Kepada blogger blogger baru pasti tidak tahu akan apa itu anchor text dan apa Kepentingan Anchor Text terhadap sesebuah blog. Dan saya juga pasti tidak ramai juga dari kalangan blogger lama yang memahami akan benda ini. Saya bukanlah seorang yang pakar didalam bidang ini tetapi pengalaman berblogging selama hampir 3 tahun lebih membuatkan saya mula nampak akan kepentingan perkara ini yang diambil dan dipandang ringan oleh ramai blogger. Apakah ianya sangat penting? Saya akan jelaskan perkara ini dari pandangan saya sendiri dan bukannya dari pembacaan dan pendidikkan yang saya terima. Kalau saya salah sila perbetulkan saya.
Jujur saya katakan, sebagai seorang blogger, selalunya kita akan belajar satu satu perkara itu ambil masa kerana didalam tempoh berblogging itulah kita menemui perkara yang baru kita sedar yang kita perlu ambil tahu. Kalau baru baru berblog pasti merasakan apa yang ditulis adalah betul dan sudah cukup. Pada sampai satu peringkat mula ingin mengambil tahu akan trafik blog dan belajar untuk tahu bagaimana untuk melihat trafik blog secara harian. Bila sudah tahu mula ingin ambil tahu akan apa itu SEO dan belajar mengenainya. Semua itu ambil masa dan tidak pelik saya katakan untuk blogger baru untuk mula mengambil tahu dan memahami akan semua itu secara tanpa dipaksa paksa pun paling minimum adalah 1 tahun untuk mula sedar akan kepentingan semua itu.
Kepentingan Anchor Text Untuk Artikel Blog Website
Samalah dengan Kepentingan Anchor Text ini, bukan semua orang tahu. Saya sendiri sudah 3 tahun berblogging baru mula mempraktikkan kaedah anchor text didalam artikel blog. Sebelum saya jelaskan lagi adalah lebih baik saya bertanya kepada anda yang sedang membaca ini iaitu Apa Itu Anchor Text? Anchor text adalah link (hyperlink) yang kita buat untuk dipautkan kepada artikel diluar blog ataupun didalam blog yang sering kita sebut sebagai Outbount Link dan juga Inbound Link. Begini, anda pasti pernah membuat artikel dan didalam artikel tersebut anda letakkan “link” yang dipautkan kepada artikel yang lain didalam blog anda sendiri bukan? Perbuatan anda itu dipanggil sebagai Inbound Link. Jadi apa kaitan dengan Anchor Text?
Inbound link yang anda lakukan itulah teknik anchor text cumanya anda TIDAK MELETAKKAN TITLE terhadap link yang anda pautkan itu menjadi sia sia. Ramai yang mengabaikan benda ini bukan? Anda pun pasti salah seorang darinya. Jika anda meletakkan “Title” terhadap link yang anda mahu pautkan kepada artikel yang lain, maka perbuatan anda itulah dipanggil anchor text. Secara tidak sedar anda telah melaksanakan dan mengambil faedah dari Kepentingan Anchor Text itu sendiri.Saya pasti kini anda sudah faham. Tetapi apakah faedahnya amalkan tips anchor text ini? Jom baca dibawah pengalaman saya.
Didalam blog saya, saya ada buat satu artikel yang saya tidak pernah buat. Dan didalam artikel itu saya amalkan tips SEO yang baik untuk artikel saya dengan target keyword yang saya mahukan.
Contoh saya buat artikel tentang kek Pavlova semasa seminggu yang lalu. Jadi artikel saya telah pun diindeks oleh engin carian Google. Nampaknya artikel saya terpaksa bersaing dengan artikel dari blogger yang lain menyebabkan artikel saya kurang mampu untuk berada dihalaman pertama Google. Jadi apa yang perlu saya buat? Saya perlu hasilkan lagi artikel berkenaan “kek” tentang kek yang lain pula tetapi didalam artikel kek yang terbaru itu saya selitkan akan kisah kek pavlova saya yang sebelum ini. Jadi artikel yang baru itu saya buatkan link kepada artikel kek pavlova saya sebelum ini dan saya berikan “Title” yang sesuai kepada artikel kek pavlova itu. Adakah setakat ini anda faham? Mari baca selanjutnya.
Perbuatan menghasilkan artikel yang releven dan dibuat pautan kepada artikel lama dan diberikan “title” yang sesuai menyebabkan artikel lama itu telah diberi nafas baru dan nilai tambah hasil dari anchor text yang dilakukan. Jika anda tanya “Kepentingan Anchor Text” yang anda lakukan tadi adalah, artikel anda akan mempunyai nilai tambah dan kemungkinan besar artikel yang anda link kan tadi akan mampu untuk menduduki ranking kedudukkan yang baik berbanding sebelum ini dan tidak mustahil untuk berada di halaman pertama. Jadi disini, soalan saya kepada anda, tidakkah amalan anchor text ini sangat berguna?
Sekarang anda sudah faham cara dan Kepentingan Anchor Text bagi sesebuah artikel yang dihasilkan didalam blog anda. Saya mengatakan ini kerana saya sendiri mempraktikkannya dan melihat sendiri bagaimana artikel yang saya targetkan mampu untuk berada diranking halaman Google dengan lebih baik selepas melakukan teknik anchor text yang berkesan. Kalau anda perasan, didalam artikel ini pun ada saya praktikan. Saya harap blogger semua faham akan Kepentingan Anchor Text bagi sesebuah artikel yang dihasilkan dan selepas ini mula mempraktikkannya. Tahun 2014 ini mari kita hasilkan entry untuk pembaca dan berikan nilai kualiti artikel yang sebenar kepada pembaca. Selamat Berblogging.
25 Comments
Biasanya kat anchor text tu letak keyword kita kan?
yep bro
oh kena buat macam ini rupanya
yep macam tu la
anchor text penting untuk rank kan sesuatu keyword. gua pun masih belajar ilmu2 macam ni.
yep memang dapat naikkan keyword
Jangan gunakan anchor text klik “sini”
guna anchor text yang boleh menarik minat pelawat untuk klik
betul tu kak jie, saya tgk ramai yang buat sila klik “sini” itu salah sbnrnya
ya betul tuan. amat bersetuju dengan tuan
terima kasih
Terima kasih bro Juan. Dapat perkemas ilmu SEO lagi..
Releven keyword tu penting…betul tak bro?
Ada tak kesan kepada seo kalau kita edit entry lama untuk kita masukkan anchor text ni?
aku rasa ada kesan sebab kita bagi power kat dia
untuk main seo, benda ni penting gak la.
bunyi mcm x penting ja, ni trick ni titan
Sudah ambil perhatian mengenai hal ini.
bagus bro, terbaik
Aku tak kata tak penting.untuk main seo..benda ni kritikal.wajib buat. Tapi bab dalam seni memujuk orang beli produk kita… klik sini..daftar sini..perkataan sini tu pun ada peranan besar. Kena guna dengan bijak. Itu lom campur seni pasang umpan dan memujuk org tergoda untuk beli produk yang kita promosikan.
yep setuju tuh, seni menulis pun penting gak
oh ya, sudah faham, satu ilmu blog yang berguna untuk mama, terima kasih, salam kenal…
Salam kenal mamaniza
selalu gunakan tapi kekadang lupa… cuma Title tu baru ni tahu kepentingan dia, terima kasih
sama sama