword yang telah jatuh rankingnya. Ramai blogger diluar sana yang mungkin membuat artikel dengan keyword yang anda gunakan. Jadi jangan anda terlepas Kuasai Keyword yang memang anda dahulu telah kuasai. Saya tidak akan menceritakan akan bagaimana untuk anda terus Kuasai Keyword anda itu. Apa yang perlu anda lakukan. Saya harap anda faham dan ambil peluang ini dari awal. Dan saya juga berharap yang tips berblogging dari saya pada kali ini membawa manfaat kepada semua rakan rakan. Selamat membaca…
17 Comments
salam perkenalan kembali.. banyak sungguh ilmu tentang blogging yang perlu dipelajari.
Sekarang memang jarang bukak google analytic. rasa kurang sangat masa untuk berblogging huhu
Bro bnyk keje ni
satu perkongsian yang cukup bagus ni bro. Boleh saya perbaiki diri ni, in sha Allah 😉
dah lama xmasuk g.a nnti boleh rujuk semula ni.
T kasih atas perkongsian ini… mmg sgt2 bermanfaat.. 🙂
Satu perkongsian yang sangat berguna untuk blogger. Banyak lagi yang perlu saya belajar ni.
nak kena buat analysis keyword jugak.. jarang bukak.. ga memang dah ada..
apa lagi bro, gunakanlah
aku tak guna tools sangat bab kaji keyword ni. guna apa apa yang terlintas aje dalam otak aku. haha..
sebab ko menulis dengan pantas dan banyak idea
Lebih senang kaji keyword menggunakan Google Webmaster.
memang betul
banyak kelebihan kuasai keywords..tak perlu kerja keras untuk blogwalking!!
yep, rasanya saya terpaksa setuju yang blogwalking x perlu keterlaluan