Rasanya ramai kat sini terutamanya blogger Malaysia yang cuba buat duit dengan eBay. Tidak kiralah samada melalui teknik affiliate ataupun teknik dropship. Dua dua kaedah adalah baik. Tetapi mengikut situasi semasa, disebabkan eBay adalah satu laman jual beli yang besar dan popular, maka jualan secara teknik dropship lebih baik bagi menjana pendapatan online. Ini terbukti apabila ramai affiliate marketer memilih teknik dropship dan berjana menjaya ribuan ringgit dari eBay.
Kali ini kita bukan hendak bercakap mengenai eBay tetapi Amazon. Amazon juga seperti eBay tetapi lebih kecil dan kurang popular sedikit berbanding eBay. Bukan lah tidak popular, malah sebenarnya sangat sangat popular cumanya kalau dibanding dengan eBay ianya ibarat adik abang dengan adik, itu sahaja. Kenapa Amazon? Sebab memang tajuk kita kali ini berkenaan Amazon, hehehe.
Ok begini, saya tidak mahu menceritakan bagaimana ingin membuat teknik dropship dengan Amazon tetapi saya ingin menceritakan bagaimana kita boleh buat duit dengan Amazon melalui teknik affiliate. Ini adalah pengalaman saya sendiri sebagai penulis entry ini. Saya tidak mahu mengulas panjang akan apa itu “affiliate“, diharap pembaca artikel ini sudah faham akan makna “affiliate” itu sendiri dan saya akan terus menceritakan akan tips buat duit dengan Amazon terus tanpa halangan.
Tips Buat Duit Dengan Amazon
Disini ada dua hal yang penting. Untuk menjadi penjual, anda seharusnya “login” di website Amazon tetapi untuk menjana pendapatan melalui affiliate, link yang betul adalah Affiliate Amazon. Website Amazon dengan website affiliate amazon adalah dua “link” yang berlainan. Sila jangan terkeliru dengan hal ini. Untuk mengelak dari terkeliru sila klik pada link yang saya berikan tadi. Sila “sign-up” disana dan aktifkan akaun affiliate amazon anda dahulu.
OK, perlu ditegaskan disini, saya bukan ingin mengajak dan mengajar anda bagaimana ingin membuat jualan kepada amazon melalui link affiliate amazon seperti banner diblog atau sebagainya tetapi ingin menunjukkan anda bagaimana kita boleh membuat website khas untuk amazon dan seterusnya website khas tersebut akan memaparkan product dari amazon berdasarkan setting yang kita ingin kan. Ingat, ini bukan tentang banner atau iklan amazon yang diletakkan diblog tetapi menjadikan blog khas tersebut 100% memaparkan product amazon kedalam website kita. JADI ANDA MEMERLUKAN:
1. Hosting & Domain “nichie”
Anda memerlukan hosting dan juga domain nichie yang baru. Ok saya bagi contoh. Katakan anda target untuk menjual product seperti jam tangan maka anda memilih nama domain yang ber-nichiekan seperti “girlswatchs”. Maka website baru anda adalah seperti ini iaitu “www.girlswatchs.com” – contoh. Anda telah mempunyai hosting, anda telah mempunyai domain dengan “niche” jam tangan wanita. Maka target anda seterusnya ingin menjadikan website anda iaitu “www.girlswatchs.com” – contoh, memaparkan product 100% jam tangan wanita dari amazon. Jadi persoalannya sekarang, bagaimana anda ingin melakukan hal tersebut? Sila baca sambungan dibawah.
Membina Website Affiliate Amazon
Secara asasnya untuk membentuk dan membina website affiliate amazon, kita hanya perlukan theme dan juga plugin. Theme mestilah yang bersesuaian agar interface kelihatan sebuah website jualan dan plugin pula membantu menarik product dan artikel dari Amazon kedalam website kita. Seperti gambar diatas, saya akan berikan link dan contoh kepada anda bagaimana saya menghasilkan website affiliate amazon
1. Contoh Sebenar Website Affiliate Amazon Yang diBina – KidsToysBay
2. Theme yang digunakan. Anda boleh dapatkan diSini – Amazon WordPress Theme
3. Plugin Khas Amazon. Anda boleh dapatkan diSini – Amazon WordPress Plugin
Anda telahpun melihat website sebenar yang diberikan serta theme dan juga plugin yang saya gunakan. Untuk membangunkan sendiri ianya memerlukan kos yang sangat besar. Oleh itu saya ingin membuat tawaran.
Kepada yang berminat untuk memdapatkan website siap jadi seperti contoh diatas boleh hubungi saya di “contact me” dan bayaran yang dikenakan adalah RM80 sahaja.
TETAPI kepada yang ingin belajar sendiri cara cara membuat laman web affiliate amazon bolehlah mendapatkan panduan yang betul dari orang yang mempunyai pengalaman akan hal ini. Anda belajar dan menerima tunjuk ajar dari A-Z iaitu dari perkara asas hingga anda sendiri pandai membinanya sendiri.
>>> Dapatkan Ebook Panduan Amazon Di Sini – [ Click Here ] <<<
7 Comments
Semakin dibaca, makin menarik pulak amazon2 ni =)
hehhe, jom jom
memang best main affiliate amazon nie…so far yg paling best guna video
bro ada pengalaman ka, meh la kongsikan
ada la pengalaman sikit2…nak saya share dekat blog pengamalan sya yg tak seberapa nih.