Pelaburan unit trust ini macam saham juga. Tujuan anda adalah untuk meningkatkan pelaburan anda yang mana tujuan akhir adalah untuk membuat simpanan yang lebih mendatangkan keuntungan. Atas sebab itulah kalau anda tahu yang pihak KWSP ada membenarkan anda untuk membuat pengeluaran akaun kwsp dengan tujuan untuk anda melabur dalam mana mana instrument unit trust. Itupun kalau baki akaun kwsp akaun 2 anda mencukupi dan layak di keluarkan. Minima untuk membuka akaun unit trust mestilah RM1000.
Kenapa pihak kwsp membenarkan pengeluaran akaun kwsp anda untuk anda membuat pelaburan unit trust? Kalau anda perhatikan, dividen tahunan kwsp selalunya berkisar 5% setip tahun. Sedangkan pelaburan unit trust ada yang rugi dan ada yang untung. Dan untuk yang untung pula, selaluynya pihak unit trust secara purata memberikan pulangan sebanyak 9-12% setahun. Jangan terkejut jika ada yang setiap tahun berjaya memberikan pulangan dividen sebanyak melebihi 20% setahun. Itu dalam kes unit amanah yang terbaik dan cemerlang rekodnya.
Tips Teknik Pelaburan Unit Trust Menguntungkan
Jadi kenapa perlu membuat pelaburan unit trust kalau saham boleh memberikan lebih dari itu. Mengikut rakan saya yang sudah hampir 1 tahun melabur dalam saham. Beliau sudah berpengalaman mengalami naik dan turun, rugi dan untung dengan saham. Mengikut pendapat beliau, hendak buat untung dengan saham 10% sebulan bukanlah satu yang susah. Dengan syarat saham tersebut mestilah yang terbaik prestasinya.
Tetapi pelaburan saham memerlukan anda sendiri untuk melakukan pembelian dan jualan unit saham tersebut. Sedangkan dengan pelaburan unit trust, anda memberikan pakar pakar pelaburan unit amanah untuk menguruskannya untuk anda. Jadi pakar ini memilih untuk melabur dalam saham yang memberikan risiko rendah dan keuntungannya juga tidak terlalu tinggi. Jadi anda mungkin boleh mendapat 10% pulangan dividen setahun. Ianya sudah tentu lebih baik berbanding kwsp.
Namun, anda sendiri juga boleh membeli unit trust sendiri. Anda boleh memilih mahu membeli unit trust yang mana. Tetapi anda tidak tahu hendak memilih unit amanah yang mana kerana anda tidak ada ilmu tentang itu. Kalau anda memang serius mahu buat duit dan menjana untung dalam jangka panjang dengan pelaburan unit trust ini? Saya menjemput anda untuk mendapatkan ebook unit trust ini untuk membantu anda memahaminya dengan lebih lanjut dengan cara yang lebih mudah. Kalau anda berminat, klik sahaja banner di bawah ini untuk mendapatkan ebook unit amanah ini. Selamat melabur dengan bijak.